Thursday, June 30, 2011

jom buat dessert :)

Assalamualaikum :)

hari ni nak berkongsi 2 resepi untuk korang.
smalam sy, ummi n farah puasa.
makanya haruslah ada pencuci mulut.
tp sy dok leka masak lauk je, ta pikir pun bahan2 ape yg ada
kat rumah untuk buat dessert.
last2, untuk berbuka sy hanya buat strawberry jelly pudding a.k.a
dessert org malas bak kate umi. (-_-)
malas tak malas, habis jugak kan. aha.
jom2, korang boleh buat ni kalau tetamu dtg kat rumah.
boleh bajet hebat masak padahal campur2 bahan je :)

strawberry jelly pudding

bahan2 :
1 paket kristal jeli brand NONA
1 tin susu ideal
1 tin mixed fruit cocktail
*2 sudu besar tepung jagung
*2 sudu besar gula
*1 sudu teh serbuk nescafe

yang bertanda * adalah kalau bahan ada n rajin.
kalau takde, tak perlu lah letak.

cara2 :
1. ambil kristal jelly n masakkan atas dapur.
agak2 dah nak mendidih, tutup api n letak dalam
bekas. masukkan dalam peti.
2. untuk kuah di atas, kalau malas : campur susu ideal dgn
mixed fruit tu, air mixed fruit pun letak skali. kacau2.
letak atas jelly bile jelly tu dah keras. siapp!
kalau rajin : masak susu ideal kat atas dapur. campur tepung jagung,
serbuk nescafe n gula. harus sentiasa kacau, kalau tak dea jadi
berbiji. kacau sampai jadi pekat. sejukkan sekejap.
bile dah sejuk campur mixed fruit tapi tak perlu letak
airnye. then cepat2 letak atas jelly yg dah keras.
masukkan dalam peti b4 makan.
siapp!


done with 1st dessert.
disebabkan rasa bersalah kat family coz buat dessert ala kadar,
malam tu sy buat pure baked cheesecake. rasa nya macam cheesecake
kat giant tu, tapi lebih lembut ala2 sponge tu n lembap.
korang boleh try buat utk raya nanti sbb rasanya sgt sedapp n utk cheese lover,
here's for u :)

pure baked cheesecake.


bahan2 :

• 150g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

cara2 :

1. sediakan periuk, masukkan cream cheese, mentega n susu.
panaskan dengan api perlahan. harus sentiasa kacau, coz if not,
nanti berkerak. nak mudah guna hand whisk. bile semua dah cair, tutup api.
tak perlu tunggu mendidih tau. just nak bagi cair je. then, ketepikan.
2. sediakan 2 bekas. 1 bekas utk putih telur. 1 bekas utk kuning telur.
make sure dalam bekas putih telur tu takde kuning telur ye. kang tak jadi pulak.
huhu.
3. now. kita ambil bekas putih telur dulu. we gonna make meringue first.
pukul putih telur sampai berbuih. *note : gune hand machine mixer lebih cantik hasilnye nanti.
bila dah berbuih, masukkan gula halus n kacau dgn mixer gune
maximum nye speed. make sure pukul sampai meringue korang jadi betul2 ringan.
mcm mana nak tahu meringue korang dah betul2 ringan? terbalikkan bekas tu,
n meringue korang tak bergerak langsung. apetah lagi utk jatuh ke lantai. ;p
maknenye, meringue tu da sampai tahap 'soft peak'. syabas inspektor sahabb!
ketepikan meringue korang.
4. now, kita ambil bekas berisi telur kuning pulak. kacau ngn mixer for about
one minute aja. just nak bg sebati.
5. in the meantime, panaskan oven 160c.
6. tuangkan sedikit demi sedikit kuning telur tadi kedalam bekas adunan creamcheese+mentega+susu tu. kacau seketika.
7. ayak tepung sedikit demi sedikit. (ayak separuh then kacau guna handwhisk,
then ayak lagi, n kacau lagi. buat sampai tepung habis). kacau perlahan
guna satu arah pusingan sahaja. kacau perlahan sehingga sebati.
8. tuangkan esen vanilla dan kacau lagiii perlahan. lastly, tuangkan meringue td
ke dalam adunan. kacau dengan super perlahan menggunakan satu arah pusingan shj.
9. bila korang rasa adunan tu dah sebati, try ambil sudu n kaup adunan yg bawah ke atas.
kalau adunan bawah warna kuning, n kat atas warna putih, means masih tak sebati.
so, keep on kacau slow2. bila korang try kaup, n adunan atas n bawah warnanya
sekata, means dah sebati la tuu :)
10. sediakan loyang utk membakar. boleh alas loyang dengan baking paper.
or boleh oleskan butter kat loyang n after dah oles, ratakan dengan tepung gandum sket.
tp make sure semua permukaan kene. after that, tuangkan adunan ke dalam
loyang.
11. letakkan loyang berisi adunan ke dalam loyang yang lebih besar. kaedah ni
namanya, 'bain marie' or 'steam bath' - utk result kek yg lembap.
12. tuangkan air panas ke dalam loyang yg besar tu sehingga loyang berisi adunan hampir
atau terapung sedikit. kira2, separuh loyang tu berisi air panas. (macam kite
kukus pau kat rumah kat atas dapur tu la kan. aha. )
13. b4 bakar, boleh tabur almond nibs ke, grated cheese ke, apa2 yg korang suke
kat atas kek.
14. bakar around 40mins.
15. dah siap, biar kek tu sejuk dalam loyang. baru bukak.
senang n cantik je bile bukak nanti.
16. siappp!

