Tuesday, May 31, 2011

i hate.

assalamualaikum.

banyak benda nak update sbenarnye. tp gambar2 ade kat camera my sis.
makanya kene tunggu balik kuantan la. sobs. takpe.. dis week sy balikkkkk.
teruja :')

td dok blogwalking n tgk some of my friends ade buat list of the things they hate
n it's spreading at twitter. walaupun sy tidaklah aktif dgn twitter.. tp sy nak buat gak!
cambest jek kan. at least sy sendiri blh tau ape yg sy tak suke kan.
well.. let see :

15 things i hate

1. waiting. sy mmg kurang sabar bab tunggu2 orang. sabar tak sabar pun,
sy pernah tunggu 3 jam. tuh da limit lah. after that, boleh tukar jd hulk dah. sibs.

2. sakit perut. memandangkan perut sy selalu meragam tak kire masa.. sy sgt benci
bile perkara ni berlaku. favourite time : before jwb exam, mase nak dpt result,
before perform, time2 tgh sibuk. huaaaa. nanti time nak akad nikah cemane la kan.
uhuks. jauh bebenor sy fikir ni. haihs.

3. orang mencarut. tak kire lelaki ke perempuan.. awk mmg berjaya buat sy turn off bile
awak mencarut. sgt tak matured. sgt tak hensem/ cantik bile korang buat cemtuh.
kalau dah marah sgt ke kan.. cube2 la selawat ke, tak pun puji diri sendiri ke
(mcm tak pepasal je? ),
or senyap aja. sy sometimes kalau marah sgt, fikir la semua org tak perfect.
n kalau perlu tegur org mana2.. be polite. tak perlu mencarut bagai.
tak nampak hebat pun.

4. overslept. bile dah terlebih tidur sy akan panik. bile panik sy akan
takde mood. bile takde mood sy senyap. bile senyap takde selera makan.
bile takde selera makan sy sakit. tssk.

5. katak. masa form 4 sy sanggup bedah ikan sensorang drpd bedah katak time
biology. enough said.

6. no activities. bosannya kalau tak buat apa2. sy mmg jenis
yang kene buat something instead of lepak2 tak buat apa.
planning activities is soo much fun!

7. panas. kalau cuaca panas, semua benda pun rasa
nak marah. nak keluar rumah pun fikir dua kali. aiseh.

8. short hair. sy tak suke kalau rambut pendek. rase macam.
weird? ok ni hanyelah psikologi. nanti rambut da ta jd mcm dlm iklan syampu dah.
wuu.

9. buncit. bilelah perut nak flat mcm model2 kat tv neh. down betul.

10. people pushed me to do things that i don't wanna do. jgn lah paksa okay?
sy boleh perli korang balik. pedasss punye haa ;p

11. lelaki gatal. haha. no offence lah kan sume perempuan pun tak suke.

12. org bwk kereta tp tak bg signal. susah sgt ke nak bg signal in the first place?
satu signal boleh mengubah segalanya. eceh. eheh.

13. watching horror movies. dun ask me to watch. like seriously.

14. depan2 dok puji. blakang2 dok kutuk. pantang betul org mcm ni.
puas kot dpt buat due2. kutuk ngn puji sekaligus. eh?

15. carbonated drink. kalau minum pun setakat 2-3 teguk je.
i don't like the taste of it. kalau kat mcd pun akan tukar either
ribena or milo. kalau tgk wayang, amek soya. huhu.
rase cam budak2 la pulak. uhu.

till then, will update more soon!
take care people :)

Tuesday, May 24, 2011

maxi day.

assalamualaikum :)

sy suke photoshoot hari ahad haritu sbb perasan diri
mcm dekat overseas.
rumput2 yg hijau mcm nak guling2 smbil nyanyi lagu hindustan.
oh indah!
kiteorang shoot dekat area picc, putrajaya.
tapi shoot smpai pukul 3lebih je sbb cuaca macam dah nak ribuut.
agak menakutkan sbenarnye. uhu.

mm. ni baru dapat pics from the photographer.
credit to shafiq bakry.
:)









orang kate sy nmpak kurus.
sy kate sbb sy tak senyum. aha.
teknik gak kann nak bg nampak kurus neh. ;p

ok lah. nak merehatkan diri sambil tgk gossip girl season 4.
i dun get it why lah serena neh cam tamak sgt dgn love.
pilih satu lelaki at one time boleh tak?
sobs. sorry emo.
bye!

