Monday, December 31, 2012

Year End Sale.

Assalamualaikum.





mana nak cari peplum harga RM40? and semua dress harga RM70? murah sangat tuuu! thanks to me, ai bagi special price kat uolls. siap ada free gift utk SEMUA customer. tak beli, sumpah rugi. jadi cepat pergi ke belog ini. hihi :) -byfatinsuhana.blogspot.com-

Friday, December 21, 2012

vacation diary part 1 : istanbul (departure)

Assalamualaikum and hi!

Selepas konvo di UITM Shah Alam pada 3/12 tempoh hari, keesokan harinya kami satu family gerak ke klia untuk satu misi utama, vacation trip! walaupun masih letih (konvo, urus bisnes online dok terlari sana sini g ambil barang, post, menulis semua, fuh!) tapi tetap rasa excited melampau sebab vacation kali ni kami ke istanbul dan london. Alhamdulillah.. terima kasih abah :')

flight sebenarnya bertarikh 5/12, tapi waktunya 12:30 am. haruslah gerak lepas maghrib 4hb tu kan. naik 2 kete sebab tak muat orang. dan beg. standby awal2 beg kosong sebab semangat shopping katenyee. macam dah tak boleh beza maksud vacation dan jalan2 beli barang. sobs.

Damia and Umar super excited! 
Damia n Umar comel sangat sebab, kids.. u know when kids are excited.. kite sume terase excited. siap ulang banyak2 kali Istanbul aku datang, bahana cite lisa surihani cantik berlakon. si umar pulak sambung, Aku takut meow. walaupun tak ada kaitan, tapi dia mesti sambung perkataan tu. mungkin sbb dia tgk lisa takut kucing dalam cite tu. huhu.. comel betul!

marilah naked face sebab 10 jam flight takkan nak mekap. nangis kulit mintak tolong sbb tak blh bernafas.
sampai2 tu dapat tahu pulak flight delayed. sobs. lambat sejam, maknanya gerak pukul 1:30 pagi. makanya kami pun duduk la kat secret recipe sambil berkeliaran di kedai buku mencari buku best yang kebetulan sudah kehabisan stok. i managed to get great book (as far as i read the book), called How to get from where you are to where you want to be, written by Jack Canfield. definately a book that i will read over and over again.


hand luggage yang most of them sebenarnya kosong. umi dan abah suh bawak jugak, langkah berjaga2 katanya. berjaga2 sangat. ehe. abah nampak macam banyak sangat bawak nya, tp sebenarnya beg hitam tu sy punyee. excited nak ambil gambar mereka. nasib baik abah sporting tlg pegang 2 minit. hihi.


kak wani kakak ipar yang baik dan umar yang banyaak cakap tapi kami kurang faham pelat bahasa dia. don't worry umar, someday u'll sounds like the rest of us ;p

kami naik MAS airlines sebab semangat patriotik kami tinggi. kami juga suka makanan MAS, sedap dan tempting. dalam flight tu terus check action movie apa yang ada tapi hampa sbb semua dah tengok (dah kalau cite action je harus ke cinema, takkan tiba2 MAS siarkan cite yang kuar tahun 2015 kan. oh sungguh tidak logik dan hiperbola). makanya sy tengok cerita yang ringan2 aja sambil makan : Miss Congeniality, Paranorman dan Untuk 3 hari. lepas tu tidur tanpa henti. bangun2 dah nak sampai. yeay!


muka happy baru sampai istanbul! this is really muka tak mandi punya caption. haha. but whatever, i don't mind. syukur aja sebab dah sampai Istanbul. Alhamdulillah! :D kami sampai around pukul 5 stengah pagi kalau tak silap, tapi kat luar dah cerah macam pukul 8 pagi.

mini bas untuk family kami dah menunggu. sangat spacious!

farah sangat gembira sehingga dia melompat keriangan. yang ni, mmg hiper (-_-)
i was very happy to be there. many people told me that Istanbul is a nice place but i didn't have the chance yet at the moment. jadi bila dapat lihat sendiri suasana di sana.. feels like dreaming!


i love the sunlight! 


 Masa dok sibuk ambil gambar sana sini walaupun fizikal masih dalam bas, Rukiye, our female tour guide told us something that we didn't even prepared.

everyone was stumbled. 
nak tahu apa dia.. stay tune! wink.

p/s- online shop sy ada restock peplum dan adeeva dress! untuk dress klik sini. dan untuk 17 colours of bawal, klik sini. thanks people :)

Thursday, December 20, 2012

FashionValet.

