Saturday, April 30, 2011

buku baru. buku baru.

assalamualaikum :)

pagi tadi dah jawab ntuk paper ke 3, culture.
hopefully ok lah Insya-Allah.
btw smalam sy nampak kak anizon upload gambar baru,
which is her very first book.
Inspirasi selendang.
congrats kak Anizon!
she's a very determined person n i'm
sure she'll succeess in every path she takes.
moga bertambah2 lagi rezeki kak Anizon lepas ni ye! :)


kenape sy pegi highlight yg 2 tu?
sbb. aaa. tu sy. *muntah 3 kali in a row.
*maafin gue ya kalau terlalu gediks. sob.
excited lah jugak walaupun gambar kecil, tp sbb cover buku. keskes.
jadi, perasaan excited tu macam perasaan utk 2 gambar2 di bawah ini :


ahah. dah la.
sy rasa mcm geli pun ade buat entry ni. mcm over je?
uh. sorry guys.
tp sebenarnye na promote buku baru kak anizon.
seriously, banyak cara2 pakai selendang yg korang patut tau.
tak rugi beli :)

till then,
take care guys!

Thursday, April 28, 2011

makeup tutorial? *sigh.

assalamualaikum :)

just finished with 2nd paper today.
i still have 4 more papers to go.
n next is on 30th.
i know, mmg takde gap langsung.
sadis.

btw, wanna share with u guys on this
tutorial makeup. err.
rasenye bukanlah tutorial pun kot?
lebih kepada brg2 yg sy guna ntuk makeup
kalau kuar jalan2.
video ni dah lama buat tp tak upload2.
sebab. entah lah.
nampak kelakar kot?
aaaa. asal byk ckp kot neh.
haihs.

ok lah, korang boleh tgk kat siniii :)
time kasih sudi tgk.
wink :)






sorry video neh byk kekurangan.
huaaaaa.
tp sbb ramai yg tanye sy gune produk
ape ntuk makeup.
so video ini adelah penyelesaiannya.
ahah.
*walaupun makeup sy takde lah hebat pun,
dan sy tak pandai mekap. sob.


till then,
take care awak2 sume :)

Monday, April 25, 2011

sesumpah bertukar rupa.


assalamualaikum.

lepas asar ni mcm mengantuk pulak.
tidur pun tak elok kan.
jadi, sy menulis :)

korang sume dah beli mag dara.com edisi Mei?
kali ni mmg teballl.
harge pun tebal sket la. hehe.
tapi takpe, banyak info2 yg best dlm ni.
tak rugi membeliii. wink.

n sbb sy pun ade di dalamnye. hee.
*ces. tak straight forward. uhuks.



bersama geng kuantanku, nadrah :)
seronok dapat shoot mag bile kawan dari kecil ade skali.
n shoot time tuh dekat kuala selangor, sgt jauh.
i guess kalau takde nad, rase cam janggal jugak la. uhu.
seperti biase, kalau nak cam sy, sy yg rendah2 tuuu ;p

yg kat bawah ni, utk tutorial tudung.
tp macam pelik sbb muke sy lain2 for every gaya tudung.
huaaa. kenape ye?
adekah sy seperti sesumpah yg boleh bertukar2 rupa?
*ok sesumpah bertukar warna.
tssk.

kalau tgk pic kat atas ni,
gambar besar for lilitan seri asmara tu rasa macam org lain dah.
xde features muke sy dah pun.
muke sy sebulat bulan dan tersangat mudaa.
housemates mati2 igt tuh org lain.
incik jantung hati ckp, mcm budak form 2.
uhuks.
tak mengapalah, mungkin sbb gaya tudung itu nampak
effect mcm tu kot.
lagipun, pengalaman org kata.
ahah.

sy rasa gambar yg bernombor 2 tu nampak lebih mcm sy.
kot.
ces. suke2 nak judge.
tapi takpe lah, sy tak judge org lain.
sy judge diri sendiri je punn. ;p
besides, gamba tu menampakkan gigi depan sy yg besaar.
so, lebih nampak diri sy. aha.
ikut korang lah nak panggil rabbit ke ape kan.
sy bersyukur :)

mm. gambar2 yang korang nampak lawa tu semuanya hasil makeup aja.

