Friday, November 30, 2012

peplum : 14 colours.

Assalamualaikum.

seems ramai yang suka peplum. harini sy letak 14 warna terus. hihi! sila ke blogshop sy untuk purchase ye. 


thank you!

Tuesday, November 27, 2012

ummi's birthday.

Assalamualaikum :)

it's been quite some time since my last post. last week was very busy with academic stuff and next week i'm going to have my convocation at UITM Shah Alam. super yeay! Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. :')

yesterday was Ummi's birthday. so of course, i went back to Kuantan and before that, bought her something. sy beli 3 pokok bunga!  haha. since selalu kalau balik kuantan bg bouquet of flowers dekat ummi, kali ni beli pokok bunga ros terus. ummi haruslah gembira tidak terkira sebab dia dah ada roses garden, kire ni menambah koleksi bunga2 dekat taman ros dia. aummm. 

so malam semalam kami ke Tjantek untuk makan2 sempena birthday ummi. tak boleh gilang gemilang sangat sebab farah tengah espiyemm bak kata jozan tatkala menyebut SPM. lolz. i always love the deco and arts in the cafe. bangunan cafe ni dah ada since 1928, memang tua. tapi kaya dengan ceritera sendiri. giteeww ai terangkan dengan penuh simbolik kannn ;p

Tjantek ni terletak di benteng. deretan kedai yang opposite dengan lanchang kuning, barang kita, n ada hotel tu. jadi kepada kuantanese yang nak chill2 dan relax sambil dengar lagu jazz dan violin, here's the right place for you :)

jom tengok gambar : 



Umar sangat khusyuk main game.

abg pi order tropical punch gelato.

mine : chicken breast grilled


54 this year and still looks young :)




lil' sis berangan hala tuju lepas espiyem.



take care!

Monday, November 19, 2012

playful dreamer.

Assalamualaikum.

dreamer makin lama makin nakal. sejak dah masuk 7 bulan, ingatkan makin matured dan boleh nampak gagah perkasa macam kucing2 jantan yang lain. tapi nampak gaya macam makin playful. oh anakku! anyonyo.. just bila nak tidur je baru manja ala2 kucing betina. tapi satu je la, pantang nampak camera. terus cover macho. pandai eh dreamer ;p


dreamer berkata : mummy see! no hand! no hand! *lame joke (-_-')

waaa.. sedapnye treat tuuuu. 

my fav spot! laundry bag! yeay!

dia memang suka sangat dok kat dalam tu. ai dah cakap dia nakal. sabar je lah jage anak sorang ni. lolz. 


but i love him, no matter what. hihi :)

take care people!

Saturday, November 17, 2012

peplum is back.

Assalamualaikum.


peplum kembali lagi. yeayeyeyeah. hihi. siap ada warna baru lagi tau, mustard!  nak beli sila ke byfatinsuhana.blogspot.com thank you :)

Friday, November 16, 2012

naturactor and me :)

Assalamualaikum.

ramai yang tanya bila sy nak buka order naturactor. i've already open the order! yeay! sebarang order dan detail mengenai produk ni boleh click blog baru sy, byfatinsuhana. thank you :)


p/s- order sampai 28 november 2012 je tauu. baik korang cepat2. hihi :)

Thursday, November 15, 2012

ByFatinSuhana (BFS)

Assalamualaikum.

saya ada kedai online shop. namanya : byfatinsuhana.blogspot.com. baruu je start aktif. dan sy harap sangat awak2 semua boleh bagi support sebab sy masih baru. jadi lepas ini, segala apa2 yang sy nak jual, akan dibuat di blog tersebut. beauty tips pun ada, Insha-Allah. dengar kata ada contest tgh berlangsung. lucky winner dapat naturactor for free. satu naturactor tu blh pakai setahun kot. oh untung!



dah apa lagi korangg. sile lah like kami di facebook dan support kami di blog baru. tehee. time kasih daun keladi :')

Monday, November 12, 2012

teaser.

Assalamualaikum.

memandangkan ramai suka peplum, ni kira teaser dulu. ahah. jadi sila bersiap sedia! :)

with dearest cousin, ainun :D


Friday, November 9, 2012

recipe : strawberry tiramisu.