Sunday, May 22, 2011

searching for maxi skirts?

assalamualaikum :)

hari ni sy ke putrajaya. ada shoot dengan kak jue,
owner modish mode house :)
first time jumpe kak jue dulu masa kat karangkraf.
tp sy segan nak tegur. balik2 rumah, terus check fb n yeah!
i'm right! cepat2 sy inbox kak jue, teruja kan. huhu.

btw, shoot hari ni best sbb ditemani kak amy shahril yg cunnss :)
makeup by azreen zainal. (adik kak jue)
photo by syafiq bakry. (tunang kak jue)
*untung betul kak jue neh dapat MUA n photographer seniri. ahah.
skirt yg sy n kak amy pakai actually custom made.
n seriously.. selesa sgt!
kak jue is very generous, she gave me purple maxi skirt!
suka sgt2 dgn material skirt ni.
i think it's cotton. tp yg mmg sedap n tak jarang.
n it comes with variety of colours.
perfect.

layankan gambar ini ye :
*maaf, gambar 1st n 2nd sy yg edit so, cam tak pro sgt lah kan. sobs.




kalau dah namenye photographer.. warna gambar jd terang
dan naik seriii mcm ni :


ahah..
seee.. skirt tuh cantik kan? :)
kak jue will upload her skirts on wednesday.
so cepat2 serbu fb modish shawl ni!

till then,
goodnight people :)

Saturday, May 21, 2011

challenge yourself.

assalamualaikum :)

awak2 semua sihat?
for me, just a minor headache. normal for me actually.
sobs.
tak apelah! hari ni mahu bercerita tentang perubahan.
mengapa perlu berubah?
apa yang mendorong kita untuk berubah?
n mcm mana mahu berubah?

well basically i'm not trying to give a speech about this lah kan ;p
tapi ini berdasarkan pengalaman diri sendiri.
kata orang pengalaman sendiri lebih berharga dan lebih berinspirasi
untuk kita hayati :)

dari sekolah sy mmg jenis yang tak boleh duduk diam.
sy kene buat something selain dari belajar.
for me.. it's borinnggg. eheh.
tapi masalahnya.. sy pemalu. gosh. mungkin ramai tak tahu.
sy mmg pemalu since sekolah. tapi sy banyak berangan nak masuk
pertandingan ni lah, nak wakil sekolah masuk itulah..
haih.
so.. i decided to give a try for things that i THINK i like.
for me, masa sekolah adalah masa utk kita cuba semua
untuk tahu apa sebenarnya minat kita.
i gave a shot for debate, debat,menyanyi, pantun, syair, ping pong,
softball, kaunseling, etc..
dalam byk2.. mmg banyak la yg kureng kan. haha.
dah kate nak cube semua. huu.
i'm no good in sports. sobs.
but i found that, i'm more into arts.
kebudayaan dan bahasa.
that is soo me!
jadi, bila dah tahu apa yg kita minat..
senanglah utk kita ikut haluan tu.

n yes, sy admit sy MAYBE agak skema.
since skola org panggil cemtuh.
idk is it a good one, or the bad one. ceh.
maybe that's y sy nak sgt berubah,
cuba semua benda yg bukan akademik kat skolah
so that people will not called me as a nerd. or maybe, shy girl.
huahh.