resepi kedua a bit cerewet, tp bila dah siap n makan..
sure korang lupa penat lelah buat kek ni. tehee.
apa lagi.. selamat mencuba! :)




p/s : tak sangka ramai yg join giveaway sy!! will announce the winner soon Insya-Allah :)
lagi p/s : stock innerneck dah sampai! n shawls pun adeee. coming soon :)

Tuesday, June 28, 2011

manusia itu nggak pernah puas.

Assalamualaikum :)

rasanya sebelum ni sy tak pernah menulis tentang
apa yang orang2 berkata mengenai diri ini.
yang positif, alhamdulillah.
yang negatif, hmm. sy cuba muhasabah diri :')
kalau sy sendiri yg tak lakukan apa2, tentu org tak berkata kan.
walaupun sometimes sy mmg tak buat apa2.

ada yang pernah berkata kenapa lah sy ni sombong sangat.
sy jawab : kalau anda lelaki dan hantar msg2 seperti ingin berkenalan etc,
haruslah sy kurang berkenan. maaf, tapi mmg itu pendirian sy.
kalau anda perempuan, mungkin sy terlepas pandang.
perkara yg paling malas sy buat adalah sy buka inbox fb.
yes, my bad.
i know. tp sy cuba utk perbaiki diri ni dari semasa ke semasa.
sy tak memilih dalam berkawan, cuma bagi sy,
di dunia maya seperti blogging, fb ini..
people tend to judge others by just reading their blog,
or just by looking the picture.
bile dah baca slalu n tau perkembangan seseorang,
dah rasa macam tau everything about that particular people.
but hey, kalau lah org tu tulis pasal happy shj, tak bermaksud hidup dia indah belaka.
mugkin itu salah satu cara dia utk melupakan beban yg dia pikul selama ni.
menulis tentang kebahagiaan dapat menghilangkan sedikit duka.

ada juga yg berkata, kenapalah sy ni nak berlagak alim.
menyampah betul katanya.
kata saya : in my opinion, sy tak tahu lah dimana silap sy smpai
ada yg berkata begitu.
kalau dah nama blog sy, haruslah sy tulis apa yg sy rasa.
blog saya, isi hati saya. mungkin lah kadang2 ada perkara2 agama yang bagi sy,
elok untuk sy sampaikan.. sy tulis di blog. tak salah bukan?
sy mungkin tidak alim seperti ustazah, tp apa yg sy tahu,
sy cintakan agama sy.
enough said, kalau dah rasa sy berlagak alim ke apa sangat,
don't read my blog. will u?
buat awak sakit hati nanti :)

n ada jugak yang berkata, sy ni konon je baik.
kata saya : i don't know what to say. but what i'm sure, u must be someone that didn't know
me in reality. know me face to face. then u can judge.
email me, then we can meet up n have a chat.
it's fair lah kan daripada stalk blog dan fb sy. kemudian buat assumption
sebegitu rupa.