konon perasan lawa la tu. uhh.



tp sebenarnya.. sy pun nerd.
spek itu mmg spek yg ade power okay.
sy lebih selesa pakai spek yg besar sbb rasa luasss.
eheh.

ok lah.
jom kita perbanyakkan amal ibadat.
moga2 doa kita akan dimakbulkan olehNya.
huaaaaaaa. teringat final je, jari terus seram sejuk.
so i guess, i'll stop here.
nak sembahyang n masak for dinner.
lauk hari ni : udang masak tumis, tempe (jgn gelak, ni favourite tahuu), n sayur tumis.
then kite studyy :)

till then,
take care guys!

Sunday, April 24, 2011

2 more days.

assalamualaikum.

tinggal 2 hari lagi untuk final sy start.
i know, i should study right now.
tp sedang berehat sekejap.
dannnn.
nak bgtahu korang yang sy dah ade page sniri di fesbuk!
yeay! :)
bg sy ini bukanlah fan page ke ape.
cumanya, kawan2 yang tak dapat add sy through fb account,
blh lah like page sy ini.
n also, sy boleh separate kan bloggers dan kawan2 sekolah sume :)
lebih senang dan lebih adil.
sume pun boleh berkawan.

link nye : belog sy pun ade fb ;p


oh kat bwh ni video yg sy pernah upload dulu.
saje nak upload balik bg korang tgk.
skang ni sy mmg pakai yg cara messy 2 tuh.
sbbnye tak smpai seminit pun dah siap.
nanti lah, lepas final nanti akan ade lagi cara2 pakai tudung
yang mudah dan simple.
wink.





dah2.
kene tutup laptop dah.
fb ngn blog neh dugaan betul.
uhuks.

take care guys.
nite2 :)

Saturday, April 23, 2011

jutaanku satu, kamu. (bahagian tiga)

assalamualaikum.

hidup aku kini lebih terisi.
walaupun hanya menggunakan nokia 3310,
ia memberi aku sejuta kebahagiaan.
mesej nya hanya biasa2 sahaja.
"awak buat ape tu?"
"good morning :) "
dan juga mesej2 comel berupa
kucing atau teddy bear yang
apabila kita tekan ke bawah,
dia seakan bergerak2.
cukup.
aku bebas tersenyum satu hari itu.

malam yang seperti biasanya,
selepas aku mengucapkan selamat malam,
aku off kan 3310 ku.
iyalah, waktu itu aku tidak punya teman lain
untuk bermain mesej.
hanya dia.
esoknya sebelum ke sekolah,
aku on kan semula 3310 ku.
hampir terduduk bila dia
menghantar mesej begini :

saya betul2 sukakan awak. dan saya harap
kita dapat jadi lebih dari kawan.
but, kalau awak tak terima saya,
jangan putuskan persahabatan kita.
saya sayangkan awak. dan saya
sayangkan persahabatan kita jugak.
kalau awak tak balas mesej ni.. saya faham.
dan saya tak akan tanya dah soalan ini.
saya faham :)

lama aku meneliti mesej itu.
dia mahu aku jadi teman bercinta!
aku terlalu gembira hingga aku tak sedar airmata aku
deras mengalir.
pelik.
tapi aku biarkan saja.
emosi mungkin.
aku cepat2 menelefon nya kerana aku khuatir dia sudah
berfikir yang aku tidak berkehendakkan dia.
dia angkat.
dan aku terus berkata yg aku juga menyimpan perasaan yang sama.
dari corong telefon jelas kedengaran yang dia seakan akan tidak percaya.
lama kami berdiam tanpa sepatah kata.
mungkin masing2 masih terkejut.
atau mungkin sedang tersenyum?
indah.

aku pergi ke sekolah pada pagi itu dengan perasaan yang paling indah.
perasaan bercinta.