then bila dah masuk uni, i want to make something. i want to change some more.
i want challenges.
so i registered myself to kelab estetika budaya (KEB) which i know,
i'll love it.
di situlah, segala minat sy berkaitan budaya berkembang.
basically, dlm team tu ada penyanyi, MUA, penari, MC.
sy haruslah menyanyi kan. ahah.
n disinilah sy ketemu sama my unbiological brother, annaseaskey :)
annas menari n MUA. so we've been grown up with this environment
n it's so fun n exciting!


gambar b4 perform. annas 2 dari kanan :)

then, sy rasa sy perlu berubah untuk tambah pengalaman lagi.
this is when i joined Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
ok so this is a LOT more serious than just singing or performing in front of the stage.
i have to sacrifice my time with friends, my weekend, my semester break.
but in return, i got a precious experience :')
for me, if you want to success, u should put a lot of effort and sacrifices.


time bertanding dulu. muke besar tak hengat. sobs.

ami, nik and nad. time ni kat office lama MPP. we have to deal
with students and Hal Ehwal Pelajar (HEP) like, everydayy.
sampai kadang2 balik hostel pun pukul 2 pagi mcm tu sbb nak settlekan keje.
mmg stress. mmg menangis. tp entah lah. maybe sbb kita buat dgn
minat, dan ikhlas.. after that, it wouldn't be a matter at all :)

nak buat event bagai kat uni pun ade yg MPP kene organize kan.
coz tuh mmg diantara tugas2 kami. so selagi dewan tak settle,
tak rehearsal, kupon utk students belum settle.. mmg tak balik hostel lah.
sobs. tp takpe, it turns out sy jadi lebih matang. n lebih confident bile
nak deal dgn students or org atasan.
n pernah skali tu, masa event kitaorg buat, tak cukup persembahan.
on the spot sy perform kat depan tuh haa. mmg mcm nak pengsan tgk
students ramai. keskes.

tuh masa diploma. masa degree, which is now..
i starts with modelling pulak.
mmg jauh betul tersimpang sebenarnya. uhuk.
entah lah. i guess what makes me try all this is because
i want to challenge myself.
selalu ckp kat diri sendiri ,
"kau blh buat ke?"
"boleh. kot. Insya-Allah.."
"buat tengok. tak payah nak kot. kot. sangat lahhhh"
huaaa. kene marah dgn diri sendiri. tssk.
tp bile berlumba dgn diri sendiri.. kita takkan rugi pun :)



kesimpulannya, cuba untuk cuba semua yang kita minat.
from there, we'll know our potential.
tak semestinya kita cuba 10, 1 tuh melekat.
kadang2 satu pun macam tak ngam ngn diri kita.
that's y.. keep on trying.
we can't stop.
bila jatuh, jgn menangis. bangun. dan teruskan perjalanan.
that's the best :)

btw, ramai tanye knape tak nyanyi dah sekarang.
mm. sy mmg dah taknak menyanyi. n i decided that.
harap korang fahamm :)
here, video2 utk tatapan korang kalau nak dengar.
tp ini time dulu lah. hehe.
sile2 lah ye ! :)






ini di uitm jengka bersame baloo. time malam alunan gemersik. we won! :)



n ini time kat palace of golden horses. perform for UM students :)

segale apa yg diatas hanyalah bertujuan utk berkongsi cerita dan
pengalaman. sharing is caring kot. tehee.

till then,
have a nice weekend people!