banyak lagi pandangan negatif yg orang cakap.
tapi, biarlah.
byk juga yg telah sy berubah. thanks to u guys.
kalau tak, sy takkan berubah menjadi lebih baik.
tapi tolonglah jgn buat assumption yg seperti awak ni rapat dengan sy.
might be sy macam tu dulu. tapi sekarang?
hanya yg betul2 rapat shj tahu apa yg terjadi pada sy.
i don't need to write it here since i don't think it is necessary.
cukuplah sy bertarung dengan nyawa sy sendiri.
sy lebih menghargai hidup berbanding dulu.
sy lebih menyayangi keluarga berbanding dulu.
jadi, cukup lah.
memang manusia nggak pernah puas.
makanya, belajarlah utk menerima seseorang itu seadanya.


maybe i should live in my own world
without blogging n fb?

till then,
take care people :)

Monday, June 27, 2011

previous tutorial.

Assalamualaikum :)

good morning people!
i've got a lot of girls asking me on how i wear my hijab.
mungkin sbb sy tak letak link youtube sy di blog ini,
so here it is :

1) yang ni mmg tersangat mudah. n i don't use any pin at all.
mmg nampak mcm pemalas. tp ade sy kesah? ;p
apa2 pun, style ni sgt simple n sesuai if nak keluar tgk wayang,
or just buying some groceries at your nearest store :)





2) this is what i'm currently wear. kalau pakai selendang je,
mmg cara ni je yg sy pakai skarang. again, no pin at all :)



selamat mencuba ye!

oh btw, kepada yg tak join lagi giveaway sy, do join!
still have time to join it :)
kalau berminat, klik kat bawah ni :
siniiiii



Sunday, June 26, 2011

giveaway present for you :)

Assalamualaikum :)

mm. tak sangka tgk followers kat sbelah ni,
dah 4000! alhamdulillah :)
never thought of going this far. coz i guess people
don't really read my writing.
i love to write. poem especially.
tapi kat sini kekadang segan jugak nak publish kat korang.
takut org kata jiwang sangat ke. alim sgt ke. matured sgt ke,
but.. that's what i feel kan.
takpe lah, slow2 nanti ade la tuh terbabas puisi2 kat sini ;p



anyways, sebenarnya hari ni sy mahu bg giveway utk koranggggg :)
i know it's not that much.
but harap2 ianya berterusan. it's one of the way for me to thank
to you for reading my humble blog :')
hadiahnya cuma satu : Revlon grow luscious mascara.
why i choose this?
because i wear it n it is the best mascara that i could possibly find in Malaysia!
well, at least it suits me very well. aha.


ni search kat internet, the girl is wearing revlon grow luscious mascara.
frankly, mmg boleh jadi mcm tu. kalau buat 2 kali coated, it's not impossible to get that
kind of length n volume. trust me, it works on me :)


so bagaimana nak menang mascara ni?
simply just write yr name n email address to my comment for this entry.
tak perlu buat entry ke, jd followers or anything.
reallyyyy. i just wanna share good things with u guys :)
u can write it before 29/06/2011.
n i'll randomly pick the winner.
who knows, it's your luck!

come on girls!
just write yr name n email address n u could
win a mascara!

take care people :)

my kungfu panda.