............

dari sekolah panglima perang.
ke SBPI integrasi kuantan,
ke SMART.
sudah hampir 3 tahun dan aku berada di tingkatan 5.
kami berjauhan.
aku di kuantan. dan dia jauh di MRSM pengkalan chepa.
tak mengapa.
seingat aku, tidak pernah aku merungut tentang jarak diantara kami.
aku rasa cukup dengan cinta dan jujur itu.
aku masih rasa indah.

kalau dia pulang ke kuantan,
pasti aku akan tunggu di hadapan sekolah SMART
pada hari jumaat selepas waktu sekolah.
kami berjumpa kira2 10 minit.
tidak termasuk dengan senyum2
dan diam tanpa kata.
masing2 malu.
tapi mata berkata semua.
aku tersipu.
kenapalah awak tenung saye macam tu.
aku terbuai dek panahan arjuna.

..............

SPM sudah dekat.
SPM itu penentu hidup aku.
hidup aku sibuk.
menjadi pemantun terbaik untuk daerah dan
wakil ke peringkat negeri merupakan satu tanggungjawab.
aku masih lagi aktif menyanyi di sekolah, kenduri kahwin
dan keramaian tertentu.
menjadi naib pengerusi utk kelab kaunseling juga
sedikit sebanyak menjadikan aku harus
bisa mengatur jadual harianku.
kelas tambahan juga.
badanku letih.
tp jiwa aku berbunga.
kau tahu mengapa kan.
:)

tapi aku tidak menjangka apa yang terjadi
pada bulan puasa tahun itu.
malam sebelum tidur kita bercakap dalam telefon.
kita mengenang kisah kecil2 dahulu.
kita bercinta.

waktu sahur itu aku terbangun dan aku dapat mesej dari kamu.
kau mahu berpisah.
jantung aku berhenti.
aku seperti tidak dapat bernafas.
iya, alasanmu untuk fokus dalam pelajaran.
tapi lupakah kamu sewaktu kita di tingkatan 3?
masing2 berjaya mendapat 8A.
apa sebenarnya?

hari itu airmata aku tidak dapat dibendung.
seharian ia mengalir.
iya, seharian.
aku tidak tipu.
seumur hidup aku, tidak pernah menangis sebegitu.
waktu perhimpunan disekolah aku kelihatan sudah tidak terurus.
mata aku mungkin sudah tidak ada sinar gembiranya.
airmata ini setia mengalir.
sesekali tenang, tetapi selalunya deras.
teman2 rapatku turut menangis bila mereka melihat aku.
entah apa sebabnya.
aku sudah tidak pedulikan sesiapa.
hati aku hancur.
aku bercinta, bercinta sesungguhnya.
bila begini jadinya.
entahlah..

aku tawar hati.
tapi dia tetap mencari aku.
malah lebih kerap dari sebelum ini.
maaf.
hati ini kuberi untuk kau jaga dan belai.
tapi kau seolah meletakkan batu besar diatasnya.
hancur. berkeping.
aku menangis hingga tidak berairmata.

malam2 aku tetap ditemani mesej2 darinya.
aku tawar hati.
mungkin begini rasanya bulan bila aku bercinta
dan tidak melihat dia.
tak mengapa.
hari2 seterusnya aku akan kembali merenung kau.
aku keseorangan.
berbeda dari 3 tahun dahulu.


bersambung.. :)




Thursday, April 21, 2011

tanpa motif.

assalamualaikum.

entry ni takde motif.





video

baru perasan mate dok kelip2 sebab direct fan,
menyebabkan contact lense kering.
uhuh.
harus cabut sekarang.
bye!

take care guys :)

Tuesday, April 19, 2011

tart sedap di kuantan.