Assalamualaikum and hi :)

I believe most of us love fashion. tak kisah la fashion apa2, masing-masing ada style tersendiri. be it, simple, daring, sweet, etc. kalau saya.. ehmmm. tak tahu lah. ehehe. rasanya sy lebih kepada simple. tapi ada something as a main. contohnya, if warna baju dgn kain dah sedondon dan malap, will go for a lighter and maybe a bit of simple printed shawl. kiranya takde lah plain sangat kheennn. ai nak jugak style2 ni, tapi biase2 dah la. taknak la g klcc macam orang nak ambil award pulak katenyeee penuh sopan dan santun. lolz.

ok banyak pulak membebel tengah malam ni. sebenarnya nak acknowledge korang semua tentang FashionValet. do you know FashionValet? kalau tak tahu sila menangis teresak2 dan pasang lagu abam anuar zain. ai tak marah, cuma sedih je kalau korang tak tahu. kejam tak. kejam tak. oh dunia. fatinnnn please fokus! k finee (split personality di tengah malam macam cerita hobbit tu. euuww takut. tapi comel. tapi takut. dahlah tapi banyak sangat.)

for your information,  FV is an online shopping store with over 150 different brands of local origin and within the south east asian (Thai, Indonesia, etc). meaning, there's A LOT of brands that we can choose from! more brands = more variety = more choice! plus, FV ship worldwide. FREE SHIPPING within Malaysia (okbai sejam kemudian sambung tulis belog sbb usha website ni buat kali ke 250. happy anniversary!) and for international orders, depend on weight of parcel. 
haruslah ke bahagian kaftan dan jubah utk jadi lebih ayu dan sopan pilihan mak2 mertua. aww.

i was actually window shopping at FV almost 1 hour n a half! serius tak caye sbb lama sangaat. i guess sebab semua lawa2 tak tahu nak pilih mana satu. why everything must be very the tempting oneee. 

the best part is,  newly registered members receive 10 credit points automatically to start off their shopping spree (u have to register first to purchase your dream items)!. kenapa kena register? i believe it is because they have a credit point system called FV rewards. the more u spend, the more u get back. so kalau u beli baju banyak2, uolls takkan dilupakan! nak tahu lebih lanjut mengenai FV rewards ni boleh click sini. 

kasut2 yang amat menggiurkan. kenapa harus lawa2? *sambil check balance maybank2u. 
don't worry about customer service. for them, customer is king! i like FV. hehe ;p

kalau korang kurang suka baju2 kurung, kebaya, kaftan, jubah macam taste ai yang mungkin macam makcik2 sikit (makcik vogue ok. ada nada tegas disitu), korang harus faham bahawasanya FV ni ada bermacam2 benda. tops, shirts, skincare, purse, handbags, makeups, dan juga barang2 lelaki. banyaaaak sangat. jadi takde sebab tak beli. eh. hihi. sy pun dah terbeli. hewhewhew.

jadi marilah kita bersama2 serbu website fashionvalet sebab semua benda ada kat situ. dari baju, kasut, tudung, handbag, sampai ke bracelet ade jual. dah lah brand2 pun ada nama. quality pun harus lah hebat kan. wink. jom korang! :D 





Monday, December 17, 2012

thoughts.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. dah selamat sampai ke m'sia petang semalam. dan sekarang mengalami fasa jetlag yang hebat. haih. it was really, a good vacation :)

bukan salji lagi, tapi frost. almost theree for snow. sobs.
sebenarnya bukan nak update pasal vacation lagi. nanti la kumpul2 gambar dan info2 yang lebih detail sikit ye? wink. cumanya this is just a random thought.. takde kene mengena dengan apa-apa pun. dulu sy tak pernah faham macam mana kita nak gembira kalau kita tak cuba untuk make things perfect. i mean, dari segala apa benda lah. bagi sy, kena cuba jugak untuk yang terbaik, untuk perfect. kena jugak cuba. dan sy sangat2 fussy kalau orang mcm tak bersemangat. macam nak tak nak je.

then.. i came to realize that certain things comes within time. it takes some time to makes us understand a better view for whatever things. even for some basic things. same goes to me. i didn't realize that while i was busy looking for the best, i became someone i should not be. even there's a people who told me, still. i couldn't see it.

but when the time comes, we'll understand. and change.

i learned to appreciate things. to be in someone shoes. to sacrifice.

trust me, it just. happens. i do believe that miracles happen. berdoalah agar sentiasa dibukakan hati untuk perkara-perkara yang akan membawa kepada kebaikan. prinsip sy mudah. carilah peluang. usaha sehabis mungkin semua peluang yang ada. jangan memilih. kemudian berdoa. jalan yang terbaik adalah jalan yang sentiasa dipermudahkan olehNya.

