Assalamualaikum.
memang susah nak puaskan hati semua orang. dan memang tak boleh pun. setiap apa yang kita buat, pasti akan ada orang yang suka, dan tak suka. sebab dah sifat manusia itu berlainan. every person is unique, so is their behavior. i don't really mind what others might think about me as long as my family and close friends know who i really am. kadang2, kawan2 rapat akan inform cerita2 yang mereka dengar sambil tergelak. because they know who i really am. terima kasih :')
ada yang kata saya memilih kawan. ada yang kata saya sombong tak reply tweet. ada yang kata saya kuat makeup dan hanya upload gambar makeup. ada yang kata saya hipokrit. macam2 lah.
tapi. do you know who i really am?
meh sini nak cite meh. huhu. saya in real life sangatlah pendiam dengan orang yang tak kenal. but what i know, sy suke senyum kat stranger (perempuan sahaja yeee). kire macam hint la, tegur laaa, tegur laa. tapi ada jugak la masa-masa tertentu yang boleh bertegur sapa. usually kalau dah start conversation, i'll be okay. cumanya, yes. sy seorang yang pemalu. dan pendiam. kalau korang tak tegur sampai ke sudah la saye mcm tu. so sad kan? kalau tegur, i'll be more than happy to have a chat with you :')
pasal kawan pulak.. sy ni jarang hang out, lebih suka dok di rumah. even dok kat kl ni. hidup lebih kepada poslaju, tailor, ambil stock, gym, rumah. hambik.. bosan tak bosan life sy ni sebenarnya. sebab tu la bile tulis belog pegi event, sy excited.. sbb sy jarang pergi event. kadang2 kalau pergi tengok movie pun nak update, tapi takut orang kate saye over pulak. huhu. tapi sy bukanlah anti sosial.. cuma kalau keluar tu.. selalunya dengan orang2 yang sama. most of the time kalau di kuantan/kl akan bersama geng2 sengal itu (geng kuantan katenyee) sebab sy kenal mereka since form 2. mase tu tengah hingus2 hijau lagi. hehe! kawan2 skolah rendah n sekolah menengah juge. kalau sy di kuantan, usually sy akan ajak dey all datang umah. punyelah tak suke kuar sampai nak hang out ajak kawan2 dtg umah (-_-'). but that's me. lain orang lain caranya kan? oh juge, kawan2 dari uitm jengka juga. one of them is annaseaskey. kenal since 18 and mmg boleh ngam dari dulu lagi. qoma kesayangan pula kenal masa sama2 belajar di sbp dulu. pegi prep sama2, makan sama2, nangis sama2. kelakar pulak ingat time dulu2 :'). Alhamdulillah.. mereka semua berjaya menjadi seorang yang sy amat kagumi kini. jadi bagi sy, tak timbul istilah pilih kawan sebab bukan kejayaan mereka yang buat sy mencari kawan. tapi sebab dari dulu lagi, semasa kami tiada apa2 dan bukannya siapa2 lagi, kami memang rapat. tapi iyalah.. takkan kami nak bercerita pada semua tentang kehidupan peribadi kan? semua kawan2 yang saya rapat sekarang mostly, dari zaman sy sekolah dan diploma/degree. i treasure them a lot :')
| gambar minggu lepas. camwhore lepas cuci muka utk tido katenyeee. eyeliner degils masih mahu berbekas, tssk. |
hipokrit. hmm. jadi kawan sy. then, you can judge. normal lah tu kalau orang tak suka. tapi agak pelik kalau orang tak kenal kita. tapi rasa macam kenal dan terus assume sy begini dan begitu. janganlah sebab sy jarang online, terus cop sy sombong. itu sangat tidak berasas. sy pun ada kerja di alam realiti. huhu.
ok lah, macam banyak pulak merapu nye. maaf kalau banyak mengarut. terima kasih sudi baca :')
p/s- next entry tracking number for peplum n maxi skirt and Lamor2 :)