assalamualaikum :)

hi people. sihat? sy semakin sihat. *kalau diukur dgn berat badan yg semakin meningkat.
ihatebeinglikethis. sob. sob.
anyway, hari sabtu lepas sy ke karangkraf shah alam untul bengkel pesona dara.com
bersama kak anizon.
sape tak kenal kak anizon kan.. bekas editor majalah dara.com
dan juge business woman skang ni.
kak anizon bg talk pasal style2 tudung if i'm not mistaken.
mua from MAC pun ada datang n terangkan pasal makeup sume.
sy sempat dgr sikit2 aja sebab sy join fashion show.
baju sponsor dari butik calosa.
lawa2 juge baju calosa neh.
lagi2 yg dress.
cantik :)


diambil dari fb hagumi miura ren. time kasih awaaak :)

with the models after fashion show.

from left : lynda, me, zue n kak safuraa. sume pun tinggi2 n cantik2.
sy je lah yg macam budak kecik. eheh.

habis event, sy gerak ke rumah mak sdare di bukit jelutong.
cikngah ada disana n sy tumpang cikngah balik kuantan. yeay!
so basically today tak buat apa sangat.
ambil farah dari sekolah, g megamall tempah baju raya dekat esther (tempat paling best
utk jahit bajuu, like seriously!), g ecm makan-makan-makan.

sampai ecm td terus pegi makan dekat black canyon since sy sgt2 lapaar.
farah pulak pegi potong rambut.
jd makan sorang2 je.
lain macam pulak rasa makan sorang2.
tapi, layann aje lah kan.
takkan nak panggil waiter suh duk sebelah mintak teman.
kang ta pepasal dey all igt sy na usha.
eheh.


sy makan set 3. all time fave kalau g black canyon.
rm15 altogether with watermelon juice.
ok lah kann.



sy rasa sy sgt pucat. eyebag juga sudah nampak dengan terang dan nyata.
takpe lah. normal lah student nak final.
*bajet study banyak la tu. i wish. sob.

muke happy farah lepas potong rambut.
tak faham kenape dia slalu potong rambut.
macam sebulan sekali pun ade dea neh. ta paham. ta paham.
takpelah, asalkan happy. kak fatin pun happy ajeeee ;p

then kami ke john king. yeay!
john king ni baru bukak, sebelah big apple.
it's actually my 2nd bro punya, abg wan.
semalam dah pegi, n td pegi lagi.
i guess i'm addicted with the original tart.
sedap kot!
kalau kat kl, blh cari john king kat OU, pavi or times square.
kalau di pantai timur, sile dtg ecm di kuantan ye :)


teringat chocolate lava nye tart.
korang bayangkan, tart ni inti dea chocolate.
bila gigit je, chocolate tu melting macam lava.
huaaaa. macam kene pegi lagi je esok?
tssk.

time ni ramai yg take-away.
korang kalau na date ke, lepak2 ngn kawan2.. best place to have teatime.

sy order blackurrant tea n farah, orchid splash if tak silap.
hambik kau. 2 jug terus dapat.
ingatkan tak boleh habis since sy mmg jenis kurang minum air.
tp. tp. sy habis 1 jug! farah pun!
maybe sbb combination tart yg light2, n tea yg sejuuuk n mild.
just nice :)
ouh. john king kat sini je yg jual air bagai ye, tempat lain hanye tart.
so kuantanese, sile lah dtg ke ecm dan melepak disini.
kalau tak, tak cool lah. ;p
*ta paham kenapa chinese sgt suke tart. mereka siap beli 6 kotak, 10 kotak.
ade satu kes, yg siap dtg awal2 pagi n nak semua yg kat tempat display.
kenape ye?


kak ema @ bakal kakak ipar yg jage. nampak sgt letih, takpe2.
kumpul duit utk kawen! hehe.

till then.
gudnight people.
take care :)

Thursday, April 14, 2011

thank you Allah :)

assalamualaikum.