assalamualaikum :)

hari ni sy hanya duduk di rumah.
not planning to go out since the weather mcm vulnerable sgt.
n petang td hujan lebat. mencurah2 jugak la.
nasib baik sy ada teman utk peluk2 time hujan td.
romantik gtuhh. ;p

meet Barli, my kungfu panda ;p


i think he knows how to hypnotize me.
usap2 dea, sy yg tertdo.
sadis betuls.
kucing2 yang lain mungkin tdo di bilik lain, tp
barli mmg suka tdo di bilik sy. even if i'm not in my room.
dea buat mcm bilik dea sendiri.
n ya, haruslah atas katil dan berbantal.
one more, he loves when i turn on the air cond.
bapak ah. kucing je pun. huks.


bile time hujan je sure akan lapar kan?
sy td makan nasi 3 kali kot hari ni.
buncit mmg tak hengat lah. tp apa2 aja.
perut kenyang, suka hati. ;p
lagipun dah lama tak makan masakan rumah :)

2 desserts which i'm currently in to :

puding roti with ice cream. topped with hersheys chocolate syrup
n fresh strawberry. aumm.





apam telur dinasour/dot dot/ polka dot.
huhu. byk betul nama.
tp buat apam ni seronok sbb main2 ngn colour.
u guys should try it!
senang, mudah n simple :)

ok then.. mata dah layu.
huahhh.
tido dulu ye.
goodnight people ;)

Saturday, June 25, 2011

pemanah jiwa.

assalamualaikum.


perasaan ini.
masih kekal begini.
entah kenapa kau biarkan aku menjadi
begitu pemurah.
hinggakan hati aku ini,
separuhnya ku beri buat kamu.

aku masih berdebar tiap kali kita ketemu.
aku masih tersenyum bila mana kau
bermain di fikiranku.
aku masih. sayangkan kamu.

aku takut.
kerana aku terlalu inginkan kamu.
gimana lagi harus aku jelaskan.
kerana yang jelasnya, tiada kata
yang mampu aku himpunkan untuk
aku nyatakan perasaan kasih ini.

mahukah kau terbang bersamaku,
selamanya?



malam semua.

Thursday, June 23, 2011

last day in shah alam.

assalamualaikum :)

currently bilik sgt bersepah.


sbb tgh kemas barang. next sem sy dah berpindah ke uitm puncak alam.
so, goodbye shah alam. hello puncak alam!
banyak sangat kenangan di shah alam ni walaupun hanya setahun di sini.
semuanya manis2 :')
eventhough berat hati nak tinggalkan shah alam, i have to move on lah kan.
siapa2 yg tinggal di puncak alam lepas ni boleh la kite ketemu ya.
nak sgt jumpe kawan2 baru kat sane. tehee :)

btw, Dara.com edisi Julai sudah di pasaran.
jom2 beliii ;)




*suke betul promote gambar sendiri. ;p


ok lah awak.
nak sambung kemas barang.
penat (-_-).
tapi tak sabar nak balik kuantan mlm ni jugak. hehe.
till then, take care people :)

Monday, June 20, 2011

a day.

assalamualaikum.

suara sy masih sengau2 penangan demam dan selesema yg
hebat sekali.
sebenarnya td ada shooting utk magazine. tp dari semalam
sy tak yakin sy boleh pegi atau tak sebab kondisi yg sgt tidak mengizinkan.
last2 sy sendiri rasa bersalah. makan ubat byk2, tidur dan rehat puas2.
alhamdulillah.. hari ni ok :)
dan sgt tak sangka sy digandingkan dengan aza nadhirah!
sgt cantik dan soft-spoken.
covergirl dara.com bulan sept thn lepas. wink.
knal aza dah lama, tp tak pernah berjumpa.
contact pun through fb. alhamdulillah.. kali ni dpt berjumpa kawan fb.
mmg banyak betul benda yg kiteorang na cerita.
biasalah, gadis :) ahah.



