Sunday, May 27, 2012

spontaneous.

Assalamualaikum :)

selamat hari Ahad semua! currently is at OldTown, 
doing my thesis. kepada yg tidak tahu, Insya-Allah, ini
merupakan semester terakhir sy utk Degree in International Business.
semester akhir ni biasalah, praktikal dan dlm waktu yg sama.. buat thesis.
bulan depan dah habis praktikal dan sungguh tidak sabar untuk tamat degree!
perancangan selepas itu?
tehehe.. will let you guys know later ;p

i've got so much things to do and things that i want to do.
sy ada penyakit yang.. kalau nak buat, sy kene buat jugak.
if not, sy akan hyper. hyper di sini means sy tak boleh tidur,
berpeluh2, kemas bilik, memasak (now you know why
i've always spent my time in the kitchen. hehe), dan bermacam2
perkara pelik yang lain. 
i have several big things coming up around the corner, after
i finished my practical. one of them is going to Paris,
and i really can't wait to go there.
i've been there once, as a backpacker yg comots dan
in a rush sbb banyak country nak pergi. so tak banyak masa
yg sy spent di Louvre museum, Notre Dame, Eiffel Tower, etc.
sy HARUS ke Louvre sekali lagi dan spend sehari disana.
i love history. i love museum. i love everything about arts :')
oh btw, ada entry khas kenapa sy ke Paris.
bila progres thesis berada di tahap yg baik,
baru update. ni pun spontan. huhu.

well, till then awak2 semua.
i miss talking in my dear blog.
tak tahu kenapa rasa mcm abandon. eh yeke?
sobs.
:(

Monday, May 21, 2012

thoughts of mine.

 Assalamualaikum.

*while listening to Clair De Lune. One of my daily routine. i've changed my background music to this :)

They say good things come to those who waits. But waiting alone is not enough. Good things do not come to those who wait. Good things come to those who pursue the goals and dreams they believe in.

Dreams and goals.

Something that i love to talk about.  I have so many dreams. i live my life, believing that dreaming can give me happiness. Executing the dreams with goals in life will make me satisfied. But life is not like a bed of roses. Sometimes it feels like too good to be true, and sometimes it feels like between the devil and the deep sea, having dangers in between.

Different people have different aim. See, my goal is different from yours. Some of us may aim high, some may not. The previous me would always aim high because i do not believe in biasa-biasa. To be good, you must aim high. But as time goes by, when some tragedies occurred, i know that aiming too high will make you fall into pieces if it is not done according to the actual plan.

Sometimes, perfect for others does not mean it is perfect for you.  Sometimes,  things that have most flaws will suits you best. Why? Because you know in any way, you can resist the flaws. While the so-called-perfect, once broken considered sold.  

Hmm. This is only my thought. If yours is different, i am totally fine :)

p/s- I’ve always  wish to have a good life, but not with myself as the bone of contention.  Never. 



sorry, i think i've mumbled a lot here. anyway, selamat menyambut bulan Rejab. perbanyakkan amal ibadah pada bulan ini. let us start with puasa, shall we? :)

Sunday, May 13, 2012

private party for mums.

Assalamualaikum :)

semalam sy berkira2, nak buat ke tak.
tak buat ke, buat.
kalau nak buat makan2 untuk umi, harus pergi beli brg2 masak.
tapi masa tuh dah pukul 9malam dan hujan guruh petir semuaa ada.
sobs.

last2 pergi jugak ke giant pukul 9 setengah.
balik rumah prepare2 barang utk buat simple breakfast for dear umi.
and sempat jugak selitkan invitation card untuk umi, abah, maksu and ayahsu (kebetulan maksu ada),
kakak ipar n abg pi. invite taknak lambat lagi,
pukul 11:30 mlm baru bagi. uhuks.
sorry, ini adalah idea tiba2 sebenarnya :D


konon formal la kan. hehehe.. ;p
wakaf mempelam tu nama tempat di terengganu. umi asal disana,
so abah buat satu pondok disini nama, wakaf mempelam.
suweet tauu. mcm cerita cinta Taj Mahal katenye. eh? 
(-_-')

by the way, sekadar berkongsi : 

i just love this. thank you Spreadsalam.com! :D



malam tadi tidur pukul 4 since banyak nak prepare.
buat puding laici (sbb nak biar sejuk dlm peti dulu baru sedap makan),
potong2 bahan nak tumis esok pagi, fikir setting utk esoknye, etc.
huah. tapi best planning2 bahan masak nii. seronok! tehee.
then pagi td lepas subuh sambung masak2.

so here's the setting :
maaf ada congkak, sejadah yang sememangnya asal kat situ. huhu

the menu : buns and tuna with apple sandwiches, baked macaroni, shepherd's pie and puding laici.

asalnya sy nak buat lauk2 melayu.
dah plan nak buat nasi lemak ala2 kampung tu, kuih talam,
n some other malay dishes.
tapinye abah request nak western (nak tanye umi tak blh sbb ni surprise kannn),
so we proceed with western yaw! 
seronok tengok mereka semua makan banyak :')


buns n sandwiches :)

makaroni bakar

abah suka gilaa yang ni. maybe sebab mix of daging n potato. both fave abah. ahah.

umi's fave : puding laici :) air : orange juice and chamomile tea.


the pudding :)
muka happy katenyeee. :D
I had fun today!
lepas breakfast, lunch abah ajak ke zenith hotel,
makanan super banyaaak,
rasa macam tak blh jalan dah mase balik, nak kene jalan gune
perut sbb bhgn perut terlalu sarat dgn makanan. sobs.

n maksu texted me :
tqvm for the beautiful breakfast. everything delicious
n set in such style. it was a delight for both maksu and ayahsu.
owez a pleasure to be with ur beautiful family.

aww.. terharu :')
till then, have a nice day people!

Friday, May 11, 2012

e-novel : Jangan Silap Sebut Tau! (chapter 1 and 2)

Assalamualaikum.
 ini sambungan chapter 1 tempoh hari. Shah Bakri ada alter
since ada ralat tempoh hari. diharap kalian dapat
memberi respon dan teguran membina buat Shah.
mana tahu teguran membina mampu jadi sumber
inspirasi buat shah kan. aha.
for a 17 year old guy, it's not that bad!

anyway, nama je sama. tapi janganlah samakan sy
dengan watak dlm cerita ini ya. 
ini bukan cerita sy pun. besides, ramai je
oramg nama fatinsuhana. janganlah emo sgt kay?
sobs.

selamat membaca! :D


TAJUK : JANGAN SILAP SEBUT TAU
PENULIS : SHAH BAKRI


BAB 1

Aku terima nikahnya Fatin Suhana binti Datuk Khalid untuknya Remy Imran….

Belum pun wakil pihak lelaki, si Arill tu sebut apa-apa, Fatin Suhana sudah berangan jauh. Sebenarnya lafaz qabul di atas hanya bergema dalam otaknya sahaja. Almaklum, tengah berangan cik pengantin baru kita ni. Padahal di alam realiti, masih belum mula apa-apapun lagi. Hai, mengantuk aku tunggu!

Fatin Suhana tidak mempedulikannya. Dia kembali berangan dengan senyuman seulas di bibir. Terbayangkan saja nama Remy Imran yang sudah diakad dalam imaginasi, terus rasa nak meloncat. Alangkah indahnya dapat berkongsi hidup dengan lelaki idaman Malaya itu. Uisshh! Tak sabar! Tak sabar sangat!

Fatin Suhana sempat mengerling jam di dinding masjid. Waduh! Kenapa pula masa ni lambat bergerak? Rasa macam sesaat tu macam setahun! Berdetik sangat perlahan. Tak start lagi ke dorang ni…? Aku dah tak sabar dah ni. Aduh! Lecehlah!

“Sah!” Sebutan itu bergema, sekaligus menyedarkan Fatin Suhana dari lamunan.

Dia terkedu seketika. Eh? Dah sah ke? Laa… dah sah ke? Dia terpinga-pinga. Tetapi sebaik sahaja melihat semua orang di sekeliling meraup wajah tanda gembira, senyuman paling manis kalah pesakit kencing manis mula menguntum di bibirnya.

Wah! Sekarang dia dah ada status baru! Kini dirinya sudah diiktiraf menjadi isteri orang! Dia sudah dibawa melangkah ke dunia lain! Dunia yang penuh bahagia, warna-warni dan berbunga-bunga! Wahh! Bahagianya!

Remy Imran!! Kita dah jadi laki bini! Tak sabar nak beritahu hubby! Seronok bangat! Rasa nak loncat sekarang juga.

“Alhamdulillah,” desis hati Fatin Suhana dengan debaran jantung yang kencang. Menitis air matanya apabila memikirkan diri sudah menjadi milik orang lain… milik Remy Imran yang tercinta.

Tapi, keseronokan itu hanya bertahan untuk seketika sebaik sahaja telinganya dibisikkan sesuatu oleh sahabatnya, Farah di sebelah.

“Kau dah sah jadi bini Arill…” ujar Farah dengan dahi yang berkerut. Nadanya seakan hairan.

Fatin Suhana tergelak kecil seraya menghadiahkan cubitan manja ke peha Farah. “Apalah kau ni… tak faham la tu. Dia tu wakil aku jelah.”

“Hah wakillah sangat. Kau tak dengar ke tadi? Ke kau tidur tadi? Aku pun pelik tengok kau, macam tak ada respons je masa akad nikah tadi. Hei Atin, yang sebenarnya nak kahwin dengan kau tu Remy ke Arill?” Farah menggoncang-goncang lengan sahabatnya. Mamai ke apa si Senah ni? Dia sendiri sudah tertanya-tanya, silap majlis ke apa dia sekarang ni? Dulu berialah si Fatin Suhana ni canang cerita yang dia nak kahwin dengan Remy Imran, sekarang di majlis akad nikah, lain pula situasinya. Apa semua ni? Dia tidak faham…

Mendengarkan kata-kata Farah itu, hati Fatin Suhana mula bergelodak hebat. Wajah Farah dipandang pada kadar lima saat sebelum beralih kepada mama yang duduk di kanannya. Dia mula rasa tidak sedap hati.

Tatkala membuang pandang ke depan sana, dia dapat melihat wajah Arill ceria gembira macam dia je yang kahwin. Padahal wakilkan saja! Yang tu lagi buat dia tak sedap hati. Cepat-cepat dia memaut lengan mamanya. Wajah mama ditenung dalam-dalam.