makin lama makin teruja dengan kebesaran Allah S.W.T. He's the answer to everything.

istanbul. umi kat depan tu. hee.
sorry if korang tak faham. maybe within time korang faham. kot. atau mungkin ayat sy berbelit2 sampai korang pening. sobs. dan sy juga sudah merepek. oh tidak. oh bye.

selamat hari isnin semua! :D

Tuesday, December 4, 2012

officially a degree holder :)

Assalamualaikum.

semalam sy konvo di Dewan Agung, UITM Shah Alam. super besar dewan tu dan sangat2 selesa. masa berada kat dalam dewan tu, banyak pulak kenangan2 sepanjang ambil degree dulu. kebanyakannya haruslah dengan classmates dan rakan serumah yang ohsems :')

masa diploma di Uitm Jengka dulu, sy ambil diploma in Business Management. kemudian pursue my degree in International Business at Uitm Shah Alam for one year. lepas setahun, kos kami kene pindah ke puncak alam. masa tu bukan main tak sukaa sebab for us, Shah Alam ni kira macam heaven lah. nak makan senang, nak shopping habis duit senang, nak ke kl senang, dan bermacam2 senang lah. huah. tapi lepas beberapa lama berada di puncak alam, i felt in love with the place. tak serabut, senang nak belajar sebab tak ada gangguan shopping mall berdekatan yg ada sale, makanan murah, rumah sewa murah. everything is good, for a student. ye lah, nak shopping sokmo mengalahkan orang kije tu bukan perkara baik okay. bagus jugak uitm ni buat tempat2 pedalaman sikit, at least boleh menahan nafsu membeli. tssk.

i feel so blessed since i have good friends around me. classmates pun tersangat2 best. kalau orang tanya  macam mana pengalaman degree sy, definately akan jawab, it was super fun and awesome! thanks to those people who made my life even more meaningful :)



ni masa presentation projek kami. kami jual cendol di negara arab! haha. ni semua classmates merangkap housemates. i know semua cun, ok next pic please!


masa awal2 belajar di uitm shah alam. lecturer ajak pegi makan japanese food dekat plaza masalam sbb kami belajar culture. jadi haruslah tau macam mana makanan org jepun. rasa2 kalau cukup budget, mesti pegi jepun dah, hanye utk tengok mereka cakap konichiwa. aww~

classmates :)


time tunggu bas untuk OPKIM

bestie since 2008 dah, ninie. kami dapat mak angkat samaa :)

bersih dan cat semula taman permainan area shah alam. 

ni kat taman botani (bukit cerakah), breakfast dan berjalan2 menikmati keindahan alam uolls :)

rumah 4 musim. sejuk jugak sebenarnye. tak baik pandang rendah rumah 4 musim ini. tssk.

kemana-mana :)

during picnic dekat ulu selangor. masing2 masak dari rumah :)

hangout malam hingga ke bukit bintang.

love 'em to bits :)
 soo many memories! tu tak masuk pergi jakarta and bandung sesama lagi. haih. seronok dan rindu zaman belajar :')

btw, di bawah ini gambar2 konvo semalam. jom tengok! ihiks. ;p

kalau happy haruslah buat muka tembam. *padahal mmg tembam. sigh

besaaaar dan cantiiiiiiik!

since diploma :)

umi dan abah kesayangan. thanks for everything!

adik yang baru habis espiyem. terus nampak matured. lolz.

cik han n fad! congrats fad dapat ANC! so proud of you :D

sorry. weolls housemates memang suka ngeng2 sikits. :D

dia datang bg teddy bear dan bunga. iolls terharu, tp tak boleh nangis, umi abah ade. haha ;p

all of us :D
Alhamdulillah.. tamat sudah degree sy. hadiah konvo adalah kasih sayang yang tak ternilai dr parents dari dulu hingga sekarang. aumm. thanks umi abah melayan karenah fatin. maaf fatin tak dapat 1st class degree walaupun beza nya hanya 0.1 :'(. dapat result teruk sikit je nangis, tak blh buat je nangis. hoih, banyak betul nangis! sobs.. memang dari sekolah dulu emosi sikit bab2 belajar ni sbb abah kata kalau dapat ilmu dan belajar pandai2 baru orang hormat kite. dan juga sbb nak balas jasa umi dan abah. kiranya konvo ni adalah hadiah sy buat umi dan abah tercinta. setakat ni, hanya yang ini fatin dapat bagi. Insha-Allah, more good things will come. Aminn :)

p/s- walaupun takde hadiah konvo, mereka ttp bagi vacation. harini gerak ke Istanbul dan kemudian ke Uk. Istanbul aku datang! :D