Thursday, May 19, 2011

if he's the right guy.

assalamualaikum :)

lelaki dan perempuan.
masing2 punya cara tersendiri. persepsi sendiri.
bila bercinta. bersungguh.
tapi bila berpisah.. senyap.
lelaki mungkin dengan ego.
sesetengah gadis.. bertahan.
tapi kebanyakannya.. hiba :(

mungkin lelaki menganggap gadis itu tabah.
tapi hati wanita, mana mungkin.
sekurang-kurangnya.. airmata itu harus mengalir.
apa yang terjadi pada kebanyakan gadis selepas berpisah :
1. senyap. tiada senyuman.
2. menangis tanpa sebab. dimana-mana bila mereka teringat kisah2 bersama.
3. hilang selera makan.
4. kurang keyakinan diri.
5. cuba untuk mencari pengganti tetapi masih merasakan ex-bf yg terbaik (even
ex-bf tu biasa2 je pun sbenarnya. sobs.)
6. lebih senang berseorangan. which is not goooood.

banyak lagi sbenarnya kan. but one thing for sure,
girls need someone. it's not necessary to be boyfriend.
but also, best friend and family.
people need each other.

to girls, be strong.
if he's the right guy then he'll come back to you.
trust me. most guys do this if he truly loves the girl.
if he's not the right guy, then u have plenty of choices to choose from ;p

video kat bwh ni saja2 je buat.
sangat anoyying sebenarnya. tp nak jugak buat. uhuks.
lagu dlm ni best. tp pelakon utama dalam video ni sgt tak sesuai. sobs.
kalau tak suke blh pause je nanti ye?
ahah.


video

ok fine.
byeeeeee :)

Wednesday, May 18, 2011

yes, it's you that makes me feel happier :)

assalamualaikum..

"..that moment when you burst out crying alone in your room, and you realize that no one truly knows how unhappy you are because you don't want them to know.."

sometimes life could be very hard.
it seems that you don't have any other ways.
your life is clueless.
i bet most of us had at least, felt like that. kan?

i am.
but somehow.. writing here makes me feel a lot more better.
you guys give comments that motivate me.
i couldn't ask for more :')
thank you.
for reading my blog.
for giving me opinion.
for being my friends.
:)

ta sangka followers sudah lebih dari 3000.
terharu. teruja. tersengih ;p
maaf kalau sy jarang blogwalking, sy menulis kalau ada kelapangan.
blogwalking pun sebegitu.
Insya-Allah.. masa2 skang mungkin akan lebih jalan2 kat blog korang.
wink.

thanks buat sy senyum awak2 sume :)

take care!

Tuesday, May 17, 2011

where's your attitude?

assalamualaikum :)

sy di shah alamm sudah. esok dah start class for short sem.
statistic, please be good okay.
i don't mind guling2 depan kelas kalau yu susah2 ngan ai.
trust me.
sobs.


sepanjang kat airport n klia express td, buku kat atas ni jd peneman.
it's good to know about them. makes me feel more inspire to be a better muslimah, Insya-Allah.

anyways, kalau nak jadi muslimah yang beradab,
haruslah ade attitude yg elok bukan?
for me good attitude tu penting and it can affect our
first impression towards other people.
i just don't know what type of people that did what i've saw today.
sy ke midvalley td.
n lepas solat sy ke tandas.
boleh pulak air dekat sink tu tak ditutup.
padahal kite just tekan je kot?
kalau dah pandai bukak, haruslah pandai tutup kan. haihs.
ok tu satu.
then sy tgk tandas sume full. tp ade satu tandas tu takde org masuk.
sy g la tgk. mcm biasa lah kan. org ta flush.
omg.
gadis yg tak flush punye attitude :
sakit perut-omg-kene buangg- yes dah buang-okbai- geli na flush.

hmm. walaupun sgt menggelikan.. tp sebab byk lagi org na gune tandas, sy pun flush
la tandas tu. but i didn't use it. nak bg org sedar sikit lain kali dah gune,
jgn susahkan org lain utk flushkan hasil kumbahan anda tu.
untill now i don't have any idea.. kenapa gadis tak flush hasil kumbahan mereka.
kalau lah bf/ suami/bff dea tau perangai mcm tu..
haihs.

pendapat korang macam mane? pernah jump in any
situation yg similiar mcm sy tak?

oh btw td kemas wardrobe since lepas final haritu
terus balik kuantan kan. n i just realize that i have abundance
of shawls.