“Atin dah sah jadi isteri Remy kan mama?” tanya Fatin Suhana penuh harapan walaupun kata hatinya kuat memberitahu bahawa jawapannya adalah TIDAK! Tapi mama, tolonglah kata ya! Tolong sangat-sangat. Janganlah terjadi perkara-perkara tidak diingini seperti ini! Atin tak sanggup!

Datin Syalinda hanya tunduk. Wajah anak perempuannya yang sudah sah menjadi isteri orang itu dipandang lembut. “Mama minta maaf…”

Minta maaf apa? Untuk apa? Fatin Suhana merasakan mamanya sangat aneh hari ini. Suasana majlis sekarang pun rasa aneh! Wajah-wajah di sekeliling bereaksi aneh! Farah pun buat muka aneh! Kenapa semua jadi aneh ini??!

Hati Fatin Suhana bagai dipukul-pukul. Dia pandang muka Farah, kemudian pandang muka mama, kemudian pandang muka papa, dan akhir sekali pandang muka Arill!

Arill tersengih memandangnya. Fatin Suhana rasa lain macam saja. Nafasnya turun naik. Peluh di belakang badan mula merenik. Jenuh memikirkan apa sebenarnya yang terjadi. Dia tak faham konsep kehidupan sekarang. Kenapa rasa bahagia baru lepas nikah yang sepatutnya ada dalam hati ini sudah tidak ada? Dia sepatutnya ada dua rasa sekarang… bahagia dan sebak. Tapi sekarang semua jadi kalut!

“Atin, sedia untuk upacara batal air sembahyang,” bisikan Datin Syalinda ke telinga Fatin Suhana mematikan terus kekalutan di hati pengantin baru itu. Gadis itu terpana. Kaku matanya memandang Arill yang penuh sopan dan santun berjalan menuju ke arahnya. Dadanya berombak kencang.

Wajah ini ke sepatutnya ada di depannya sekarang? Mana Abang Remy? Mana dia? Kenapa bukan dia? Setahunya Arill cuma wakilkan ketika akad nikah saja. Tapi untuk upacara ini, Arill tidak sepatutnya di sini. Dia sepatutnya sudah berambus. Tanggungjawab dia dah selesai. Tak perlulah berlama-lama.

Sekarang untuk apa pula? Upacara batal air sembahyang dia kena buat juga ke? Apa ni? Tak logiklah! Hei, korang! Korang tak belajar agama ke hah?!

Fatin Suhana sekali lagi menoleh memandang wajah Datin Syalinda. Silih berganti pandangannya dengan muka Arill yang semakin menghampiri. Mulutnya terlopong kecil, tidak percaya. Dada usah dikata, bagai dipalu beramai-ramai ketika itu. Jantung pula rasa mahu tercabut dari tangkainya.

Dia masih tidak dapat menangkap maksud sebenarnya. Tubuh Arill yang menghampiri makin menimbulkan kekalutan di hati. Dia memandang semua orang dengan pandangan kosong.

Papa dan beberapa pihak lagi sudah bersila tatkala Arill melutut di hadapannya. Kerlipan cahaya kamera menyimbah dirinya ketika itu. Acap kali dia dicuit makcik-makcik di belakang, memaksanya senyum.

Dia tidak tahu reaksi apa yang harus dipamerkan. Memang pada awalnya dia rancang nak senyum sampai ke telinga bila orang tangkap gambar. Tapi sekarang senyuman itu macam dah mati. Kesudahannya gambar muka yang pucat penuh kegusaran itulah yang diambil.

Arill yang segak berbaju Melayu dan bersongkok memandang tepat ke arahnya. Sekali dengan pakej senyuman yang menawan. Senyuman itu sampai jadi bualan dan sorakan anak-anak dara di sekeliling yang melihat. Bising sungguh mereka… hensemlah, sweetlah… macam-macam dikatanya. Tapi Fatin Suhana tidak ada masa untuk menghayati itu semua.

Apa dalam kepala otaknya sekarang, Remy Imran! Tapi mala’un sesat mana pulak di depan dia ni? Apa dia nak buat ni? Tangannya sudah terketar-ketar.

“Hulur tangan tu sayang…” Kedengaran suara Datin Syalinda.

Fatin Suhana menelan liur. Walaupun kepalanya tak dapat memproses sebab kenapa perlu dia bersalam dengan Arill, waktu itu dia rasa dia tidak perlu mempersoalkan. Ikut saja, Atin! Orang tengah pandang tu!

Perlahan-lahan dia menghulurkan tangan yang pucat lesi itu lalu disambut Arill. Sebentuk cincin bertatah belian disarungkan ke jari manis Fatin Suhana.

Arill menggenggam tangan itu lama, menanti Fatin Suhana mencium tangan itu pula. Tapi Fatin Suhana seakan statik. Keras tangannya itu di situ. Yang ada cuma, aku pandang kau, kau pandang aku.

Fatin Suhana jelas nampak blur. Bila disuruh cium tangan Arill barulah Fatin Suhana bereaksi. Kalau tidak, sampai ke esoklah dia pegang tangan Arill.

Kepala ditundukkan. Pada mulanya fikir mahu dikucup tangan itu, tetapi apabila terfikirkan bahawa orang di depannya itu bukan Remy Imran, bukan orang yang sepatutnya, terus dibatalkannya. Belakang tangan Arill hanya menyentuh hujung hidungnya sahaja.

Dia mengangkat muka, kembali ke posisi asal. Wajah Datin Syalinda dipandang sekali lagi. Didekatkan mulutnya ke telinga Datin Syalinda.

“Kenapa Atin kena buat semua ni untuk Arill?” Akhirnya terpacul juga persoalan itu dari mulut Fatin Suhana. Entah kenapa dia rasa dia tidak boleh berfikir sangat ketika itu. Orang suruh salam, jadi dia salam seperti yang diperintahkan walaupun hakikatnya dia tidak tahu apa motif dia perlu buat semua ini. Sedangkan Arill cuma pengganti Remy Imran saja, bukan suaminya pun. Adat apakah ini?

Datin Syalinda nampak sugul. Bicaranya juga tidak teratur, seakan menahan sendu. “Atin…. Maafkan mama. Arill… Arill sebenarnya… ermm… dia dah sah jadi suami Atin.”

Prangg! Tubuh Fatin Suhana dirasakan seperti dipanah petir. Dia terbungkam. Agaknya dia tidak salah dengar. Ayat terakhir yang keluar dari mulut mama masuk tepat ke dalam lubang telinganya.

Adakah benar… dia sudah sah jadi suami kepada Arill? Kaku Fatin Suhana di situ. Nasib baik bicara Datin Syuhada perlahan. Tidaklah mengganggu suasana majlis. Tapi hatinya sedang kalut. Kelopak matanya tidak lagi mengerdip… seluruh tubuhnya kaku. Seakan berita itu satu tamparan hebat buat dirinya.

Tapi sebaik mungkin Fatin Suhana cuba mengawal emosinya. Ya Allah, apakah ini semua? Apa semua ini? Maka benarlah kata hatinya, dia bukan menyandang gelaran isteri kepada Remy Imran seperti yang dirancang, tetapi Arill! Kenapa tiba-tiba lelaki asing ini? Kenapa?

Fatin Suhana sedaya upaya cuba menahan tangis. Air matanya tidak mungkin tertahan kala itu. Dia harus melepaskan air mata! Dia harus menangisi semua ini! Kenapa malang sangat nasibnya? Hari yang disangka bahagia rupanya berakhir dengan penuh luka. Ya Allah… kuatkanlah hati hambaMu ini.

Arill memerhati Fatin Suhana yang pada pandangannya sangat kekok ketika itu. Dia tersenyum. Bahagia rasanya hati dapat menyunting gadis yang diidam-idamkan selama ini hanya dalam masa yang singkat. Tidak rugi dia datang ke sini. Daripada datang dengan hanya sebagai tetamu, tiba-tiba dia dipersetujui untuk menjadi suami. MasyaAllah, indahnya dunianya ketika itu hanya Allah saja yang tahu.

Isterinya yang sungguh menawan ketika itu kelihatan tunduk. Wajahnya seakan sarat dengan kesedihan. Arill tidak mahu fikir apa-apa. Yang penting sekarang, dia mahu mengucup dahi si jelita itu. Sudah lama dia mengimpikan saat keemasan ini. Sekarang dia dapat mencapainya dengan cara yang halal dengan statusnya kini sebagai suami kepada gadis itu. Jadi, gadis itu sudah menjadi miliknya!

Fatin Suhana pula masih berperang dengan emosinya sendiri. Di depan orang ramai, dia mahu kelihatan tenang. Tidak guna dia mengemukakan seribu soalan sekalipun berkenaan situasi gila ini, pastinya tidak enak kerana orang ramai sedang memerhati. Tetapi dia masih bingung, kenapa tiba-tiba Arill pula yang menjadi suaminya? Tolonglah sahkan bahawa ini hanyalah mimpi. Tolonglah.

“Sayang, angkat muka, suami nak kucup dahi tu.” Suara Datin Syalinda menyedarkan Fatin Suhana daripada tenggelam dalam perasaan sengsaranya ketika itu. Sakit di hati ini bagai dipanah selumbar tajam. Sakit yang amat.

Fatin Suhana tidak banyak kerenah. Otak yang masih tertanya-tanya dibiarkan begitu sahaja. Dia perlu berlagak tenang di hadapan orang ramai. Dia tidak boleh menghuru-harakan majlis walaupun hatinya membentak mahu berbuat begitu. Ini silap faham! Suaminya yang sepatutnya bukan Arill! Tapi Remy Imran! Mahu saja dijeritkannya tetapi… tolonglah bertahan, Atin. Bertahan sekejap je lagi.

Hatinya merintih dan merayu juga… tolonglah sesiapa buktikan kepadanya bahawa ini semua mimpi. Kalau diikutkan, sekarang juga dia mahu menampar pipinya. Dia mahu memastikan bahawa sekarang dia tidak berpijak di alam realiti. Dia cuma bermimpi! Ini mimpi buruk akibat dia tidur tak basuh kaki semalam kan? Kan? Kan? Tolonglah sesiapa kata ya!