Assalamualaikum :)

Seperti yang dijanjikan semalam, hari ni sy nak share resepi strawberry tiramisu. memang senang sangat. last sunday sy buat tiramisu ni lewat petang, malam tu makan sikit. and the next morning buat for breakfast. kononnya nak ada proper breakfast walaupun seorang. so i made this, accompanied by creme caramel latte. kinda a perfect sunday morning for me. no stress, just me and good food :)

portion haruslah sedikit supaya tidak membazir. lolz.

close up.

ingredients :
200g ladyfingers
250g mascarpone cheese
150ml coffee (i put 2 sachet of nescaffe 3 in 1 gold, in a cup)
50g sugar
2 eggs
strawberry jam
fresh strawberries
bitter cocoa/ coffee powder for dusting

how to :

1. asingkan putih dan kuning telur.  ambil kuning telur dan gula, 
pukul guna mixer sehingga warna nampak keputihan (pale) dan pekat. bila
dah agak2 warna jadi keputihan, campurkan mascarpone cheese sehingga
well blend. tapi tak perlu guna mixer. manual saje.
ketepikan.

2. pukul putih telur dan letakkan secubit garam. mix menggunakan
mixer sehingga putih telur tu jadi soft peak. then, dengan lemah lembut
serta sopan santun, masukkan form putih telur tadi ke dalam adunan kuning telur + mascarpone 
+ gula tadi. mix sehingga sebati, tak perlu guna mixer.
ketepikan.

3. prepare the coffee. letakkan coffee tadi ke dalam piring leper dan biarkan ia sejuk.
dip ladyfingers satu persatu ke dalam coffee dan arrange them side by side,
in a serving dish (tupperware, cake tray, glass tray, etc).  cover the biscuits
with the mascarpone mixture. after layer dengan mascarpone,
letakkan sedikit jem strawberi secara random. tak perlu letak bagi rata.
then letakkan slices of fresh strawberry pada tempat yang tak kena
jem strawberi. kemudian ulang semula proses dip ladyfingers, mascarpone cheese
dan jem strawberi sehingga habis bahan2 tu. kiranya, total ada 3 layer. kalau
bekas tinggi bolehlah buat tinggi2 jadi macam ala2 burger bakar. motif? sobs.

4. top tu boleh aja letak strawberi ke. or else, letak coffee powder.
memang mengancamss. dah siap letak dalam peti sejuk. paling
kurang 4 jam. sebab sedap makan masa sejuk :)

5. siap!

untuk amount bahan2 di atas, sy dapat lebih kurang 3 bekas kaca macam kat gambar tu. bukan satu je tau. siap boleh bagi jiran lagi. hihi. anyway,ada masa boleh try, selamat mencuba uolls! jangan buat selalu, nanti gemok macam saya sebab makan nak sedap je. *insaf. okbai!

p/s- si dia kata rasanya macam strawberry cornetto. time saya buat sedikit manis, jadi untuk yang resepi kat atas ni sy dah kurangkan amount gula nya. because kalau manis sangat, nanti akan block rasa pahit coffee dekat biskut yang kite dip tu. n ohh, mascarpone cheese tu kalau boleh bagi in room temperature dulu, jangan terus buat masa bawak keluar dari peti sejuk. same goes untuk telur. make sure room temperature ye. till then. have a great weekend :)

Thursday, November 8, 2012

covergirl for Nur magazine and fashion figure for Hijabista magazine.

Assalamualaikum :)

Betul lah kata orang, rezeki itu ada dimana-mana. macam semalam, rezeki voucher crocs akhirnya dimiliki oleh kak Husna. congrats akak! email saye sile balas ye. hihi. sempat lagi suruh orang balas email. well, anyway.. nak cite pasal saya di media. dah lama rasanya tak bercerita pasal magazine, shooting, etc. bukan tak nak.. tapi kadang2 segan nak cerita. kalau ada yang nampak and tag kite dekat twitter, thank youu. sayang lebihhh tau :')

bulan november dah boleh jadi bulan feveret dah rasenye. untuk tahun ni lah. sebab bulan ni berpeluang untuk jadi covergirl majalah Nur :). Alhamdulillah.. teruja sangat2 sebab sy digandingkan dengan blogger hebat, Maria Elena! masa shooting tu memang banyak perkongsian yang sis Maria cerita. masa2 tengah ambil gambar tu kami dok sibuk cerita pasal future planning, tips sebelum berkahwin, etc. ye lah, kak maria dah nak kawin.. so haruslah banyak benda yang perlu dititik beratkan. i still remember that she said, "i tak risau pasal majlis/event tu, i lebih pentingkan kehidupan selepas perkahwinan". indeed, so true la kan. perkahwinan yang terbaik adalah perkahwinan yang sederhana. there's no need to  do such a grand wedding kalau kita tak mampu. buat sekadar yang kita mampu dan tak perlu berhutang. sebab lepas kahwin lagi banyak duit yang kita nak guna. sy cakap macam sy pulak yang nak kahwin. hehe!