mungkin bg certain people ada yg lagi banyak.. tp sy nye favourite
shawl ade 4-5 helai je kot?
membazir betul.. sobs. takpe lah, byk tudung blh lah mix n match nanti.
takpun buat preloved shawls sale ;p


currently i'm craving for red velvet cake. made in whisk, empire je ;p
uhuks. demand la pulak kan. tp nak buat mcm mane.. red velvet cake dekat
whisk sgt sedaaap. uh.
sape2 baik hati blh la blanje sy kat whisk ea. time kaseh daun keladi. ihik.
ok sorry. gediks.
;p

ok la awak2 sume. mau tdo, esok harus ke kelass!
doakan class esok best, lecturer best, subject pun best.
aumm. till then,
take care people :)

Monday, May 16, 2011

shortest.

assalamualaikum :)

i'm going back to shah alam tomorrow morning.
guess i'll be missing kuantan so much. haihs.
takpe, every week pun balik kot. kalau takde keje. sobs.

nothing much to say.. balik shah alam ada banyak keje nak kene settle.
n oh, siap2 ya gadis.. i'll be selling more shawls!
Insya-Allah.. for the shawls i'll make the tutorial.
senang nak pakai n nak gayakan nanti.
jadi nya, mmg tak rugilah beli shawl sy :)

ckp pasal shawl.. igt tak buku yang kak anizon baru terbitkan tu?
here's some of the sneak peak ;p :


*muke bajet na letak gambar sendiri je. ehe.

kalau na tgk cara2 tudung yang lebih byk, boleh la beli buku ni ye.
variasi inspirasi selendang + 100 tip bantu penampilan.
mule2 beli buku ni, sy igt utk cara2 pakai tudung je.
rupanya banyak lagi info2 kat dalam ni.
frankly, this book is a must for every hijab's girl who's seeking for style :)

till then,
take care awak2 semua !

Sunday, May 15, 2011

stop being others. start being ourself.

assalamualaikum :)

so how's yr day today? mine.. alhamdulillah.
but i'm losing me weight. currently i'm only 41kg.
normally it's around 43-44kg.
i've lost my appetite since last 2 weeks.
hari ni umi n abah bwk pegi mkn di swiss garden hotel.
still, i don't eat that much.
should do something. haihs.
*tak makan risau, makan banyak risau. (-_-)

mm. hari ni mau bicara tentang org yg tiada rupa.
scary isn't it? ;p
bukan.. bukan! it's about people who don't use their own picture
on their account for social networking.
i bet most of us dah pernah tengok/ terkena sendiri.
these people are taking advantages by putting other people pictures
n they can do whatever they want.
coz it don't effect them.
it effects to the owner of the picture.

sy sendiri dah pernah terkena.
dan sedang terkena la ni.grr.
geram jugak lah orang yg guna gambar kite ni kan.
sebabnya kalau org tu ckp apa2 yg tak elok,
kita gak yang kene.
tak pepasal lah pulak.
the least i can do is just report to fb.

pernah sekali sy terkena ngn org buat fake acc sy trus.
birth date, tempat belajar, semua sama.
suke hati kan? tp setakat ni kalau bg private msg sama mereka,
they would consider. so, nasib baiklah :)
for me, bila dah kena benda2 mcm ni..
msg mereka dahulu then ask them properly to remove our pictures.
if they don't react, then u can report.
coz sometimes they do have their own reason. :)

tp iya. sy masih tidak puas hati lah. sobs.



jgn curi gambar org dah ea? tak manis kalau gadis buat mcm tu ;)

till then,
take care!