Dan itu semua sebenarnya mustahil. Tidak akan ada sesiapa yang boleh kata ya sebaik saja melihat satu kucupan dari bibir seorang lelaki mendarat di dahi Fatin Suhana. Dan Fatin Suhana tidak mempunyai alasan untuk menafikannya, tidak mempunyai sebab untuk mengatakan bahawa itu adalah mimpi. Kerana… kerana dia merasakan sendiri kehangatan ciuman itu! Dia rasa sendiri! Bibir Arill menyentuh kulit dahinya. Dia rasa! Dan sudah sah bahawa ini bukan mimpi! Ya Allah…

Dan kucupan itu masih lagi melekat di dahi Fatin Suhana. Lama. Dia sudah tidak betah. Dia tidak mampu bertahan lagi. Kalau di hadapannya saat itu merupakan Remy Imran, pasti dia mengharap satu saat dipanjangkan ke tempoh satu tahun. Tapi bukan Arill! Lelaki itu bukan siapa-siapa dalam hidupnya.

Tanpa sebarang isyarat, cepat-cepat Fatin Suhana melarikan kepalanya. Terpisah sudah kucupan suci itu.

Arill tunduk, wajah yang dipamer seakan belum puas. Dan dia agak terasa kerana Fatin Suhana berbuat begitu. Sepatutnya dia yang menentukan, sama ada ciuman itu lama atau singkat. Tapi awal-awal lagi Fatin Suhana melarikan kepala. Kecewa sungguh rasanya. Seakan Fatin Suhana tidak sudi menerima kucupan itu. Sudahlah kucupan itulah yang diharapkan wanita-wanita lain yang selama ini asyik terkejar-kejarkan dirinya. Tapi di pihak Fatin Suhana, seakan ia langsung tidak bermakna apa-apa. Dipandang sebelah mata saja.

Fatin Suhana menoleh ke wajah mamanya. Dia tak tahu nak kata apa. Perasaannya tidak tergambar ketika itu. Hatinya masih berperang dengan seribu satu rasa. Ya Allah… tabahkanlah diri ini.

Cuba bereaksi tenang, Fatin Suhana menoleh ke muka-muka orang di sekelilingnya. Sebaris senyuman dipamerkan. Tanpa sedar, senyuman itu terpamer dengan air mata.

Syahdu di hari pengantin? Tidak mungkin! Syahdu orang lain syahdu bahagia… syahdu yang berbunga-bunga! Tapi syahdu dirinya syahdu sengsara! Syahdu yang penuh tanda tanya!

Masakan tidak, dia datang dengan seribu harapan, seribu impian, seribu bayangan bahawa Remy Imran bakal dipasangkan bersamanya. Tetapi di akhirnya dia menghadap muka seorang lelaki yang dia langsung tidak pernah kenal hati budi, tidak pernah jatuh hati dan tidak pernah terfikir pun akan sehidup semati.

Bengang! Majlis ini bukan untuk lelaki itulah! Malah untuk dia dan Remy Imran! Biar Remy Imran ada di Amerika sekalipun, mana janjinya? Janjinya mahukan Arill wakilkan Remy Imran, tetapi ini sudah jauh! Wakil suami bukan jadi suami! Hei semua orang bodoh ke apa hah?! Ini namanya pengkhianatan! Ingat senang ke dia nak terima semua ni. Apa ni? Arghh!

Dia rasa bukan dia sorang saja yang berkeadaan begitu, masih bingung… mamai tertanya-tanya. Orang lain juga mungkin begitu. Kawan-kawannya… pengikut-pengikut blognya… rakan-rakan alam maya… pasti semua! Mereka dah dicanang, bahawa Fatin Suhana bakal berkahwin dengan Remy Imran. Malah Fatin Suhana siap upload lagi gambar Remy Imran di blog. Satu Malaya sudah tahu. Mungkin ada sebahagian pengikutnya dari Singapura, Brunei, Indonesia dan negara terdekat yang lain yang mengetahui.

Jadi di mana dia nak sorok muka? Di kad kahwin, kad jemputan yang dihantar khas untuk beberapa selebriti tempatan, di banner, di bunting, terang-terangan bertulis FATIN SUHANA & REMY IMRAN. Tapi kesudahannya dia dengan Arill! Apa ni? Rosak betul majlis kalau macam ni! Apa dia nak jawab kalau orang lain tanya. Tahap popularitinya yang tinggi bukan membolehkan dia dielak daripada ditanya orang ramai. Paling kurang pun mungkin seribu orang! Satu kerja lagi!

“Jom. Masuk dewan.” Suara Datin Syalinda mengejutkan lamunan Fatin Suhana ketika itu.

Dia terkelip-kelip sendiri. Tiba-tiba Arill menghulurkan tangan kepadanya. Apa ni? Ingat murah sangat ke tangan aku nak pegang tangan kau? Hati Fatin Suhana memberontak. Satu jelingan tajam kalah lidi satay dihadiahkan kepada Arill yang masih melutut di hadapannya.

Arill hanya tersenyum. Walau bagaimanapun Fatin Suhana buat muka, baginya wajah itu tetap ayu, menambat hatinya.

“Tak nak saya pimpin?” tanya Arill apabila mendekatkan mulutnya di telinga Fatin Suhana.

“Ish! Tak kena langgar lori punlah! Jangan sibuk! Ingat orang budak kecil lagi ke? Orang boleh jalan sendiri,” bisik Fatin Suhana. Kalau diikutkan hati, nak saja dia bercakap guna mikrofon. Biar satu Malaya tahu yang dia sakit hati dengan Arill!

“Tapi kita dah jadi laki bini,” ujar Arill, masih tidak mahu mengalah. Mana mungkin dia berjalan ke dewan persandingan tanpa ditemani si isteri. Sudah semestinya nampak kekok. Apa punya konseplah, sudah nikah mahu jalan asing-asing! Adat planet mana ni?

Fatin Suhana mencebir. Laki bini konon! Nak nangis aku dengar dua perkataan tu! Memang nak nangis pun. Ish kau ni Arill! Kalau tak disebabkan aku pakai kain hari ini, lama dah dahi kau tu melekat dengan lutut aku. Patah riuk tulang kau aku belasah! Siaplah!

“Kalau orang pergi kemudian tak boleh ke? Dia pergilah dulu,” ujar Fatin Suhana.

Tergelak kecil Arill apabila Fatin Suhana membahasakan dirinya ‘orang’ manakala membahasakan ‘dia’ untuk menggantikan ‘awak’. Aneh betul gadis ini. Hei, banyak lagi kata ganti nama kedua yang wujud dalam dunia ni. Boleh pula guna ‘dia’. Hai, macam-macam hal. Comel pun ada isteri aku ni. Untunglah.

“Tak boleh. Kita kena berkepit. Silang lengan. Mana boleh jalan asing-asing. Nanti tak nampak macam laki bini.”

Baguslah! Memang itu yang aku nak pun! Yang kau mangkuk sangat apasal? Kau seorang saja yang fikir kita laki bini padahal aku sikit pun tidak! Konon! Bagi aku, kita tak official jadi laki bini pun lagi. Lantaklah dah sah ke apa! Tapi bagi aku, kau tetap orang asing! Alien bengong yang sesat! Choi!

Jalan silang tangan dengan dia? Nak terberanak aku dengar kat sini tahu! Mengharap betul ya kau! Aku peduli apa orang fikir kita ni bukan laki bini pun. For your information ya wahai alien, orang yang datang ke sini dah ada mind set bahawa aku bakal jadi isteri kepada Remy Imran! Tapi bila mereka tengok kita berkepit berdua, guess what? Fikirlah guna kepala lutut kau betapa haru birunya hidup aku nak perbetulkan semula pandangan mereka! Aku nak cakap apa? Arghh! Bala betullah kau ni!

“Merahnya muka. Pakai blusher seluruh muka ke? Siapa mak andam yang buat macam tu?” Arill ajak bergurau. Padahal dia tidak tahu merahnya muka Fatin Suhana kerana mahu meletup dua tiga saat lagi. Memang cari nahas.

“Sayang, jom.” Datin Syalinda bersuara. Dia tidak mahu berlama-lama di situ. Apatah lagi apabila menyedari ketegangan anaknya dengan Arill.

Fatin Suhana tidak banyak cakap. Dia terus bangun diikuti mamanya. Kalau tak difikirkan lautan manusia yang memerhati ketika itu, cun-cun masa ni jugak dia sumbat ibu jari kakinya masuk dalam lubang hidung Arill. Biar sesak nafas. Lepas tu mati terus! Bagus! Yes! Tepuk tangan semua!

Arill dengan penuh keterujaan cepat-cepat mendapatkan tempat di sebelah Fatin Suhana sebaik sahaja gadis itu bangun. Manis! Seorang jelita, seorang kacak bergaya. Padan sangat! Tapi itu berdasarkan luaran. Dalam hati pula, seorang gembira, seorang sengsara. Parah!

“Kepit tangan suami,” tegur si pengapit, Farah.

Fatin Suhana jeling Farah di sebelah. Ni seorang lagi nak kena sumbat ibu jari kaki dalam lubang hidung ni! “Kalau aku kepit kepala dia boleh tak?” ujarnya geram.

Farah tergelak. “Jangan. Kepit tangan. Baru manis.”

Fatin Suhana menahan geram. Farah ni memang seorang sahabat yang tidak memahami betullah! Geram aku! Dia ingat aku suka ke dengan Arill ni? Dia sendiri tahu apa yang berlaku tadi. Tak tumpah sikit ke simpati dia pada aku? Sempat lagi nak bergurau benda-benda macam ni.

“Tak boleh ke kalau kau letak flowergirl tengah-tengah ni? Biar aku kepit budak tu je?” Fatin Suhana bagi cadangan yang lain. Sampai ke sudah dia tak nak kepit tangan Arill walaupun Arill tampak macam tak sabar menunggu.

“Kau ni banyak songeh la, Atin!” Farah menggaru-garu kepala. Nasib baik tak gugur kelemumur.

Dia bukannya tidak faham situasi sahabatnya sekarang. Dia sangat-sangatlah mengerti. Tetapi dia tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Fatin Suhana. Dia tahu sahabatnya itu kuat semangat. Sebab itu dia cuba bergurau. Kalau dia buat muka sedih juga, makin lemahlah semangat sahabatnya itu.

Dia tahu semangat Fatin Suhana kuat. Kalau dirinya sendiri, tidak mungkin dia akan bangun dan pergi ke dewan persandingan seperti sahabatnya itu kerana dia jenis manusia yang kus semangat. Kalaulah dia di situasi Fatin Suhana, mahu dia terus berlari ke kereta, pandu laju-laju, pergi Karak, terjun gaung! Mana mungkin dia dapat terima!

Ya, ujian ini agak berat buat Fatin Suhana. Dia juga tumpang bersedih. Sampai dia sendiri rasa tak ada semangat nak hidup walaupun bukan dirinya yang kena. Walau hanya jadi pengapit sekalipun dia tetap merasakan suasana hari itu sangatlah hambar! Sangat mengharukan.

