Thursday, August 29, 2013

Unite for Malaysia Parade.

Assalamualaikum and hi :)

dulu masa kat sekolah selalu excited masa merdeka sebab masa tu lah jadi orang paling busy dengan persembahan. sebab dulu pengawas sekolah so suke cakap kat cikgu time kelas nak keluar awal konon ade hal tapi sebenarnya pergi practise syair, pantun, lagu merdeka kat dewan or bilik kaunseling (sebab baik ngan cikgu kaunseling dulu naib pengerusi kelab ni pulak kan hewhewhew). disebabkan sy ni jenis cerewet dan dari dulu kalau nak buat sesuatu memang sy nak buat dari awal sampai akhir, jadi segala lirik, lagu sume nak buat sendiri. iye, bukan minus one ye. sendiri buat. lagi2 kalau syair dan pantun.. kata pemantun terbaik kuantan 3 years in a row. awhh ;p

but did you know the reasons why i love bahasa and literature so much? because of Malaysia itself. abah memang suka berpantun dan lagu2 melayu klasik and i think it turns out i'm the one out of 4 siblings who love the same things as abah. we talked a lot about arts and literature. disebabkan abah suka cerita sejarah2 melayu dahulu sy rasa perjuangan pahlawan2 kita tiada galang gantinya. bukan senang untuk sesebuah negara mencapai kemerdekaan. dan bukan senang untuk sesebuah negara memastikan kestabilan negara. for that, i thanked Allah for giving us such a beautiful country to live in. Alhamdulillah :)

sebenarnya ada banyak perkara yang kita boleh buat untuk menunjukkan rasa kecintaan kita pada negara tau. contohnya letak bendera dekat kereta, membaca buku2 berkaitan sejarah malaysia, ataupun join Unite for Malaysia Parade. haaa.. korang sure tak tahu march for malaysia tu macam mana kan. hee. i am soo excited to tell you! begini, memang ramai orang yang nak berbaris semasa merdeka kan. tapi tak semua beruntung. mungkin ada yang berkerja time tu, atau ada di luar malaysia, atau banyak halangan semasa 31 Ogos tu nanti. apa yang #unite4msia buat adalah, mereka membuat satu apps di website dimana kita semua boleh march virtually! moden khennn. jom lah buat korang! it is fun :D

disini korang boleh submit gambar korang dan walla! you will be featured as one of the people who march for merdeka virtually. first of all, what you should do is go HERE. then you will see this :



korang terus dengan usaha gigih pergi ke browse photo untuk letak gambar yang ada unsur patriotik. kalau tak ada pun tak apa sebab nanti masa kat message tu kite boleh tulis dedikasi kita kepada malaysia. best kot!


selesai buat tu semua nanti ada pop up cakap macam ni :


weee.. dah siapppp! then kite boleh lah tengok diri sendiri marching dekat dataran merdeka!



senang, mudah dan best kan? do join this campaign as it will show how much Malaysia means to you. once u guys dah buat ni, do hashtag #unite4msia when u submit ya? korang memang terbaik!

Pohon cemara molek tumbuhnya,
Dibalik tualang didalam taman,
Cinta negara berbeda rasanya,
Takkan hilang ditelan zaman.


Selamat Hari Merdeka yang ke 56 Malaysia!

Monday, August 26, 2013

my syawal this year.

Assalamualaikum :)

berapa lama dah tangguh nak tulis pasal raya ni tapi tak tertulis-tulis sebab, terlalu banyak sebab. pertama, time raya lupa nak bawak balik camera jadi gambar sume gune hp aje makanya feel tu kureng sikit. grr. kedua, melayan tetamu dari hari raya pertama hinggalah seterusnya yang tak henti2. lepas tu balik gannu. then balik kl dan busy untuk persiapan kawin cousin. dan last week, cousin kemaman pula kawin. makanya memang meriah syawal kali ni sebenarnya. tapi tu lah, semuanya memori dan tak sempat nak camwhore banyak2 dan malas nak bawak camera kehulur kehilir. padahal bukan dslr lagi tu.. baru sony nex5n... rasa2 mcm kecik dah. cemane lah nanti kalau dah ade anak kan. handbag pun dah tak bawak rasanya, rimas. tehehe. banyaknya merapu, tssk. ketiga sebab banyak keje mane ade mase nak bergambo bagai-hish. kadang rasa macam dah laaaa, perlu ke ambil gambar-padahal dia lah dok menyibuk amik gambar dgn hp dia tu. huhu.