*sy tak puas pandang aza. sweet sgt :)
gambar kat atas ni sebenarnya behind the scene ok.
tak blh upload full sbb tak kuar mag lagi. bajunya sgt cantik!
ni utk keluaran bulan 8. serius, korang beli mag ni nanti tau.
bukan sbb apa, baju nya sgt cantik n awak2 sume blh survey utk beli
baju raya yg dah siap :)

dah habis shooting, kak suzie (mua) n kak zalmie ajak makan
kat cafe karangkraf dulu. kiteorg pekena meehun sup kat sane.
thanks kak suzie sbb blanje kiteorg. lain kali blh la blanje lagi ye. hehe ;p
*sgt kurang sopan disitu. (-_-)

since aza n i still have things to share n talk about,
sy culik aza after shooting tu! pegi jusco bukit raja je pun. hehe.
saje jalan2 disana n sempat jugak la sy beli
wedges marie claire (current wedges da koyak rabak) kat Bata,
n eyeshadow kat sasa outlet (sbb murah sgt rm 12 utk 5 colour. iye,
walaupun sy sendiri tak tahu mcm mane na pakai eye
shadow kaler
silver n metallic blue. uh)

after that kami ke pakli seksyen 7. huahhh. sy tahu sy memang
pengunjung tetap pakli. tp apekan daya, rumah sy dan pakli hanye sejengkal
jaraknya. see, see. aza sgt happy bile sampai di pakli. ahah :p


sy pun menumpang happy ;p . tp jangan tanya motif sy jelir begitu.
sy sendiri kurang pasti. sobs.

both of us ordered french toast since masih kenyang makan meehun sup td.
*oh ya, ni feveret sy kalau konon nak diet/ masih kenyang. aumm.


sy smpai dah lupa yg sy demam dan mukus tersumbat dlm hidung.
bagus betul kalau boleh sorok2 demam macam ni.
balik2 rumah makan ubat dan rehat.
sekarang harus study sbb final paper qmt sudah dekat.
kalau demam lagi, nak sorok jugak sbb hari ni dah berjaya buat mcm tu.
hmm. sy dah tak faham ape yg sy tulis ni. err?
ok lah awak2 sume.
take care n goodnight :)

Saturday, June 18, 2011

zaman jahiliyah.

assalamualaikum :)

hye awak2 sumeee! actually tgh demam skang. jadinye bercadang
utk taknak ckp dengan sape2. sbb tekak kering sgt.
makanya, sy menulis entry ni ;p

i bet most of us dulu2 ade friendster kan?
sy dulu tersangatlah tamak. siap ade 2 account.
konon hebat sbb byk account. padahal in the end tak kenal sangat.
nasib baik sekarang dah bertukar dgn facebook dan it's better.
btw, kalau tengok gambar2 dulu time kat frenster..
alahai.. kelakar!
sgt naifff n budak2. huahh.

silelah lihat gambar2 semasa zaman mude remaja iniii. ahah. :

wif abg wann :)


ni kat gannu. sumpah lawa!
masa di tote museum, uk.

terasa sgt cool bile pakai spek itam walaupun
tok kat blakang da pandang pelik. huhu.

test2 baju raya. trus wat profile pic. mmg ta surprise
betul baju raya thn tu. sobs.

tipikal.

sy pun tak tahu motif gambar ni. uhh.

ini punn.


lulus ape? no idea. haha ;p

it's funny kan bile tengok2 balik gambar2 zaman kegemilangan
frenster dulu. sy start buat acc frenster time form 2.
rase macam.. huahh. byk nye dapat kenal org!
n dari situ gak la sy dpt kawan2 baru yg baik sampai sekarang.
i'm glad :')

how's yours?

till then,
take care people!

Thursday, June 16, 2011

a little something for abah :)

assalamualaikum :)

buat abah tercinta,
this is my birthday card for you!
sorry sebab hadiah dapat dulu, tapi card lambat sikit.
sebab card ni special.
gubahan dari hati :)

video

i love u abah! :')

till then,
goodnight people.