“Farah… tolong aku… Aku tak nak…” Fatin Suhana mengetap bibir. Redup matanya memandang Farah di sebelah.

Farah menganggukkan kepala, perlahan. Kemudian tunduk lama dengan mata yang bergenangan air mata. Cecair jernih itu hampir tumpah. Sebak dadanya mengenangkan nasib sahabatnya pada hari ‘berbahagia’ itu. Dia tidak dapat membantu melainkan menolong mengalirkan semangat kepada kawan tercinta.

“Sabar Atin…” Farah menjeling sekilas ke pengantin lelaki. “Nanti aku tolong kau belasah budak tu!”

Fatin Suhana tergelak kecil. Sedaya upaya dia cuba menahan perasaan.

“Dah. Jom gerak,” ujar Farah.

Rombongan pengantin memulakan langkah. Fatin Suhana tidak merelakan tangannya dikepit Arill. Dia sanggup menyilangkannya di belakang tubuh bagi mengelakkan daripada bersentuhan dengan tangan Arill.

“Kita tukar baju dulu ya sebelum masuk dewan,” pesan Farah.

Fatin Suhana pantas menggeleng. “Jangan. Biar je. Pakai baju ni je. Aku nak majlis ni habis cepat-cepat. Aku tak tahan.” Dia membisikkan ke telinga Farah.

Farah berpaling ke belakang, memaklumkan kepada orang lain perkara tersebut. Walaupun pakaian itu boleh dikatakan sangat cantik dan mahal, Fatin Suhana kisah apa? Baju saja cantik, mahal, tapi kalau hati sengsara apa gunanya?

“Dah. Bersedia ya masuk dewan. Jangan lupa senyum.”

“Senyum? Kau ada tak bibir palsu yang boleh aku tempek kat mulut aku ni supaya orang lain boleh nampak yang aku tengah senyum sepanjang masa?” tanya Fatin Suhana. Gila ke suruh aku senyum dalam keadaan macam ni? Orang dah perbodohkan aku, lepas tu suruh aku senyum? Hah, layaklah aku masuk Hospital Bahagia! Sengal.

Farah tergelak kecil. “Buat masa ni tak ada lagi syarikat yang buat produk tu. Kau senyum jelah ek.”

Arill sedari tadi memerhati isterinya di sebelah. Tidak sudah-sudah berbisik dengan si pengapit. Entah apalah yang digosipkannya. Sekejap masam, sekejap senyum. Entah apa-apa mereka berdua ini. Mengumpat fasal akukah? Dia menggeleng-gelengkan kepala.

Dalam mengatur langkah menuju ke dewan persandingan, matanya asyik menjeling Fatin Suhana. Dia sangat tertawan dengan kecantikan yang dimiliki gadis itu. Apatah lagi ketika disolek… Subhanallah! Cantiknya…

Tapi… kenapa pula si jelita ni tak nak kepit tangan aku? Aik? Dah tu si jelita ni siap silang tangan ke belakang lagi? Mahal betul tangan tu. Haih, tak syoklah kalau macam ni!

“Okey. Kita dah nak sampai dah. Ready ya pengantin.” Satu suara kedengaran melaung dari belakang. Anak tarzan ke siapa tu? Serabut Fatin Suhana mendengarnya. Pengantin? Sebut sekali lagi siaplah!

Langkah demi langkah diatur. Baru sahaja sampai di pintu dewan…

“Opocot mak tapir terberak!” Laju seorang makcik melatah.

“Atin! Ya Allah!” Farah tergamam sambil terjerit-jerit.

“Kenapa? Kenapa? Apa dah jadi? Ya Allah… Atin!”

Keadaan di luar dewan jadi kecoh. Semua orang menjenguk-jenguk.

“Mana Atin?” Semua orang tertanya-tanya. Kelibat Fatin Suhana tidak kelihatan.

Dan bila semua orang pandang ke bawah. “Ya Allah!”

















BAB 2

“ATIN pengsan!”

Tong tang tong tang, semua riuh lagi! Ada yang siap ambil gambar lagi. Ini memang saja nak order penyepak daripada Fatin Suhana ni!

Farah sudah berdebar kencang, panik usah dikata. Nak terbaling je kipas tangan di pegangan.

Kasihan Atin! Dia tahu bukan mudah untuk seorang wanita selemah Fatin Suhana mahu menanggung ujian ini. Sampaikan terpengsan. Kalau dia sendiri pun rasanya begitu. Entah-entah boleh koma seminggu.  Terpengsan di depan pintu dewan pula tu. Sangat tragis. Sungguh besar penangan ujian ini ke atas diri Fatin Suhana. Sampaikan dia yang menengok pun rasa nak menangis meraung, walaupun bukan dia yang kena. Arill jahat!

Farah cepat-cepat tunduk menarik lengan Fatin Suhana yang jatuh terduduk di lantai. Dia mencangkung. Wajah Fatin Suhana ditenung. Aik? Terkejut Farah. Elok-elok Fatin Suhana celikkan mata. Bulat mata Fatin Suhana memandangnya. Atin oi, pengsan pun buka mata ke?

Farah tersenyum. Sekejap betul Atin pengsan. “Atin, sabar Atin. Jangan cepat mengalah. Hadapi ini semua. Aku tahu kau kuat. Kau tabah. Kau seorang wanita yang berani, aku salute gila-gila kat kau. Bangun dear. Jangan tunjuk yang kau lemah. Malu. Kau jatuh ni menunjukkan kelemahan kau, tunjuk sikit yang kau hebat. Lebih-lebih lagi depan si Arill ni.”Farah membisikkan sesuatu ke telinga Fatin Suhana.

Fatin Suhana tunduk. Nafasnya tercungap-cungap. Dia memandang Farah. Lama. Kemudian tawa halus keluar dari mulutnya. Berkerut dahi Farah. Kena sampuk hantu Kak Limah ke apa Atin ni? Orang tengah risau dia boleh gelak pula.

“Farah! Kau ni kan… pandai je buat cerita. Mana ada aku pengsanlah! Kau nak cakap aku jatuh ni sebab jantan tu? Ah takde maknanya sayangku. Tengok kaki aku. High heel patahlah! Aduh! Tokeh cina mana yang sponsor kasut ni? Spoil! Baru nak catwalk. Tengok-tengok dah jatuh. Nasib baik sempat posing masa jatuh. Kalau tak, terkangkang aku tahu!”

Kata-kata Fatin Suhana disambut Farah dengan ketawa yang kuat dan tak reti nak control-control. “Atin… Atin… Kau ni… memang hebat! Ha ha ha… Aku tahu kau memang kuat, Atin. Aku respect kau. Aku tahu benda ni takkan ganggu kebahagiaan kau kan… Kau still happy go lucky dan sporting macam dulu. Nanti aku carikan high heel baru untuk kau.”

Farah bangun. Dia didatangi Datin Syalinda. “Atin okey? Dia dah sedar?” tanya mak Datin itu kelam-kabut. Datuk Khalid di sebelahnya.

Farah gelak lagi. Minah ni pulak yang kena sampuk hantu Kak Limah. Asyik gelak je dari tadi. “Dia takde apa-apapun, auntie. Tumit kasut patah. Itu je.”

“Oh…”

Zasss! Datin Syalinda menghilang! Zuppp! Muncul kembali. Memang Superman betul mak Datin ni. Di tangannya ada sepasang kasut tumit tinggi yang baru.

Farah menyambut kasut itu dari Datin Syalinda. Cantik kasutnya. Disediakan untuk spare. Macam manalah si Atin ni pakai kasut tu, sampai patah tumit dibuatnya. Nak kata murah memang taklah. Harga dah beribu-ribu. Tumit runcing, mungkin itu sebabnya. Tapi selama ini elok pula dia pakai. Mungkin sebab stres sangat kut. Nak tunjuk protes, patahkan tumit kasut. Ha ha ha… Atin… Atin… nakal kau ya!

Farah menggeleng-gelengkan kepala. Dia kena cepat. Fatin Suhana harus tukar kasut. Sebaik sahaja dia berpaling ke belakang….

Aik? Nak gugur jantung Farah. “Atin mana?” Jeng! Jeng!

“Arill mana?” Jeng! Jeng! Jeng! Efek suspen, harap maklum.

“Khalid! Linda! Cepat masuk!” Satu jeritan kedengaran. Agak kalut.

“Kenapa?”

“Pengantin dah masuk dewan!”

“Hah?!” Farah terlopong. Nak terlucut seluar dalamnya. Pengantin dah masuk tanpa pengapit? Hei Fatin Suhana dah gila ke apa? Stop! Dia masuk pakai apa? Maksud aku, kasut dia?!!! Dia pakai kasut tumit patah tu ke? Fatin Suhana!!!!!

“Farah! Bak sini kasut tu!”

“Cepat! Cepat!”

“Apahal? Apahal ni?” Farah terpinga-pinga.

“Atin dah masuk dewan! Dia pakai selipar tandas!”

Pang! Sekali rasa macam kena tampar dengan Big Show!

Farah menggenggam rambutnya. “Atinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn! Apa kau buat ni? Nak tunjuk protes ke? Kau tinggalkan aku, kau masuk pakai selipar tandas. What the hell? Perkahwinan ni memang gila! Kesian kau Atin! Kesian kau! Arill! Kau jahat! Jahat! Jahat!”


FATIN Suhana nampak mendamaikan sangat. Wajahnya sentiasa menarik perhatian orang ramai. Walaupun di sebalik kedamaian itu tersembunyi berkotak-kotak kontena sumpah-seranah terhadap lelaki yang dikepitnya sekarang, dia masih mampu mengawalnya. Tetap nampak serinya seorang pengantin baru.

Berjalan di karpet merah, berkepit dengan Arill… nampak manis pada mula-mula mereka menjejak masuk ke dalam dewan. Tapi sayang, timing tak betullah! Waktu dia masuk, flower girls semua kelam-kabut. Mana tidaknya, pengantin tiba-tiba meluru masuk. Tak bagi sign ke apa. Main terjah aje. Berdua pula tu.

Semua nampak, masa tu Arill kena tarik tangan dengan Fatin Suhana. Macam kelam-kabut gila. Jadi cepat-cepatlah orang yang menjaga flower girls itu bagi arahan. Flower girls menurut mereka dari belakang. Hanya mereka berdua. Sepatutnya ada rombongan yang membuntuti. Tetapi rombongan itu ditinggalkan di luar dewan. Apa ini? Semua jadi bingung tapi mudah sahaja dikawal keadaan apabila semua macam duk pakat terpaku dan terpana dengan ketampanan dan kejelitaan pasangan pengantin tersebut. Dan semudah itu kekalutan yang berlaku dilupakan.