oh harap maklong ye kalau bahasa macam pelik sikit sebab tulis ni masa dah nak tidur. sekarang ni awal betul tidur. pukul 11 lebih dah landing atas katil. pukul 12 tu mata dah terketar2 nak tutup tapi hati macam suh buat kije. last2 kepala atas laptop, badan kat bantal, kaki di luar katil. tak senonohnye (-_-')

i think i should start writing about raya now. kang lagi banyak menulis makin banyak keluar bahasa2 monolog dalaman yang super pelik yang kadang sy sendiri pun tak faham. okay!

persiapan sebelum raya tak ada apa sangat.. cuma abah confirm2 akan pasang lampu lip lap kat keliling rumah sementara umi, sy, farah n bibik akan kemas rumah susun meja untuk letak makanan esoknya.. sebenarnya tok kami baru meninggal masa bulan puasa baru2 ni.. jadi mood beraya pada awalnya memang tak ada sangat.. sebab masih lagi dalam keadaan sedih. i didn't prepare much. cukuplah apa yang ada. Al-fatihah untuk tok..

baiklah, nak tengok penangan lampu lip lap abah?





kann.. kami memang suka lampu2 macam ni. baru ada suasana kampung n raya. ehe :) then esoknya pula:





orang tak henti2 datang rumah. Alhamdulillah.. walaupun penat tapi hati suka sangat sebab dapat jumpa ramai orang sambil perut pun diisi makanan kannn. hehe. raya pertama masak soto sebab tu dah kira signature dish umi kalau raya. biasanya memang buat satu periuk besar macam kenduri tu. dan seperti biasalah, malam tu jugak habis licinnss.

raya kali ni umi suh sy buat kek awal2 so tak adalah menggangu sangat masa nak masak2 utk raya esoknya tu. so for this syawal i bake red velvet cake, moist chocolate cake with hazelnut truffle and chocolate cheesecake. Alhamdulillah.. habis juga :)

red velvet with cream cheese

moist chocolate cake with hazelnut truffle

chocolate cake jugak tapi version malas deco. huhu

the only cake i can eat when i bake. chocolate cheesecake, my fave!
 chocolate cheesecake tu tak ikut sukatan betul2 terus jadit ak berapa nak chomels. haih. kalau nak tahu resepi boleh tgk sidebar belah kanan bahagian resepi ye.

done with zhe food, hari raya pertama sy pakai baju dari BFS. of kos la kann. ehehe. it is a long peplum with crystal beading. this is my personal favourite design from byfatinsuhana. fyi, ada backout buyer for this piece tau, size L. kalau nak cepat2 ke byfatinsuhana.com.my ye :)


kemudian tibalah masa gambar rakan2 yang sudi datang time raya. thank you korang! walaupun jarang jumpa, walaupun kite whatssapp je slalu, tapi raya tetap berjumpa :')

geng kuantan yang ada tahun ni. sangat sikit :(
 tahun ni a bit sedih sebab geng kuantan tak ramai macam tahun2 sebelumnya.. sebab azri few days before raya kene pegi jepun atas arahan lecturer utk buat research rasanya, which is peluang keemasan kot! nadrah tak balik beraya dan beraya di bristol sebab exam ada masa raya keempat, tu pun sgt sedih. n few others yang tak beraya di kuantan sebab balik kampung. uhu.. but anyhow, we will try to meet with all of us later ya. maybe masa azri kawin. hihi :)

masa di rumah layan cite 3d sambil makan makanan raya. jadi sume pun pakai spek itam dengan penuh gaya. kelakar pulak bila tengok masing2 dalam gelap that day ;p


me, ghah n nadia ;)
 the next day pegi rumah nadia n jumpa kawan2 skolah rendah dulu, sk bukit sekilau. dah boleh jadi bapak2 orang dah sume. hoping dapat card dari mereka tak lama lagi. *berdoa dengan penuh tekun siang malam. Aminn*





anok branok. abg2 balik umoh bini sume. huhu
 petang tu terus balik gannu n the only pic i took was this :

dengan umi kesayangan kat chabang tiga. jubah dress kite coming soon from BFS :)
 balik2 tu ada several open houses tapi seperti yang ku katakan.. malas nak ambil gambar. adakah ini faktor usia ataupun sbb takde sape nak ambilkan gambar? tssk. dahlah taknak emosi.

thanks to my mek aina and ct yang dtg beraya malam2 n spent masa utk update kisah drama hidup ini. walaupun almost everyday update kat group whatssapp, tapi lain tau bile jumpe depan2. ahh.. already miss u girls :') n thanks to carl n belle juge, sorry ganggu waktu korang nak dating kat tc. dating kat rumah ai pun ok what. hee.

amik dari aina nye fb. hehe.

:)
begitulah.. the following week after that busy dengan wedding cousins pula. Insha-Allah next entry kite cite ye. till then, take care people n please make ur doa for our brothers n sisters who is suffering to make sure they keep alive, while we.. keep complaining about unnecessary things. Nauzubillah..

till then, take care people :)

Monday, August 19, 2013

serum 2 in 1 (boleh dipakai dan diminum).