Saturday, May 14, 2011

meet the kuantanese. n photographers.

assalamualaikum :)

rabu lepas sy dan kekasih2 hati, nadrah n elly ketemuu.
it feels good when i meet these girls.
kebetulan encik2 photographer juge ade,
moez d. ghani, khairul azkar n nabil.
terharu sbb k.a dtg dr kl!
so we did a mini shoot at my house.
*sy adalah gadis yg tak keluar malam bila dirumah.
keluar dgn family aja. but i'm okay with that :)

mase dey all sume tgh shoot sorang2,
kiteorang teruja main ipad 2 nad.
byk betul yg kiteorang recordddd.
n it's really funny!

apekes?

sedut kepale nad. elly tak sanggup tengok. sobs.

girlfriends ckp sy mcm queen dalam alice in wonderland tu.
bentuk heart. ahaha. pelik oh!

mencuba utk seduce elly. dan juge nak bg farah jeles. ;p

;)

sy suka inii! tak payah pakai contact lense besar2 dah. hehe.

some of the pics from moez n k.a :






hantu rambut perang. uhuks.




we had fun n i'm totally happy eventhough sekejap.
sorry guys kalau2 ade terkurang ke ape mase kt rumah sy.
kalau sudi nanti datanglah lagi ye.
pintu rumah ni sentiasa terbuka ntuk korang. wink.

oh btw, entry sy sebelum ni ada ckp pasal al-Quran tu
dah terdelete oleh blogger. grr.
tp ada yg bertanya kat mana nak dapat Quran tafsir mcm tu.
i asked my mum n ummi ckp abah beli dekat
jalan TAR, name kedai buku tu..
pustaka mukmin.
harga around rm100.
sile beli. sangat tak rugi.
puas hati bile mengaji n nak cari maksud.

ok lah. dah 2.30pagi dah.
tidur dulu ya.
gudnite people :)

Thursday, May 12, 2011

present from ummi :)

assalamualaikum :)

sy sedang happyyyy sangaaaaat3!
dulu sy pernah mintak something ngn ummi..
n dah lame sy tunggu..
then tadi lepas lunch ummi suh g hall.
then ummi bg hadiah tuuu..
sy dah happy sgt sampai rase cam..
entahlah. terlampau suke. hati macam puas sangat :)

it's an Al-Quran.
tapi quran tafsir satu2 perkataan.
dulu sy gune kakak ipar punye kalau tak faham.
but it's in english n tulisan macam kecil2.
so bile tgk ummi punye tafsir quran.. sy jadi sgt jeles.
thanks ummi sbb bagi fatin hadiah yang tak ternilai.. :)




umi wrote :
untuk anakanda ku fatin suhana,
hadiah drpd ummi sebuah Al-Quran,
besar maknanya..
bacalah,
hayatilah,
fahamilah dan
amalkan apa yang ada di dalamnya.
Insya-Allah anakanda ku akan menjadi
org yg berjaya di dunia dan di akhirat.
Amin.

ingat umi bacalah Al-Quran.. ummi.

Insya-Allah.. lepas ni akan lebih2 lagi
membaca kalam Allah ni.
i'm so thrill actually.
tgh happy lagi.
hehe.

ok lah, nak keluar bli mop jap.
lepas tu nak sort utk innerneck yg dah bayar.
nak post :)

till then.
take care awak2 sume :)

Wednesday, May 11, 2011

finally i'm home.

assalamualaikum :)

awak. kalau awak free 14 mei ni
silelah join event kak anizon kesayangan sy ni ye.


yg bestnye, at the end of the day,
u'll get the chance to choose yr MAC product worth rm200!
sy betul2 nak pergi, tapi sbb sy sudah di kuantan..
makanya. sobs.
ok korang yg free sile lah join ye :)
sebarang pertanyaan boleh tanye kak anizon terus ye. wink.

oh iye.
sy di kuantaaaaaaannn.
hehe.


iye, happy :)

masuk2 bilik ade camera. so try2 je lah. eheh.

video


till then, gudnite people.
mahu rehat2 sambil tersenyum :)
take care :)

Monday, May 9, 2011

inner neck sale!