alhamdulillah. hari ni sgt gembira. sujud syukur padaNya.
one of my dreams almost come true. soon :)
bidang pengacaraan merupakan satu impian yg benar2 sy ingin ceburi.
bagi yang betul2 mengenali sy,
sy merupakan seorang yg sgt ikut plan.
kire yg jenis ada planner dan buat plan sebelum buat kerja.
jadi, menceburi bidang ini adalah selepas sy habis degree.
or at least, semasa practical.
tp. rezeki itu datang hanya sekali.
dan iya. i'm so happy.
it's for tv9 tapi masih lagi tak rasmi.
nantilah. kalau dah betul2 punye..
confirm panjang lebaaar sy crite kat blog ni. :)
a new program.
a new host.
*ceh. ;p


alhamdulillah.

ok fine, nak siapkan assignment culture dulu.
kang mengamuk ninie tak siapkan group assignment ni.
huu.
take care guys!

Tuesday, April 12, 2011

being selfish will not take u to anywhere.

assalamualaikum.

some people doesn't care about others. they just think about how to save themselves. sy tak tahu lah kenapa, tp sy selalu jadi mangsa dengan orang2 selfish macam ni. mungkin ini ujian sbb org tahu sy tak pandai nak marah2 ni. well people, lets take it generally. most people will have some time where they have to be 'a- bit' of selfish right? in that case, it's okay. but don't burden people that much. n don't do it regularly lah. setakat beli makanan dgn duit sendiri dan tak share sambil buat muke bahagia tgk kawan2 tgh lapar boleh consider lagi lah. sbb tu duit u, so tak apa. walaupun rase macam dea-takde-hati -usus-dan perut-ke- ape kann.

kalau diikutkan secara amnya, ade certain types of people yg mmg buat sy turn-off dan taknak kawan sampai mereka ubah cara mereka tu. dah la sy tak pandai marah, mencarut lagi la jauh. selawat je la sambil mata tahan airmata kann. haihs. emosi.

1. orang yg tak bagi signal time bwk kereta/motor.
sy mmg pantang kalau org tak bagi signal neh. mmg rasa macam nak pukul dengan hammer.
hah, kan dah keluar keringat maskulinku. uhu. bukan apa.. it's so simple to do and
it will help people around you. n PLUS, risiko untuk accident akan berkurang sebab
orang akan tahu which direction awak nak pegi. tak susah pun awak na
bagi signal. kalau yg bawak kereta tu, muka macam takde muka dah sbb tak tahu malu kan.
terus makan jalan org sbb tak bagi signal. lain kali kalau jumpe org macam tu
nyanyi lagu poker face kat dea skali. boria pun boleyyy. kalau yg motor,
bila dah accident org akan salahkan kereta sbb langgar motor.
padahal motor yg tak bg signal.
so how?

2. time duduk kat wayang.
ade certain orang kat wayang ni bila duduk then suka hentak2/ ketuk2/ seat kat depan dea.
walaupun ada org kat seat depan tu.
kita yg kat depan ni terpaksa lah tahan kerusi yg macam dah roller coaster tu demi
nak jaga si selfish itu mendapat kepuasan. *which is so childish.
sikit2 boleh la awak. kalau dah setiap masa.. tuh macam menyeksa.
sy pernah beberapa kali kena macam ni.
n semua yg sy kena tu, semua perempuan.
apa yg menggeramkan, bila sy dah bengang sy pandang lah belakang dan tengok org tu kan.
tp gadis itu hanya pandang sy seolah2 tak buat salah apa2.
ya rabbi, tak nampak agaknya dea buat seat org bergegar sume kan.
girls n guys, jaga manners korang okay.
*nasihat utk diri sendiri jugak.
last skali suruh bf je yg sound.
kita dah buat penuh adab, dea layan sebegitu.
kena lah kan.
btw, bukan dekat wayang je boleh kena macam ni. dalam flight, dalam bas, etc.

3. tak bagi seat pada mereka yang lebih memerlukan.
kalau dalam bas or train, silelah bg pada mereka yg lebih memerlukan.
wanita2 mengandung, org2 tua. mereka cepat letih.
janganlah sebab kita dapat seat tu dulu, then kita just pejam mata
je bila orang lain yg lebih perlu, ada depan kita sambil berdiri berhimpit2.
sad lah orang attitude macam ni.