me and sis Maria :)
kalau nak tahu lovestory (lovestory sangaaat) and bila perancangan iolss nak kawin, silelah beli magazine ini cepat2. motif orang nak tahu pasal pateng ni (-_-). thanks to team Nur sebab sangat baik melayan kami hari tu. kami shoot dekat area bukit jelutong. naik turun bukit jugak la nak shooting sebab nak konsep ala2 vintage gittew. memang suka dengan outcome nye! kiranya penat naik turun berguling mengesot amat berbaloi :')

kepada sesiapa yang sedang merancang nak berkahwin, sila lah beli magazine ni sebab kali ini Nur punya edisi adalah edisi perkahwinan. iolls dengan sis Maria pun pakai baju kawin. aww~

jom kita beralih arah ke majalah Hijabista pulak..

konon ai ni figura fesyen la. kononnn.


ini untuk bulan november juga. yang covergirl nya, shila amzah. she looks very nice with her hijab :) iye, nama saya ada che wan di depan. nama sy memang sangat panjang, che wan fatin suhana bt che wan khalid. aumm. jenuh nak tulis borang kalau yang mintak full name. hehe. thanks to majalah Hijabista sudi shoot sy bersama tudung2 saya. since sy ni peminat bawal.. memang banyak lah koleksi tudung bawal.

esok nak kongsi resepi strawberry tiramisu. super sedap dan sangat mudah untuk membuatnya. boleh la korang buat time weekend ni. dah tahu resepi, sure korang rasa cam.. haaa, kenapa senang sangaaat tetapi sangat sedappp. macam tu lah perasaan sy masa mula2 buat benda alah ni. hehe! esok kite share ye. till then, have a nice day people!

Wednesday, November 7, 2012

Pemenang crocs giveaway

Assalamualaikum :) Sekarang ni dalam kereta, gigih tak gigih nak umum the lucky winner for crocs. Hehe! So the lucky winner is husna mohd noor! Tahniah husnaaa! Will email you the details after this. Kepada yang kurang bernasib baik, tak apa. Other lucky things might happen to you, insha-Allah. Have a nice day! :D

free crocs voucher worth RM248 to be won!

Assalamualaikum :)

semenjak dua menjak ni kl ibarat musim winter dah rasenye. paling lewat, pukul 3 petang dah mula hujan. frankly, i love the weather, sebab sejukk. hihi. tapi part yang paling leceh bila nak keluar kereta dan kasut/heels basah. oh mann. lepastu mulalah kasut tu serap air dan lama2 jadi berat. huahh. stress betul bila jadi macam tu.

then terfikir jugakla haritu nak pakai selipar biasa yang beli dekat pasar malam rm10. senang cerita, nak kemana2 tak fikir sangat kasut basah. tapi cepat sangat rosaknya.. so i'm thinking of having a pair of crocs. apa yang bestnya.. crocs akan buka new store dekat times square! yeay dekat dengan umahhh! tehehe. and apa yang paling best.. the first 120 visitors will receive a set of discount vouchers valued at RM248! and the following 120 will received a set of discount vouchers worth RM218 or RM88. serius best sebab dapat voucher banyaakk. kalau RM10 boleh lagi la nak berlagak macho, tapi kalau dah RM200++ mana boleh tahannn. haihshh.

jadi korang semua.. silalah serbu new Crocs store di Berjaya Times Square, Nov 8, starting 10 am. memang takkan rugi dan boleh bergaya hebat walaupun cuaca kl ibarat mendung tak berawan. apekah? tssk.