Assalamualaikum and Hi,

Harini sebenarnya sangat teruja nak kongsi satu produk dengan korang. last week dapat satu produk serum ni, mula-mula dalam hati rasa macam.. ok la.. another beauty produk.. so sebab nak buat review, haruslah diri sendiri pakai kan. hari first pakai, letak dekat parut jerawat yg baru kecut. best jugak la pakai. then semalam dah masuk hari kedua. tapi apa yang best, bila bangun pagi tadi.. kite punye scar tu dah pudar! i mean, pudar yang nampak beza tu. terus keluar toilet dan baca balik apa kandungan serum tu. masa tu barulah baca dengan bersungguh-sungguh sebab macam.. "hoi asal cepat sangat nampak effect nih! terkejut lah!" kataku dalam hati sambil dreamer di hadapan kelihatan pelik tengok mama dia berkerut2 dahi baca details produk tu.





sure korang tertanya-tanya produk apa lah agaknya kan.. it is SERUM BIOWHITE COLLAGEN. bahan-bahan yang ada kat dalam ni pun memang dah well-known for its too good to be true benefits. bahan-bahan aktif yang ada dalam serum ni adalah, aloe vera, sarang burung walid, collagen seaweed, air suling, madu dan pati oren. ianya bertindak 5 kali lebih berkesan :D

apa yang best mengenai produk ni :
-telah terbukti secara klinikal
-kesan seawal 10 hari
-boleh disapu dan diminum
-100% bahan semulajadi
-100% keluaran bumiputera
-100% islam product
-100% guarantee





hebat kan? :) nak tau kelebihannya? meh sini orang list kan :
- mampu mencantikkan kulit wajah
- melambatkan proses penuaan
- menghilangkan parut jerawat
- parut pembedahan dan kesan regangan kulit
- menghasilkan kulit yang licin dan mengecilkan liang-liang pori
- mencerahkan kulit dari dalam dan meratakan tona kulit
- membaiki sel-sel kulit yang mati dan pembentukan sel-sel kulit yang mati dan pembentukan sel-sel        baru serta memulihkan kulit kering dan nyahhidrat


pengasas yang comey lotey :)
previously sy ada bgtahu yang produk ni boleh dimakan kan. dia ni bukanlah makan banyak, cara penggunaan SERUM BIOWHITE COLLAGEN : ambil beberapa titis dan ratakan keseluruh muka atau kawasan kulit yang bermasalah sebelum tidur. untuk kesan yang lebih cepat makan satu sudu sebelum sarapan dan sebelum tidur. serum ini boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dengan jus buah-buahan :)

rasa dia? sedap jugak, yang pasti tak pahit atau memualkan. hehe. 

sebenarnya nak cakap, highly recommended untuk orang yang ada parut2 muda nih. sebab sy punya dalam 2 hari parut jerawat dah pudar. rasa macam nak nangis sebab tak perlu risau dah dengan cik J lepas ni. hehe.

till then, take care people!

Monday, August 5, 2013

transformasi dreamer si ikan bilis ke ikan buntal.

Assalamualaikum :)

Dreamer sekarang makin manly. dah gatal sangat. harituh bawa dia balik kuantan dan dia terus fall in love dengan kucing abg kite, lilian. dia berkawan dalam 3 hari lepas tu ambil dia balik kl semula (biasalah hidup kami memang nomad.). by the time sampai kl dia dah angau lain macam dan bising tak ketahuan hala. yang paling rasa macam nak marah bila dia kencing merata :( tapi tu lah, bila nak marah pandai betul ambil hati dan teman kita buat kije depan laptop sampai terhangguk-hangguk dia kat sebelah lappy tu. alolo.. sabar je lah. 

tadi dok browse gambar2 dia masa kecil. kurusnya Ya Allah.. macam ikan bilis! sekarang ni nak dukung pun tak mampu walaupun tiap2 hari kene dukung sebab tu cara nak bagi dia tidur malam2. fuh macam anak dah gaya jaga dreamer ni. tp tu la.. he's my sunshine :')

korang tengok je lah gambar dia masa awal2 ambil dulu.. masa ni 3 bulan x silap. betul2 lepas raya tahun lepas :

kurusnyaaaa

ingatkan masa kecil dah cukup comel..



tapi bila besar lagi comel dan mengada (-_-')


mengantuk sangat dah tu



banyak kali terhangguk, last2 kepala atas laptop dah. huhu


dia memang sangat suka naik kereta :D


gemuk betul sekarang.

ececeh.. konon dah ada girlfren lettew. high taste jugak dreamer ni. bermenantukan lilian :| 
ok lah saja nak share pasal buah hati kite. hehe. take care people!