Sunday, June 12, 2011

swagged bazaar :)

assalamualaikum :)


picture is taken using polaroid. nadrah punye. cool gak kan gambar cemnih?
nampak vintage :)

btw satu hari ni sy menjual brg2 di swagged bazaar. n i'm not alone.
sy bersama gadis cantik, nadrah :)
swagged bazaar ni dibuat kat rumah nadia, my kuantanese fren jugak.
mmg best! lebih2 lagi dgn deco yang lawa.
music2 yg dipasang pun lagu2 lama.
mmg kene la dgn jiwa neh. eheh.

some of the pics :



name booth kiteorang, thatprettysomething.
awesome kann? *ceh.
our booth kat upstairs, so kene naik tangga baru jumpe kami :)

us :)


berjumpe sahabat lama semasa di SMART. fatin, mady n najwa :)

organizer si berbaju dress vintage, nadia rustham :)


entrance yg menariks.

candid :)

overall bazaar ni mmg best n mmg mcm ala2 kat subang, kl da rase.
i guess kuantanese need more bazaar after this.
it's a good start btw.
hope lepas ni ade lagi event2 mcm ni dekat kuantan.
:)



till then,
take care people :)

a man, a boy and a girl.

assalamualaikum.

malam semalam sambut birthday abah.
eventhough sepatutnye hari ni, tp
sebab akak sdare punye anak pun birthday same
ngn abah, so smbut smalam :)
*since khalida dok t'gannu. hari ni kan workdays. aha.
oh n also, anak sdare sy pun smbut birthday bulan ini.
his 1st year birthday is on 26th.
alang2 sambut skali la birthday umar.
sangat nakal ok umar neh! mule2 je baik..
lepas tu.. mak aih.

kiteorg just buat kat rumah.
simple2 aja.
simple dishes. buat gulai kambing since it is abah's fav.
n yeah, basically most of us mmg suke pun ;p


presents for khalida n umar. fluffy2 yg kaler pink n putih tu pen.
utk budak2 yg lain. it's a pen. serius gedik oh pen tu. uh.



birthday cake yg diimport dari shah alam.
korang cube bayangkan sy bawak balik
cake ni dr shah alam ke kuantan. gigih tahuu. ;p
n this is custom made. since abah contractor, bukan main
lagi sy mintak izyan buat bangunan, org, kon2 bagai.
heee. but yeah, sume org pun suke the cake!
thank you sugar rush! :)


abah's favourite.

masing2 teruja tengok kek. aumm :)


umar yg demuk2 pipi melampau melebihi paras normal
pau. arghhhh. kenape lah budak2 harus comel. sobs.

birthday girl khalida yg comels ala2 pwincess. kak yanti mantain
cuns even anak dah 4! seyes na jadi cam kak yanti nanti :)

gadis2 kayangan.

tgh2 makan kat dining, sy tengok the guys mcm makin kurang.
apehal lak neh kan?
tgk kat dapur sebelah..

ahaha.. lupe lak malam smalam tgannu Vs kelantan!
kami sume neh kan asal gannu.
makanya.. semangat juang itu tinggi! yeah!
n congrats to Terengganu!


gadis2 kayangan yang happy dok main kejar2 sambil pegang pen gedik utk
dijadikan penyapu.

lepas tgk bola, rehat jap utk potong kek.
abg wan, farah, kak wani n abg pi picit mende alah ape ntah.
yg keluar paper kecik2 bile tarik.
mcm mercun da, tapi menjadi gak la.
bising jap umah smalam.
ahaha.. comels je.

seperti biase, tugas umi mmg suap abah.
kalau tak birthday pun, mmg suap jugak. aha.

umar jeles. haruslah suap jugak budak pipi demuk inii :)

us :) abg wan kater, buat freestyle. umi ta pasal buat pout! haha.
i love u guys soo much! :')


akhirnya umar ke pangkuan ku jugaaaaaa.
rase mcm taknak lepas dah. bestnye ade anak. aaa.
anak sedare. uhu.

farah, umar n kakak ipar, kak wani :)

i had fun last nite, tp b4 11 da tdo sebab mengantuk tak pasal.
oh btw, hari ini sy menjual brg2 sy di swagged bazaar!
kalau ade kuantanese yg free. sile lah ke sana ya!
till then,
take care people.
have a nice weekend!