memandangkan pihak crocs sangat baik hati, dan juga saya sangat prihatin terhadap readers belog ini.. seorang pembaca bertuah akan mendapat discount voucher bernilai RM248 from me! yeay! silelah bergembira pada malam yang hening lagi syahdu ini! macam mana nak menang? simply drop your comment : "i really wanna have my own crocs because .... @ saya sangat mahukan crocs kerana ..." sambungkan ayat tersebut sekreatif mungkin dan kalau boleh tak perlu terlalu panjang. jawapan yang ringkas, senang difahami dan kreatif adalah satu bonus! kemudian lampirkan (mak lampir kah? motif sangaat) emel anda supaya senang sy trace anda. 

contoh format ayat pasti skor :
saya sangat mahukan crocs kerana saya mahu kelihatan ohsem disamping
kaki selesa tiada tandingannya [FATIN S.2010]
fatin suhana : trulyaddiction@yahoo.com

begitulah contoh format nye ye pelajar2 sekalian. sekian, kelas intensif tamat serta merta. pemenang akan diumumkan pada 7 nov, pukul 10 malam. jadi segala penyertaan akan diterima sebelum pukul 9 malam. harap maklum.

tapi korang harus tahu bahawa voucher ini hanya valid untuk pembelian di crocs berjaya times square sahaja. voucher ini sah sehingga 18 november 2012. jadi kalau korang tak ada masalah untuk ke times square sebelum 18 nov, wajib join! :D

menang dapat inii :)

satu lagi perkara best nak inform dekat korang pasal crocs ni,  ada new crocs new you 2- in-1 mini site campaign. korang hanya perlu main tukar2 kasut dekat sini, kemudian share dekat facebook dan isi form yang sangat ringkas. hadiahnya : 



FREE 3 days 2 nights getaway trip for 2 at The Datai, Langkawi. oh my.. saya mahu ini! saya mahu! saya dah buat awal2 dah sebab excited, jadi baik korang pun buat jugak. mana tahu luck korang di sini kan ;)

so, your current to-do-list are, masuk pertandingan dalam belog saye dan juge main tukar2 kasut crocs dekat sini. yeay!


have a nice day ahead! :)

Monday, November 5, 2012

spm.

Assalamualaikum :)

Esok dah SPM. my lil' sis, farah will be having her SPM tomorrow. so good luck to her and to all my dear readers yang akan menghadapi exam esok. buat yang terbaik tahu. based on my experience and others, ye betul, kalau result SPM tak ok.. you still can success in life. BUT if you do good in your spm, and you get good result, it is actually a step further to success. jadi buatlah yang terbaik, make your parent proud of you. jadikan spm ni sebagai satu permulaan untuk satu kehidupan dan masa depan yang lebih cerah, Insha-Allah :)

sebelum tidur, izinkan saye menepek gambar perasan saye untuk tatapan dreamer sewaktu dia kebosanan bila sy tiada di rumah. saye syak dreamer selalu hack account twitter, fb dan email2 saye, sebabnya semenjak dua menjak ini saye selalu kene hack dengan unknown. *sarcastic.


memang. takde motif pun. hehe!
btw, esok dah isnin! wah cepatnye masa.. tahu tak apa yang best yang akan terjadi pada hari isnin? selain spm (best sangaaat, ehheehe), sila ke prettypop.com.my untuk mengetahui jawapannya! eceh, komersial sangat cara ai ni kann. gitteww.. hehe. cepatlah korang, jom pegi website prettypop sebab esok first day dia launch the website. and the best part is.. ada discount and free postagee! ngee. so lets'! lepas shopping kite bekerja dengan lebih semangat sebab kene cari duit lebih. lolz. but frankly, baju2 kat sini cantik. sy pun dah beli skirt2 kat sini. have fun people! :D

goodnight korang :)

Saturday, November 3, 2012

dreamer went missing.

Assalamualaikum.

Dreamer ni tersangatlah aktif. tapi kalau waktu tidur, dia akan tidur mati. kacau lah macam mana pun, mata je bukak, tapi satu badan macam paralyse. hehe. tadi cari dia satu rumah tak jumpa-jumpa. dah la dia ni jenis yang tak berbunyi. nak tunggu cakap 'meow' tu macam, 2 hari sekali je. punyalah mahal suara si dreamer ni. anyway, jumpa dia kat sini tadi : 


sebab nak tengok paper bag, tetiba je ada makhluk lain kat dalam ni.

dreamerrrr!





dia dah start marah sebab kejut dia tidur. muka ala2 retis kene serbu ngan papparazzi gitteww.

balas dendam katenye. lolz.
hihi. ok tu saje. have a nice weekend korang! :)