Muzik latar mula berkumandang. Romantis. Ketika itu pasangan pengantin masih berjalan di karpet merah, memberi sepenuh perhatian terhadap jurugambar-jurugambar untuk mengambil gambar mereka. Bagi Fatin Suhana, tak guna ambil gambar sampai nak meletup kamera pun, lepas ni semua gambar tu akan dibakar! Tak ada maknanya mahu dijadikan kenangan terindah! Terindah tahi kucing! Choi!

Arill siap posing-posing lagi. Lenguh pipi asyik tersenyum. Dia sedar rasa kekok yang bermain dalam diri Fatin Suhana, isterinya ketika itu. Selama ini isterinya ini sangat terkenal dengan mulut yang manis, mudah tersenyum dan sangat menawan senyuman itu. Tetapi hari ini, hari yang berbahagia ini, hari yang penuh bermakna ini, seakan ‘sengat’ dalam senyumannya itu tidak keluar sepenuhnya. Setakat senyum gitu-gitu aje. Erm, lantaklah. Dalam blog dia kemain lagi senyum. Tak ada gambar di blognya yang tak senyum. Di hari yang sepatutnya dia senyum lebih sikit ni tak nak senyum pulak. Masalah. Tidak mengapalah, baginya, gadis ini buat muka macam mana pun tetap dapat menambat hati orang. Tetap menawan.

“Ini ke Remy Imran?”

Dalam keriuhan itu, Fatin Suhana dapat mendengar suara orang berbicara sesuatu tentang Remy Imran. Ya! Sudah agak! Pasti akan ada yang buka mulut tentang ini. Pastinya! Tengoklah di meja masing-masing. Meja bulat yang dihias cantik itu di setiap satunya pasti ada sekeping kad yang tertulis ‘SEMOGA BERBAHAGIA REMY IMRAN & FATIN SUHANA’. Ambik kau! Arill! Pandai-pandailah kau liquid kad tu lepas tu tulis nama kau di situ! Majlis yang sangat gila!

Nak marah dah ni… nak marah….

Satu dewan penuh dengan penantian seorang Remy Imran dan seorang Fatin Suhana. Satu dewan sudah disetkan mood seorang Remy Imran dan seorang Fatin Suhana. Satu dewan sudah ada nama seorang Remy Imran dan seorang Fatin Suhana. Kek 6 tingkat pun sudah ada nama seorang Remy Imran dan seorang Fatin Suhana. Tolonglah faham! Kewujudan Arill Zafriel di sini hanya menumpang nama sahaja! Hanya merosakkan majlis! Hanya mengganggu mood! Hanya… lantak kaulah! Tak malu ke hah dia tu? Aku nak majlis ni cepat-cepat selesai! Lepas tu aku nak belasah jantan ni kaw-kaw!

Perasaannya masih mampu dikawal. Arill nampak bahagia, dia sumpah sengsara. Orang asyik berbicara mengenai mereka berdua. Ada yang memuji, ada yang mempersoalkan, ada yang menyentuh ketampanan jantan tak guna tu, ada yang mengagumi kejelitaannya dan ada yang menegur sesuatu…

“Cantik kasut...”

Fatin Suhana tersenyum. “Selipar tandas… cantik ke?” Biarkan. Selipar tandas ni lagi selera aku nak pandang daripada muka jantan kat sebelah ni.

“Cantik. Satu kelainan. Tak pernah dibuat orang. Tak klise.”

Sedap betul komen dia! Fatin Suhana tersenyum lagi. “Terima kasih…”

“SELIPAR TANDAS??!!”

Alamak, siapa pula yang kecoh ni? Tadi elok je ada orang puji selipar yang dipakainya. Dia berpaling. Weh! Laaa… dekat je orang yang kecoh ni rupanya. Arill!

“Kenapa dia pakai selipar tandas?” soal Arill dengan nada berbisik.

“Habis tu dia nak orang pakai kasut tumit patah tu? Nak orang jalan terhincut-hincut? Tak risau ke kalau orang lain cakap dia dapat isteri tempang?” Fatin Suhana membidas kembali.

“Tapi lagi keji tau kalau dia pakai selipar tandas. Majlis mulia ni. Janganlah rosakkan majlis.” Teguran itu membuatkan Fatin Suhana terbakar.

“Ah, pakai selipar tandas dia kata merosakkan majlis, habis dia tu? Dia ingat orang fikir majlis ni best sangat? You are the one yang merosakkan majlis. Tak sedar diri!”

“Dia dah buat banyak benda yang mengharu birukan majlis. Dahlah pakai baju sama, baju akad nikah tadi. Buat malu je. Putih semacam. Tak ikut tema langsung. Tak matching, pelamin merah jambu. Kita pakai baju putih. Sangat awkward. Lepas tu dia masuk pakai selipar tandas. Lagilah keji. Orang yang tanggung malu. Mengalahkan tetamu. Tetamu pun reti bergaya.”

This event is not for you dan jangan demand apa-apa. You are the stranger dan tolonglah sedar kedudukan dia. Lu jangan bikin gua panas. Once orang lain berhempas pulas untuk majlis ni, dia relax kat rumah dia. But, when you came here, I wasn’t believed that this event became yours!”

But I am your husband.”

“Kisah apa orang? Tolong sedar… dia ni unqualified husband. Yang datang secara tiba-tiba… hanya patut datang sebagai tetamu… bukan sebagai suami terus… macam bodoh… bodoh sangat…”

“Dan dia nak cakap yang ini salah orang saja? Orang yang salah? Hei, dia ingat…”

Enough. Please control your emotion. Sepatutnya orang yang perlu marah sekarang, bukan dia. Ah, dia sangat lemah. Belum apa-apa nak melenting. Nak cari gaduh tunggu balik nanti. Kita one by one. Kita dah nak sampai pelamin… dan kita dari tadi tak henti-henti berbisik… orang lain asyik tengok… mesti dorang fikir kita tengah excited bincang pasal anak cucu… ah tolonglah… simpang malaikat 44…”

Ahh, nak naik pelamin dah, dia nak malukan orang ke... Tolonglah, tanggalkan selipar tandas tu…”

“Sekarang. Dia gila ke?” Fatin Suhana mencebir. Tidak akan sekali-kali dia tanggalkan selipar tandas ini! Mahu mogok degil! Lantaklah! Mahu huru-harakan majlis! Ya! Aku nak majlis ini dibatalkan! Tapi sia-sia, mala’un kat sebelah ni dah sah pun jadi laki aku!

“Dia tu yang gila, kalau waras janganlah pakai!”

“Emo tak habis-habis… sedarlah sikit apa yang dia dah buat kat orang. Kang orang pengsan kat sini kang.”

“Jangan nak buat sinetron. Elok-elok naik pelamin tu. Try hard to hide benda alah kat kaki tu. Nasib baik kain labuh. Sangat spoil.”

Banyak mulut betul atuk kebayan ni!

Thursday, May 10, 2012

on behalf of my heart.


There are times when i found myself very emotional and i just can’t help it. To be seen as a weak person is something that i hate. I cried. And sometimes i will just stay silent. But remember, silence is often the loudest cry as it hurts the heart until you don’t feel like crying, still it cause your heart a major heartache.  
Then i came across to this quote :

“If Allah brings you to it, He will bring you through it. Have faith.”

Masya-Allah, how can i just forget Him during this time! I was so busy seeking for people’s advice but i just ignored Him, the one i should seek for opinion and advise in the first place. Astaghfirullah.  I thank to Allah, for giving me such a calming and comforting advise :

“Be sure we shall test you with something of fear and hunger, some loss in goods,
Lives and the fruits (of your toil), but give glad tidings to those who
Patiently persevere,”
[Qur’an 2:155]

It does feels good, isn’t it? I should put away those negative vibes as it might influence my daily life and my future plan. I should think positively. In any way. Positive thinking isn’t about expecting the best thing to happen everytime, it is about accepting that whatever happens is good for this moment, and then making the best of it. Stay positive, and hold on to what’s truly important. Let the worries go. No matter how we look at it, some outcomes just don’t make sense right away. Choosing to carry on with your goals through this uncertainty is what matters.

Well, there is so much things to do in life to keep me alive and happy. Noticed that life is temporary, jannah is forever, i enclosed my daily life with routines that would give benefits and pahala for now and hereafter. Planning on doing better Qanaah, you never know when you will die kan. I need to do my investment earlier (besides, what keeps me waiting?). what happened if i die tomorrow? I don’t have kids to recite Doa for me, I’m not ready to meet Him, I have a lot of sins that needs me to perform my Taubah prayer. Hmm. :’(

Some people may say, it’s only after we have lost everything that we’re free to do anything. But for me, there will always free time to do anything we want if we really want to. Life is a series of thousands of tiny miracles. I don’t want just to glance at it, i want to feel the miracles. So i have to keep finding and learn what life is all about and live the life to the fullest.

So, are you with me? :)

p/s-  i’m not a good muslim either. Maybe this is one of the way to make me feel better. By writing things i feel. Don’t judge. I don’t think it is proper since you don’t know what i’ve been going through.

take care people :)

Wednesday, May 9, 2012

sisters in action.

 Assalamualaikum.

hari sabtu lepas, sy dan adik sy, farah telah memulakan  operasi kami.

Farah bersungguh-sungguh bangun awal hari itu.
 untuk melaksanakan operasi tersebut,
kami ke Dhe Rhu Beach Resort, Kuantan.