assalamualaikum :)






ok ini bukan sesi show off gambar sendiri atau syok sendiri ye rakan2.
ini adelah sesi nak bgtahu yg inner neck currently available!
pictures above shows that i'm wearing innerneck.
sbg seorang yg malas utk iron tudung dan memakai kerongsang,
innerneck ni mmg jalan penyelesaian. huhu.
inner neck ni seperti anak tudung yang menutup leher.
jd soal nampak leher ke apa, tak perlu risau :)
TAPI, only 10 pieces are in stock.
so i need serious buyer.
more will come, tp for this 10 pieces,
(rm30 each. rm36 including postage)
i'll post it on thursday/friday.
jadi kepada sesiapa yg berminat dan boleh bayar before thursday,
drop yr comment here so that i know who u are.
bile sy dah reply utk confirm,
send an email to me at :
phatynsuehannah@yahoo.co.uk
send me your :
full name, address, hp number.

who's the lucky 10? :)

Sunday, May 8, 2011

when mum knows best.

assalamualaikum :)

i was sick for several days. n dlm 4 hari tu, i didn't eat proper food.
just, kalau incik jantung hati dtg shah alam then dea paksa makan.
*mcm ayah pakse anak makan. sob.
tapi iya, sikit sangaaat kot makan.
n mmg takde rase tenaga. rasa badan melayang.
n takde perut langsung. *padan muke incik jantung hati tak blh panggil buncit dah. heh.
sy muntah. dimana2 yg sy rasa nak muntah.
sy rase mcm high. *walaupun taktahu high tu mcm mana. err.
ini semua sbb sy mmg tak sihat.
n keracunan makanan.
tapi selepas keracunan.. sy still pening.
dan sy still tak blh nak makan apa2.

selama beberapa hari yg sy tak sihat ini sy
rahsiakan dari ummi tercinta.
tak nak ummi risau sebab sy kan tgh final.
tp semalam lepas jawab paper, sy mcm dah tak blh tahan.
so i told her that i was not feeling well,
muntah, pening kepala, keracunan semua lah..

n ummi just cakap,
"fatin.. yr blood pressure mana pernah normal.
mmg low blood kan.
g bli glucolin. n beli nasi ke ape, pakse diri tu makan.
n awk kan time2 final slalu meragam.
tp kali ni lebih skit la.."

haha. ok mcm mana sy blh lupa sy ade low blood pressure.
sy nye low blood mmg low betul.
even everyday mmg low blood pressure.
i don't remember when, yg blood pressure sy normal :')
mcm org sakit ape je.

so.. ya, i took ummi's advise.
g bli glucolin n kebetulan ade org jual burger, bli lah skali.
tak larat nak drive through bli bubur ayam mcd. *everyday pun mkn mende same. (-_-)
n pagi2 tadi bangun.. i was like..
huaaaa.. bestnye hidup! alhamdulillah..
dah tak pening sangat n the best thing is, i can smileeee :)
kalau tak selama ni dahi berkerut2 sbb konfius tgh pening ke,
nak pitam ke, or nak muntah.
uh.

when mum knows best.
kite punyelah pikir kenape lahh keracunan smpai mcm ni.
sedih dan emo sorang2.
haha. sabar je lah.
ummi knows everything.
jauh2 pun dea blh assume ape yg sy rasa, fikir semua.
hebat bukan?

pasangan romantik yg selalu kuar dating senyap2.


happy mothers day, ummi :)

thanks sebab melayan karenah fatin yang paling emosi dalam family.
huahh. manje pun blh tahan.;p
paling tak lupe, ummi n abah sanggup gilir2 teman fatin mase darjah satu kat kelas.
fatin dalam kelas, ummi kat luar kelas.
i don't know y i can't be apart.
3 bulan macam tu.
masa rehat, ummi or abah datang.
rehat sama2 sambil bawak bekal.
padahal org lain time tuh dah byk geng buat kawan semua.
ummi mmg sabar.