4. tinggal kawan bila dah dapat apa yg diidamkan.
yg ni pun selalu je terjadi kan. or maybe, apa yg selalu terkena kat sayalah. baik je..
bila dah dapat apa yg mereka nak, buat2 tak kenal.
iye, mmg sad.
dulu masa sekolah ingatkan org2 macam ni hanya ada kat dalam drama je.
rupa-rupanya in reality pun banyak jugak.
tp tak apalah, awak buat macam tu pun.
awak tak kemana jugak.
Allah kan Maha Adil.

kat bawah ni video sy membebel.
sebenarnye ni baru bgn tido.
jadi muke haruslah sembab.
tak cantik pun. tp takpelah.
it's me :)


video

till then,
have a nice day guys :)

Sunday, April 10, 2011

deanlist.

assalamualaikum :)

wah, hari ni dah hari ahad dah pun.
tinggal seminggu lagi then dah start study week.
sumpah sgt takut n rasa macam tak bersedia lagi.
ya Allah.. kuatkan lah semangatku ini..

btw, last thursday sy ke majlis anugerah dekan.
alhamdulillah.. last sem dekan.
harap2 every sem dpt macam ni.
it's one of my dream to get ANC :')

some of the pics :




nana, ninie n me :)


girlfriends :)

sy diapit oleh budak2 pandai. eheh.






itu sahaja..
entry kali ni pendek sbb nak kene bersiap ke Mcd subang.
study group!

have a nice weekend guys :)

Wednesday, April 6, 2011

my dream photoshoot. [sila lihat ini photographer ;p]

assalamualaikum.

korang semua mesti ada angan2 nak photoshoot mengikut tema yang
korang idam-idamkan rite?
same goes here.
ada certain2 theme yg sy rasa saye naaaaak sangat buat.
anyways, bukan theme la.
tp lebih kepada dominan colour n konsep.
bukannya nak tiru bulat2.
i just love the idea of it.


1) urban chic.
huaaahh. korang kenal tak sape kat dalam gamba neh?
she's ummi nazeera! yang dalam cerita nurkasih n hikayat merong itu.
lain betul kan dalam ni.
but i really love the concept n idea.
billboard. pink. sharp detail.
it's so commercial.
it's so maybelline.
eheh.


2) black n white Vs nude.
sy pun tak faham kenapa sampai sekarang sy tak pernah shoot in
black n white, padahal sy paling suka itamputih.
kalau tak caye check la fesbuk sy tu.
profile pic mcm dah takde colour je,
byk yg itamputih. ahah.
blacknwhite Vs nude. typically classic kan?
but it really attract me.
nude ni bukannye ta pakai baju ye kak long, abg longg.
nude ni kira tak mekap sgt n just buat smokey eyes yg gelaaap,
with pale lipstick.
bile lah agaknye ye :(

3) international classic vintage.
kalau bolehh, sy macam nak mekap yg blh transform
muke sy nmpak org asing.
aaa. bukan makhluk asing hokeyy.
kiranya, ikut kepakaran MUA lah.
boleh buat saye nampak omputih ke, cine ke, arab ke, africa ke.
mane2 je.
coz it looks challenging.
n shoot ditempat2 luar bandar.
huaaaa. guling2 lah sy kalau dapat peluang cemnih. tssk.

4) ayu itu anggun.
mahu shoot yang nampak keayuan. then ade kain terbang2 sket.
boleh menari hindustan dah lepas ni. hehe ;p



5) sexy.
sy pun tak tahu lah mcm mane kalau nak shoot sexy kan.
n i'm absolutely takkan abaikan hijab ini :)
sexy ini in terms of makeup n expression.
na bibir yg mcm kat atas tuuuu.
ya Allah.. cair nye tengok.
expression pulak, maybe kene buat ala2 angelina jolie ke kan.
weee. *berangan.