Captain Fairul and Dr. Atiqah's wedding. agak2 dah boleh teka operasi kami? :)

teka cepat!

now you know :)
Farah sebenarnya ditugaskan untuk makeup pengantin. ahah.
amboi2.. tak habis form 5 dah makeup org. kaktin taknak makeup pulak.
(-_-')

anyway, disebabkan farah tak blh drive lagi makanya kaktin dea haruslah berkorban 
jiwa raga utk turut serta menemaninya. tapi mmg dtg awal pun sebab nak tolong siapkan
kak tiqah with her wedding dress and tudung. she's so pretty even without makeup, 
and i adore her skin so much! flawless sangat sangat :')


MUA dan photographer yang khusyuk dengan kerja mereka. ehemm.

kak tqah yang super cantik!

i love this picture! of course lah bukan org picisan mcm sy yang ambil. thanks to thephotographer for such a lovely picture :')
the pretty ladies! iye2, yang kedua dari kiri adalah kesayangan sy, Nadia Rustham. hehe. it's her brother punya wedding:D

berminat untuk melihat lebih banyak gambar?
ataupun mahu ambil gambar superb semasa wedding korang nanti?

silelah ke fb page iniii. ataupun add abg2 photographer idaman malaya ini, Fadly Bahtiar dan Sheikh Hafez. hehe!
*faham tak banyak gila gambar mereka dlm camera ni ala2 photoshoot pun ada. they're nice! silelah hire mereka.hee*
gambar2 lain dah tak larat nak ambil sebab kelaparan.
makanan sedap, deco cantik, everything went very well.
congrats kak Tqah n abg Fairul on your wedding!
you guys are so perfect together :D

lepas makan dan mengambil aiskrim cone 2 kali tanpa rasa malu
sebab terlalu sedap (yg second mtk abg tu buat double scoop lagi.uh perangaii),
kami pun beransur pulang.
and i saw this cute creatureeeee :

kenapa perlu comel dan manja?  sobs.
tiba2 boleh cakap bahasa pelat2 kan bila cakap dengan kucing.
padahal kucing tu boleh je faham kalau cakap normal. oh habit.
segala macam perkataan konon comel keluar,
sampai Farah pun tak faham kakak dia cakap apa.
anyonyonyo 

never get enough of cats. kucing kat rumah pun tak habis geram lagi. 
till then,
mahu rehat, entah kenapa sekarang rasa macam tak cukup rehat.
sigh.

night people :)

Monday, May 7, 2012

would you like to make this publish? :)

Assalamualaikum.
hari ni sy menulis dgn sgt panjang! ehehhe.
dibawah ini adalah bab 1 bagi e-novel yg selayaknya 
mahukan pendapat dari anda semua. jika comment yg diberikan kebanyakannya
positif, Insya-Allah.. akan dipublish sebagai novel.
penulis e-novel ini adalah Shah Bakri, baru berumur 17 tahun!
untuk pengetahuan anda semua.. sudah banyak karya Shah dijadikan novel.
hebat tahuuu. ye la, bila jln kat kedai buku, tgk novel, by his own name.
terharu :')
so this will be his.. i've- lost- count novel,
cumanya Shah nak cuba2 tulis bab 1 dulu,
kalau ramai yang nak tahu kesudahannya..
sudah pasti dia akan menulis lagi!

selamat membaca rakan2!
*btw abaikan nama watak itu. eh? ;p

Tajuk : JANGAN SILAP SEBUT TAU!
Penulis : Shah Bakri



BAB 1

Aku terima nikahnya Fatin Suhana binti Datuk Khalid untuknya Remy Imran….

Belum pun wakil pihak lelaki, si Arill tu sebut apa-apa, Fatin Suhana sudah berangan jauh. Sebenarnya lafaz qabul di atas hanya bergema dalam otakya sahaja. Almaklum, tengah berangan cik pengantin baru kita ni. Padahal di alam realiti, Arill, papa dan Tok Kadi sedang sibuk berbincang lagi. Tengah pakat buat apalah tu.

Fatin Suhana tidak mempedulikannya. Dia kembali berangan dengan senyuman seulas di bibir. Terbayangkan saja nama Remy Imran yang sudah diakad dalam imaginasi, terus rasa nak meloncat. Alangkah indahnya dapat berkongsi hidup dengan lelaki idaman Malaya itu. Uisshh! Tak sabar! Tak sabar sangat!

Fatin Suhana sempat mengerling jam di dinding masjid. Waduh! Kenapa pula masa ni lambat bergerak? Rasa macam sesaat tu macam setahun! Berdetik sangat perlahan. Tak start lagi ke dorang ni…? Aku dah tak sabar dah ni. Aduh! Lecehlah!

“Sah!” Sebutan itu bergema, sekaligus menyedarkan Fatin Suhana dari lamunan.

Dia terkedu seketika. Eh? Dah sah ke? Laa… dah sah ke? Dia terpinga-pinga. Tetapi sebaik sahaja melihat semua orang di sekeliling meraup wajah tanda gembira, senyuman paling manis kalah pesakit kencing manis mula menguntum di bibirnya.

Wah! Sekarang dia dah ada status baru! Kini dirinya sudah diiktiraf menjadi isteri orang! Dia sudah dibawa melangkah ke dunia lain! Dunia yang penuh bahagia, warna-warni dan berbunga-bunga! Wahh! Bahagianya!

Remy Imran!! Kita dah jadi laki bini! Tak sabar nak beritahu hubby! Seronok bangat! Rasa nak loncat sekarang juga.

“Alhamdulillah,” desis hati Fatin Suhana dengan debaran jantung yang kencang. Menitis air matanya apabila memikirkan diri sudah menjadi milik orang lain… milik Remy Imran yang tercinta.

Tapi, keseronokan itu hanya bertahan untuk seketika sebaik sahaja telinganya dibisikkan sesuatu oleh sahabatnya, Farah di sebelah.

“Kau dah sah jadi bini Arill…” ujar Farah dengan dahi yang berkerut. Nadanya seakan hairan.

Fatin Suhana tergelak kecil seraya menghadiahkan cubitan manja ke peha Farah. “Apalah kau ni… tak faham la tu. Dia tu wakil aku jelah.”

“Hah wakillah sangat. Kau tak dengar ke tadi? Ke kau tidur tadi? Aku pun pelik tengok kau, macam tak ada respons je masa akad nikah tadi. Hei Atin, yang sebenarnya nak kahwin dengan kau tu Remy ke Arill?” Farah menggoncang-goncang lengan sahabatnya. Mamai ke apa si Senah ni? Dia sendiri sudah tertanya-tanya, silap majlis ke apa dia sekarang ni? Dulu berialah si Fatin Suhana ni canang cerita yang dia nak kahwin dengan Remy Imran, sekarang di majlis akad nikah, lain pula situasinya. Apa semua ni? Dia tidak faham…

Mendengarkan kata-kata Farah itu, hati Fatin Suhana mula bergelodak hebat. Wajah Farah dipandang pada kadar lima saat sebelum beralih kepada mama yang duduk di kanannya. Dia mula rasa tidak sedap hati.

Tatkala membuang pandang ke depan sana, dia dapat melihat wajah Arill ceria gembira macam dia je yang kahwin. Padahal wakilkan saja! Yang tu lagi buat dia tak sedap hati. Cepat-cepat dia memaut lengan mamanya. Wajah mama ditenung dalam-dalam.

“Atin dah sah jadi isteri Remy kan mama?” tanya Fatin Suhana penuh harapan walaupun kata hatinya kuat memberitahu bahawa jawapannya adalah TIDAK! Tapi mama, tolonglah kata ya! Tolong sangat-sangat. Janganlah terjadi perkara-perkara tidak diingini seperti ini! Atin tak sanggup!

Datin Syalinda hanya tunduk. Wajah anak perempuannya yang sudah sah menjadi isteri orang itu dipandang lembut. “Mama minta maaf…”

Minta maaf apa? Untuk apa? Fatin Suhana merasakan mamanya sangat aneh hari ini. Suasana majlis sekarang pun rasa aneh! Wajah-wajah di sekeliling bereaksi aneh! Farah pun buat muka aneh! Kenapa semua jadi aneh ini??!

Hati Fatin Suhana bagai dipukul-pukul. Dia pandang muka Farah, kemudian pandang muka mama, kemudian pandang muka papa, kemudian pandang muka Tok Kadi, dan akhir sekali pandang muka Arill!

Arill tersengih memandangnya. Fatin Suhana rasa lain macam saja. Nafasnya turun naik. Peluh di belakang badan mula merenik. Jenuh memikirkan apa sebenarnya yang terjadi. Dia tak faham konsep kehidupan sekarang. Kenapa rasa bahagia baru lepas nikah yang sepatutnya ada dalam hati ini sudah tidak ada? Dia sepatutnya ada dua rasa sekarang… bahagia dan sebak. Tapi sekarang semua jadi kalut!

“Atin, sedia untuk upacara batal air sembahyang,” bisikan Datin Syalinda ke telinga Fatin Suhana mematikan terus kekalutan di hati pengantin baru itu. Gadis itu terpana. Kaku matanya memandang Arill yang penuh sopan dan santun berjalan menuju ke arahnya. Dadanya berombak kencang.

Wajah ini ke sepatutnya ada di depannya sekarang? Mana Abang Remy? Mana dia? Kenapa bukan dia? Setahunya Arill cuma wakilkan ketika akad nikah saja. Tapi untuk upacara ini, Arill tidak sepatutnya di sini. Dia sepatutnya sudah berambus. Tanggungjawab dia dah selesai. Tak perlulah berlama-lama.

Sekarang untuk apa pula? Upacara batal air sembahyang dia kena buat juga ke? Apa ni? Tak logiklah! Hei, korang! Korang tak belajar agama ke hah?!

Fatin Suhana sekali lagi menoleh memandang wajah Datin Syalinda. Silih berganti pandangannya dengan muka Arill yang semakin menghampiri. Mulutnya terlopong kecil, tidak percaya. Dada usah dikata, bagai dipalu beramai-ramai ketika itu. Jantung pula rasa mahu tercabut dari tangkainya.

Dia masih tidak dapat menangkap maksud sebenarnya. Tubuh Arill yang menghampiri makin menimbulkan kekalutan di hati. Dia memandang semua orang dengan pandangan kosong.

Papa dan beberapa pihak lagi sudah bersila tatkala Arill melutut di hadapannya. Kerlipan cahaya kamera menyimbah dirinya ketika itu. Acap kali dia dicuit makcik-makcik di belakang, memaksanya senyum.

Dia tidak tahu reaksi apa yang harus dipamerkan. Memang pada awalnya dia rancang nak senyum sampai ke telinga bila orang tangkap gambar. Tapi sekarang senyuman itu macam dah mati. Kesudahannya gambar muka yang pucat penuh kegusaran itulah yang diambil.

Arill yang segak berbaju Melayu dan bersongkok memandang tepat ke arahnya. Sekali dengan pakej senyuman yang menawan. Senyuman itu sampai jadi bualan dan sorakan anak-anak dara di sekeliling yang melihat. Bising sungguh mereka… hensemlah, sweetlah… macam-macam dikatanya. Tapi Fatin Suhana tidak ada masa untuk menghayati itu semua.

Apa dalam kepala otaknya sekarang, Remy Imran! Tapi mala’un sesat mana pulak di depan dia ni? Apa dia nak buat ni? Tangannya sudah terketar-ketar.