makin besar biasalah, anak perempuan.
ibu mana tak makin risau.
ummi makin byk berleter tapi sy dulu sedih sorang2.
tak buat apa2 pun kene berleter.
confuse (-_-).
tapi bila dah besar sikit ni..
barulah faham.
it's just that she loves me too much that she afraid that
something might happen n at that time,
she might not be besides me.
jadi.. leteran tu jadi satu azimat :)
kalau dulu ummi berleter fatin macam emo2.
skang tak dah, senyum saja.
coz it's a nature of a mother.

thanks sbb ajar fatin masak semua.
fatin rasa sbb ummi la fatin mmg suka masak.
*walaupun kadang2 ummi marah sbb suke sgt masak
sampai takde org pun kat rumah utk makan.uhuk.

thanks sbb ajar fatin jadi org yg lebih beradab.
kalau dulu umi tak marah2 n nasihat,
entah macam mana lah fatin sekarang.
n thanks sbb sokong fatin masa mula2 nak pakai tudung.
ummi siap beli baju2 yg lebih proper utk fatin.
*since masa high school kalau free hair manalah
baju tu nak 'baik' sangat kan.

thanks ummi.
for the love.
for the support.
for the sacrifices
i love you.
really :)

Thursday, May 5, 2011

sang jiwa hatiku.

assalamualaikum.

kalau hati ini bisa bicara.
pasti dia tersedu mengadu sakitnya jiwa.
jiwa itu bukan fizikal sifatnya.
tp roh yg dianugerah tuhan utk bisa merasa.
rasa yang berbagai.

lalu bagaimana untuk aku nikmatinya semula?
bernafas dalam jiwa yang lama tapi perasaan
yang lebih bahagia.
kata hati ini, perah dahulu jiwanya.
menangis dahulu sepuasnya.
biar tinggal kosong.
kemudian isi semula dengan cerita yang baru.

tapi aku tak bisa.
hati, kamu terlalu logik.
bukankah kamu sepatutnya yang lebih berperasaan dari segalanya?
oh.. aku lupa..
kamu sudah tenat dengan jiwa sebegitu.

entahlah. aku mahu jiwa yang lama.
perasaan yang lama.
tapi bahagia.
indah.

mungkin kalian tidak mengerti.
tapi ini hanya luahan dan monolog antara
aku dan jiwa yang sedang tenat.
tidak perlu faham apa-apa.

moga cepat sembuh, sang jiwa hatiku.
tanpa kau, aku tak mampu senyum.

Wednesday, May 4, 2011

in the middle of nowhere.

assalamualaikum.

i'm not feeling well today. satu hari terperuk dalam bilik.
semalam tak dapat tidur sebab kepala berdenyut. masuk ni dah
dua hari. so pagi2 tadi terus ke klinik dekat rumah tp doc masuk pukul 2:30petang.
then b4 balik snggah kedai runcit sebelah mymydin sek 7, beli bawang n ayam.
masak mee rebus for myself n housemates.
tp dah siap masak semua, sy hanye makan sikit saje.
takde selera.
n terus masuk bilik emo sorang2.

td pegi klinik n doc dah bg ubat.
dalam mase kurang 3 jam,
sy dah makan ubat overdose.
sbb tak baik2.
ubat farmasi yg sy beli smalam satu papan
pun dah tinggal sebiji hari ni.
i don't know.
betul2 tak sihat.

n ya, menstruasi.
tp period pain lain. sakit ni lain.
haih. if only u guys could understand.
n now, sy dah takde tenaga.
sempat beli choc picnic n sbb sgt2 tak lalu,
sy habiskan choc tu dalam mase sejam. uh.

sy kene sihat.
i have to.
final tak habis lagi ni.

hmm.

doakan sy cepat sembuh ye rakan2?
thanks :)

have a nice day.
take care.