itu sahaja.
maaflah kalau imaginasi sy mcm melampaui batas.
dah nama pun dream kan.
ta semestinya jadi kenyataan pun.
sekadar mahu berkongsi dgn anda2 semuaa :)
tp sekarang mmg tak boleh la nak shoot sane sini.
kene tampar laju2 ngn diri sniri kalau buat macam tu.
final dah dekaaaaat.
tp ape yg pasti, 10/5 sy udah freeee.
for now, study!
ganbatte ne!

till then, take care guys :)

Tuesday, April 5, 2011

thank you note + tutorial.

assalamualaikum :)

i would like to give a very BIG hug to u guys!
terima kasih sbb bagi sy kata2 semangat :)
eventhough the previous post is quite general, but
yr opinion and advise is really useful.
bersyukur sy dikurniakan rakan2 seperti anda :')

n now, i'm fully recovered.
thank you.
ikhlas dari hati fatinsuhana.
tehee.

btw, lepas habis kelas td terasa mahu buat tutorial hijab.
so korang boleh la usha video ini ye.
maaf, suara sy perlahan.
haih, cemane la na kuatkan suare sy neh.
grr.

video

till then,
take care korang!

Monday, April 4, 2011

begini.

assalamualaikum.


sy banyak kekurangan.
sy selalu emosi.
sy tak appreciate apa yg ada di sekeliling sy.
sy kuat menangis.
sy drama.
sy selalu depressed.
sy sakit.
kalau sempurna itu rate nya 10,
sy adalah 0.1.

sy tak layak untuk sesiapa.

Sunday, April 3, 2011

resepi mee rebus. [mudah dan senang]

assalamualaikum.

hari ni mahu share resepi mee rebus.
sumpah senang n cepat.
kalau agak2 semua bahan dah ade, dlm setengah jam dah boleh siap.
n smalam buat untuk family,
sekejap je dah habis.
sy sempat tambah sekali je.
yg lain abah ngn umi dah kebas.
sob.sob.
tapi tak apelah, at least puas hati lah kan
orang habiskan masakan kite :)

bahan2 :

1 paket mee kuning
sebiji bwg besar (dipotong seperti biasa)
4-5 ulas bwg putih (ditumbuk)
lada hitam (kuantiti ikut preferences. ditumbuk)
1 kiub sup ayam maggi
garam secukup rasa.
sawi (dipotong)
serbuk lada sulah (kuantiti ikut preferences)
isi ayam
udang (dibuang kulit dan kepala)

sambal :
5-6 biji cili padi (ni extra pedas. kalau kurang suka pedas, boleh kurangkan)
cuka
2 sudu kecil gula

cara-cara :


1. sediakan bahan2 seperti di atas.

2. panaskan kuali dgn minyak. (minyak letak sikit aje. agak2 just nice
untuk menumis je. kalau byk nanti mee tuh jadi mee minyak pulak kan. ;p)

3. bile minyak dah panas, masukkan bwg besar dan bwg putih tadi.
tumis sampai naik bau harum semerbak satu dapur korang.

4. bile dah naik bau, masukkan air. sy masukkan 4 cawan air. it's up to u na
letak byk mana. jgn byk sgt, takut nanti cair.
anyway, masukkan skali lada hitam, lada sulah n kiub ayam td.
kacau bg sebati kemudian masukkan isi ayam dan udang.
letak garam secukup rasa.

5. bila ayam dan udang dah masak, masukkan sawi.

6. tunggu sampai mendidih kemudian korang letak mee kuning tu.
tutup api kacau mee td supaya sebati ngn sup tu.


7. siap!

p/s - untuk sambal, kalau korang takde cili jeruk mcam kat rumah sy ni,
boleh la guna cili padi yg dipotong, letak cuka n gula sikit.
cili tu tumbuk dengan gula. (supaya gula hancur dan sebati dgn cili)
lepas tumbuk, letak cuka.
siappp. :)

aaa. sy tak sempat na amek gamba lawa2 sebab dah habis.
makanya gambar kat atas kuali je lah yg ada.
huhu.
selamat mencuba korang!