“Hulur tangan tu sayang…” Kedengaran suara Datin Syalinda.

Fatin Suhana menelan liur. Walaupun kepalanya tak dapat memproses sebab kenapa perlu dia bersalam dengan Arill, waktu itu dia rasa dia tidak perlu mempersoalkan. Ikut saja, Atin! Orang tengah pandang tu!

Perlahan-lahan dia menghulurkan tangan yang pucat lesi itu lalu disambut Arill. Sebentuk cincin bertatah belian disarungkan ke jari manis Fatin Suhana.

Arill menggenggam tangan itu lama, menanti Fatin Suhana mencium tangan itu pula. Tapi Fatin Suhana seakan statik. Keras tangannya itu di situ. Yang ada cuma, aku pandang kau, kau pandang aku.

Fatin Suhana jelas nampak blur. Bila disuruh cium tangan Arill barulah Azleen Syuhada bereaksi. Kalau tidak, sampai ke esoklah dia pegang tangan Arill.

Kepala ditundukkan. Pada mulanya fikir mahu dikucup tangan itu, tetapi apabila terfikirkan bahawa orang di depannya itu bukan Remy Imran, bukan orang yang sepatutnya, terus dibatalkannya. Belakang tangan Arill hanya menyentuh hujung hidungnya sahaja.

Dia mengangkat muka, kembali ke posisi asal. Wajah Datin Syalinda dipandang sekali lagi. Didekatkan mulutnya ke telinga Datin Syalinda.

“Kenapa Atin kena buat semua ni untuk Arill?” Akhirnya terpacul juga persoalan itu dari mulut Fatin Suhana. Entah kenapa dia rasa dia tidak boleh berfikir sangat ketika itu. Orang suruh salam, jadi dia salam seperti yang diperintahkan walaupun hakikatnya dia tidak tahu apa motif dia perlu buat semua ini. Sedangkan Arill cuma pengganti Remy Imran saja, bukan suaminya pun. Adat apakah ini?

Datin Syalinda nampak sugul. Bicaranya juga tidak teratur, seakan menahan sendu. “Leen…. Maafkan mama. Arill… Arill sebenarnya… ermm… dia dah sah jadi suami Leen.”

Prangg! Tubuh Fatin Suhana dirasakan seperti dipanah petir. Dia terbungkam. Agaknya dia tidak salah dengar. Ayat terakhir yang keluar dari mulut mama masuk tepat ke dalam lubang telinganya.

Adakah benar… dia sudah sah jadi suami kepada Arill? Kaku Fatin Suhana di situ. Nasib baik bicara Datin Syuhada perlahan. Tidaklah mengganggu suasana majlis. Tapi hatinya sedang kalut. Kelopak matanya tidak lagi mengerdip… seluruh tubuhnya kaku. Seakan berita itu satu tamparan hebat buat dirinya.

Tapi sebaik mungkin Fatin Suhana cuba mengawal emosinya. Ya Allah, apakah ini semua? Apa semua ini? Maka benarlah kata hatinya, dia bukan menyandang gelaran isteri kepada Remy Imran seperti yang dirancang, tetapi Arill! Kenapa tiba-tiba lelaki asing ini? Kenapa?

Fatin Suhana sedaya upaya cuba menahan tangis. Air matanya tidak mungkin tertahan kala itu. Dia harus melepaskan air mata! Dia harus menangisi semua ini! Kenapa malang sangat nasibnya? Hari yang disangka bahagia rupanya berakhir dengan penuh luka. Ya Allah… kuatkanlah hati hambaMu ini.

Arill memerhati Fatin Suhana yang pada pandangannya sangat kekok ketika itu. Dia tersenyum. Bahagia rasanya hati dapat menyunting gadis yang diidam-idamkan selama ini hanya dalam masa yang singkat. Tidak rugi dia datang ke sini. Daripada datang dengan hanya sebagai tetamu, tiba-tiba dia dipersetujui untuk menjadi suami. MasyaAllah, indahnya dunianya ketika itu hanya Allah saja yang tahu.

Isterinya yang sungguh menawan ketika itu kelihatan tunduk. Wajahnya seakan sarat dengan kesedihan. Arill tidak mahu fikir apa-apa. Yang penting sekarang, dia mahu mengucup dahi si jelita itu. Sudah lama dia mengimpikan saat keemasan ini. Sekarang dia dapat mencapainya dengan cara yang halal dengan statusnya kini sebagai suami kepada gadis itu. Jadi, gadis itu sudah menjadi miliknya!

Fatin Suhana pula masih berperang dengan emosinya sendiri. Di depan orang ramai, dia mahu kelihatan tenang. Tidak guna dia mengemukakan seribu soalan sekalipun berkenaan situasi gila ini, pastinya tidak enak kerana orang ramai sedang memerhati. Tetapi dia masih bingung, kenapa tiba-tiba Arill pula yang menjadi suaminya? Tolonglah sahkan bahawa ini hanyalah mimpi. Tolonglah.

“Sayang, angkat muka, suami nak kucup dahi tu.” Suara Datin Syalinda menyedarkan Fatin Suhana daripada tenggelam dalam perasaan sengsaranya ketika itu. Sakit di hati ini bagai dipanah selumbar tajam. Sakit yang amat.

Fatin Suhana tidak banyak kerenah. Otak yang masih tertanya-tanya dibiarkan begitu sahaja. Dia perlu berlagak tenang di hadapan orang ramai. Dia tidak boleh menghuru-harakan majlis walaupun hatinya membentak mahu berbuat begitu. Ini silap faham! Suaminya yang sepatutnya bukan Arill! Tapi Remy Imran! Mahu saja dijeritkannya tetapi… tolonglah bertahan, Atin. Bertahan sekejap je lagi.

Hatinya merintih dan merayu juga… tolonglah sesiapa buktikan kepadanya bahawa ini semua mimpi. Kalau diikutkan, sekarang juga dia mahu menampar pipinya. Dia mahu memastikan bahawa sekarang dia tidak berpijak di alam realiti. Dia cuma bermimpi! Ini mimpi buruk akibat dia tidur tak basuh kaki semalam kan? Kan? Kan? Tolonglah sesiapa kata ya!

Dan itu semua sebenarnya mustahil. Tidak akan ada sesiapa yang boleh kata ya sebaik saja melihat satu kucupan dari bibir seorang lelaki mendarat di dahi Fatin Suhana. Dan Fatin Suhana tidak mempunyai alasan untuk menafikannya, tidak mempunyai sebab untuk mengatakan bahawa itu adalah mimpi. Kerana… kerana dia merasakan sendiri kehangatan ciuman itu! Dia rasa sendiri! Bibir Arill menyentuh kulit dahinya. Dia rasa! Dan sudah sah bahawa ini bukan mimpi! Ya Allah…

Dan kucupan itu masih lagi melekat di dahi Fatin Suhana. Lama. Dia sudah tidak betah. Dia tidak mampu bertahan lagi. Kalau di hadapannya saat itu merupakan Remy Imran, pasti dia mengharap satu saat dipanjangkan ke tempoh satu tahun. Tapi bukan Arill! Lelaki itu bukan siapa-siapa dalam hidupnya.

Tanpa sebarang isyarat, cepat-cepat Fatin Suhana melarikan kepalanya. Terpisah sudah kucupan suci itu.

Arill tunduk, wajah yang dipamer seakan belum puas. Dan dia agak terasa kerana Fatin Suhana berbuat begitu. Sepatutnya dia yang menentukan, sama ada ciuman itu lama atau singkat. Tapi awal-awal lagi Fatin Suhana melarikan kepala. Kecewa sungguh rasanya. Seakan Fatin Suhana tidak sudi menerima kucupan itu. Sudahlah kucupan itulah yang diharapkan wanita-wanita lain yang selama ini asyik terkejar-kejarkan dirinya. Tapi di pihak Fatin Suhana, seakan ia langsung tidak bermakna apa-apa. Dipandang sebelah mata saja.

Fatin Suhana menoleh ke wajah mamanya. Dia tak tahu nak kata apa. Perasaannya tidak tergambar ketika itu. Hatinya masih berperang dengan seribu satu rasa. Ya Allah… tabahkanlah diri ini.

Cuba bereaksi tenang, Fatin Suhana menoleh ke muka-muka orang di sekelilingnya. Sebaris senyuman dipamerkan. Tanpa sedar, senyuman itu terpamer dengan air mata.

Syahdu di hari pengantin? Tidak mungkin! Syahdu orang lain syahdu bahagia… syahdu yang berbunga-bunga! Tapi syahdu dirinya syahdu sengsara! Syahdu yang penuh tanda tanya!

Masakan tidak, dia datang dengan seribu harapan, seribu impian, seribu bayangan bahawa Remy Imran bakal dipasangkan bersamanya. Tetapi di akhirnya dia menghadap muka seorang lelaki yang dia langsung tidak pernah kenal hati budi, tidak pernah jatuh hati dan tidak pernah terfikir pun akan sehidup semati.

Bengang! Majlis ini bukan untuk lelaki itulah! Malah untuk dia dan Remy Imran! Biar Remy Imran ada di Amerika sekalipun, mana janjinya? Janjinya mahukan Arill wakilkan Remy Imran, tetapi ini sudah jauh! Wakil suami bukan jadi suami! Hei semua orang bodoh ke apa hah?! Ini namanya pengkhianatan! Ingat senang ke dia nak terima semua ni. Apa ni? Arghh!

Dia rasa bukan dia sorang saja yang berkeadaan begitu, masih bingung… mamai tertanya-tanya. Orang lain juga mungkin begitu. Kawan-kawannya… pengikut-pengikut blognya… rakan-rakan alam maya… pasti semua! Mereka dah dicanang, bahawa Fatin Suhana bakal berkahwin dengan Remy Imran. Malah Fatin Suhana siap upload lagi gambar Remy Imran di blog. Satu Malaya sudah tahu. Mungkin ada sebahagian pengikutnya dari Singapura, Brunei, Indonesia dan negara terdekat yang lain yang mengetahui.

Jadi di mana dia nak sorok muka? Di kad kahwin, kad jemputan yang dihantar khas untuk beberapa selebriti tempatan, di banner, di bunting, terang-terangan bertulis FATIN SUHANA & REMY IMRAN. Tapi kesudahannya dia dengan Arill! Apa ni? Rosak betul majlis kalau macam ni! Apa dia nak jawab kalau orang lain tanya. Tahap popularitinya yang tinggi bukan membolehkan dia dielak daripada ditanya orang ramai. Paling kurang pun mungkin seribu orang! Satu kerja lagi!

“Jom. Masuk dewan.” Suara Datin Syalinda mengejutkan lamunan Fatin Suhana ketika itu.

Dia terkelip-kelip sendiri. Tiba-tiba Arill menghulurkan tangan kepadanya. Apa ni? Ingat murah sangat ke tangan aku nak pegang tangan kau? Hati Fatin Suhana memberontak. Satu jelingan tajam kalah lidi satay dihadiahkan kepada Arill yang masih melutut di hadapannya.

Arill hanya tersenyum. Walau bagaimanapun Fatin Suhana buat muka, baginya wajah itu tetap ayu, menambat hatinya.

“Tak nak saya pimpin?” tanya Arill apabila mendekatkan mulutnya di telinga Fatin Suhana.

“Ish! Tak kena langgar lori punlah! Jangan sibuk! Ingat orang budak kecil lagi ke? Orang boleh jalan sendiri,” bisik Fatin Suhana. Kalau diikutkan hati, nak saja dia bercakap guna mikrofon. Biar satu Malaya tahu yang dia sakit hati dengan Arill!

“Tapi kita dah jadi laki bini,” ujar Arill, masih tidak mahu mengalah. Mana mungkin dia berjalan ke dewan persandingan tanpa ditemani si isteri. Sudah semestinya nampak kekok. Apa punya konseplah, sudah nikah mahu jalan asing-asing! Adat planet mana ni?

Fatin Suhana mencebir. Laki bini konon! Nak nangis aku dengar dua perkataan tu! Memang nak nangis pun. Ish kau ni Arill! Kalau tak disebabkan aku pakai kain hari ini, lama dah dahi kau tu melekat dengan lutut aku. Patah riuk tulang kau aku belasah! Siaplah!

“Kalau orang pergi kemudian tak boleh ke? Dia pergilah dulu,” ujar Fatin Suhana.

Tergelak kecil Arill apabila Fatin Suhana membahasakan dirinya ‘orang’ manakala membahasakan ‘dia’ untuk menggantikan ‘awak’. Aneh betul gadis ini. Hei, banyak lagi kata ganti nama kedua yang wujud dalam dunia ni. Boleh pula guna ‘dia’. Hai, macam-macam hal. Comel pun ada isteri aku ni. Untunglah.

“Tak boleh. Kita kena berkepit. Silang lengan. Mana boleh jalan asing-asing. Nanti tak nampak macam laki bini.”

Baguslah! Memang itu yang aku nak pun! Yang kau mangkuk sangat apasal? Kau seorang saja yang fikir kita laki bini padahal aku sikit pun tidak! Konon! Bagi aku, kita tak official jadi laki bini pun lagi. Lantaklah dah sah ke apa! Tapi bagi aku, kau tetap orang asing! Alien bengong yang sesat! Choi!

Jalan silang tangan dengan dia? Nak terberanak aku dengar kat sini tahu! Mengharap betul ya kau! Aku peduli apa orang fikir kita ni bukan laki bini pun. For your information ya wahai alien, orang yang datang ke sini dah ada mind set bahawa aku bakal jadi isteri kepada Remy Imran! Tapi bila mereka tengok kita berkepit berdua, guess what? Fikirlah guna kepala lutut kau betapa haru birunya hidup aku nak perbetulkan semula pandangan mereka! Aku nak cakap apa? Arghh! Bala betullah kau ni!

“Merahnya muka. Pakai blusher seluruh muka ke? Siapa mak andam yang buat macam tu?” Arill ajak bergurau. Padahal dia tidak tahu merahnya muka Fatin Suhana kerana mahu meletup dua tiga saat lagi. Memang cari nahas.

“Sayang, jom.” Datin Syalinda bersuara. Dia tidak mahu berlama-lama di situ. Apatah lagi apabila menyedari ketegangan anaknya dengan Arill.

Fatin Suhana tidak banyak cakap. Dia terus bangun diikuti mamanya. Kalau tak difikirkan lautan manusia yang memerhati ketika itu, cun-cun masa ni jugak dia sumbat ibu jari kakinya masuk dalam lubang hidung Arill. Biar sesak nafas. Lepas tu mati terus! Bagus! Yes! Tepuk tangan semua!

Arill dengan penuh keterujaan cepat-cepat mendapatkan tempat di sebelah Fatin Suhana sebaik sahaja gadis itu bangun. Manis! Seorang jelita, seorang kacak bergaya. Padan sangat! Tapi itu berdasarkan luaran. Dalam hati pula, seorang gembira, seorang sengsara. Parah!

“Kepit tangan suami,” tegur si pengapit, Farah.

Fatin Suhana jeling Farah di sebelah. Ni seorang lagi nak kena sumbat ibu jari kaki dalam lubang hidung ni! “Kalau aku kepit kepala dia boleh tak?” ujarnya geram.

Farah tergelak. “Jangan. Kepit tangan. Baru manis.”

Fatin Suhana menahan geram. Farah ni memang seorang sahabat yang tidak memahami betullah! Geram aku! Dia ingat aku suka ke dengan Arill ni? Dia sendiri tahu apa yang berlaku tadi. Tak tumpah sikit ke simpati dia pada aku? Sempat lagi nak bergurau benda-benda macam ni.

“Tak boleh ke kalau kau letak flowergirl tengah-tengah ni? Biar aku kepit budak tu je?” Fatin Suhana bagi cadangan yang lain. Sampai ke sudah dia tak nak kepit tangan Arill walaupun Arill tampak macam tak sabar menunggu.

“Kau ni banyak songeh la, Atin!” Farah menggaru-garu kepala. Nasib baik tak gugur kelemumur.

Dia bukannya tidak faham situasi sahabatnya sekarang. Dia sangat-sangatlah mengerti. Tetapi dia tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Fatin Suhana. Dia tahu sahabatnya itu kuat semangat. Sebab itu dia cuba bergurau. Kalau dia buat muka sedih juga, makin lemahlah semangat sahabatnya itu.

Dia tahu semangat Fatin Suhana kuat. Kalau dirinya sendiri, tidak mungkin dia akan bangun dan pergi ke dewan persandingan seperti sahabatnya itu kerana dia jenis manusia yang kus semangat. Kalaulah dia di situasi Fatin Suhana, mahu dia terus berlari ke kereta, pandu laju-laju, pergi Karak, terjun gaung! Mana mungkin dia dapat terima!

Ya, ujian ini agak berat buat Fatin Suhana. Dia juga tumpang bersedih. Sampai dia sendiri rasa tak ada semangat nak hidup walaupun bukan dirinya yang kena. Walau hanya jadi pengapit sekalipun dia tetap merasakan suasana hari itu sangatlah hambar! Sangat mengharukan.

“Farah… tolong aku… Aku tak nak…” Fatin Suhana mengetap bibir. Redup matanya memandang Farah di sebelah.

Farah menganggukkan kepala, perlahan. Kemudian tunduk lama dengan mata yang bergenangan air mata. Cecair jernih itu hampir tumpah. Sebak dadanya mengenangkan nasib sahabatnya pada hari ‘berbahagia’ itu. Dia tidak dapat membantu melainkan menolong mengalirkan semangat kepada kawan tercinta.

“Sabar Atin…” Farah menjeling sekilas ke pengantin lelaki. “Nanti aku tolong kau belasah budak tu!”

Fatin Suhana tergelak kecil. Sedaya upaya dia cuba menahan perasaan.

“Dah. Jom gerak,” ujar Farah.

Rombongan pengantin memulakan langkah. Fatin Suhana tidak merelakan tangannya dikepit Arill. Dia sanggup menyilangkannya di belakang tubuh bagi mengelakkan daripada bersentuhan dengan tangan Arill.

“Kita tukar baju dulu ya sebelum masuk dewan,” pesan Farah.

Fatin Suhana pantas menggeleng. “Jangan. Biar je. Pakai baju ni je. Aku nak majlis ni habis cepat-cepat. Aku tak tahan.” Dia membisikkan ke telinga Farah.

Farah berpaling ke belakang, memaklumkan kepada orang lain perkara tersebut. Walaupun pakaian itu boleh dikatakan sangat cantik dan mahal, Fatin Suhana kisah apa? Baju saja cantik, mahal, tapi kalau hati sengsara apa gunanya?

“Dah. Bersedia ya masuk dewan. Jangan lupa senyum.”

“Senyum? Kau ada tak bibir palsu yang boleh aku tempek kat mulut aku ni supaya orang lain boleh nampak yang aku tengah senyum sepanjang masa?” tanya Fatin Suhana. Gila ke suruh aku senyum dalam keadaan macam ni? Orang dah perbodohkan aku, lepas tu suruh aku senyum? Hah, layaklah aku masuk Hospital Bahagia! Sengal.

Farah tergelak kecil. “Buat masa ni tak ada lagi syarikat yang buat produk tu. Kau senyum jelah ek.”

Arill sedari tadi memerhati isterinya di sebelah. Tidak sudah-sudah berbisik dengan si pengapit. Entah apalah yang digosipkannya. Sekejap masam, sekejap senyum. Entah apa-apa mereka berdua ini. Mengumpat fasal akukah? Dia menggeleng-gelengkan kepala.

Dalam mengatur langkah menuju ke dewan persandingan, matanya asyik menjeling Fatin Suhana. Dia sangat tertawan dengan kecantikan yang dimiliki gadis itu. Apatah lagi ketika disolek… Subhanallah! Cantiknya…

Tapi… kenapa pula si jelita ni tak nak kepit tangan aku? Aik? Dah tu si jelita ni siap silang tangan ke belakang lagi? Mahal betul tangan tu. Haih, tak syoklah kalau macam ni!

“Okey. Kita dah nak sampai dah. Ready ya pengantin.” Satu suara kedengaran melaung dari belakang. Anak tarzan ke siapa tu? Serabut Fatin Suhana mendengarnya. Pengantin? Sebut sekali lagi siaplah!

Langkah demi langkah diatur. Baru sahaja sampai di pintu dewan…

“Opocot mak tapir terberak!” Laju seorang makcik melatah.

“Atin! Ya Allah!” Farah tergamam sambil terjerit-jerit.

“Kenapa? Kenapa? Apa dah jadi? Ya Allah… Atin!”

Keadaan di luar dewan jadi kecoh. Semua orang menjenguk-jenguk.

“Mana Atin?” Semua orang tertanya-tanya. Kelibat Fatin Suhana tidak kelihatan.

Dan bila semua orang pandang ke bawah. “Ya Allah!”


*jeng! Jeng! Jeng! Apa komen? Nak teruskan ke novel ni?*