Sunday, November 2, 2014

checklist diri sebelum nikah

Assalamualaikum and hi :)

pejam celik pejam celik dah nak dekat 3 bulan rupanya nikah. tak sangka dulu masa kenal darjah 6, gaduh2 keliling kelas tiba2 jadi suami. tiap2 hari bangun pagi, pemandangan pertama adalah suami kat sebelah. bahagia Alhamdulillah :)

Haritu ada tulis dekat instagram berkaitan kahwin/nikah. maksud sy dalam instagram tu adalah jika mampu, maka percepatkanlah nikah. tapi iyalah, semuanya bergantung pada kuasa Allah S.W.T. tak semua orang diberi nikmat kawin muda. sy sendiri tak merasa nikmat tu. takde lah tua, tapi by 25 baru nikah. kata orang sedang2 elok.

ada banyak perkara yang kita kena buat checklist sebelum nikah. yang pertama, 'dah sedia ke kita' ni untuk menjadi suami atau isteri seseorang. sigh! part ni sebenarnya kalau nak kira dah sedia ke tak.. sampai bila2 pun tak akan sempurna. tapi berdoalah. berdoa agar jodoh kita dipercepatkan dan jika kita masih lagi kurang yakin dengan diri ini.. maka dekatkan diri pada Allah S.W.T. kalau checklist kita tu penuh demand : nak beriman, jadi imam, hafaz quran, bangun tahajud tengah malam, etc.. check balik diri sendiri.. kita sendiri macam tu tak? kalau sekadar cakap nak, tapi diri sendiri tak usaha untuk menjadi seseorang yang sesuai untuk didampingkan.. susah juga nak dimakbulkan doa tu kan? :')

checklist kedua, restu ibu bapa. terus terang perkara ni adalah perkara yang terpenting kalau nak nikah. sebab tanpa restu mereka, kita ibarat macam menderhaka. but that's for me la. kalau kedua ibu bapa kita kurang berkenan calon kita.. jangan cepat putus asa. kalau kita dan si dia betul2 mahu mendirikan masjid, kejar restu ibu bapa. daripada tak suka, boleh jadi menantu kesayangan.. who knows kan ? :) antara benda yang kita boleh buat, give them time. kadang2 ibu bapa terkejut kita cakap nak kawin. ada parent tindakan refleks mereka marah2, padahal sebenarnya mereka tak bersedia lagi nak lepaskan anak kesayangan mereka. jadi, slow2. tak perlu rushing, tak perlu paksa mereka terima terus. give them time.

checklist ketiga, kira kos kawin dan kos selepas kawin. ini penting ye. lepas kawin lagi penting. rumah, bil elektrik, air, internet, bahan masak, etc. kena kira perkara2 ni cepat2 jadi masa sebelum kahwin pulun kerja habis habisan supaya masa dah kawin nanti tak terkejut kenapa banyak sangat guna duit. lagi bagus kalau before kahwin dah plan perbelanjaan bulanan macam mana. guys kadang2 tak tahu perbelanjaan isi rumah macam mana. so samada the girls boleh bagi roughly idea berapa nak spend utk bahan mentah (masak) atau buan pertama tu jadikan eksperimen. by second and 3rd month tu dah boleh estimate :)

keempat, isteri bukan beban. tapi teammate untuk berjaya. seboleh bolehnya, sebagai isteri jangan jadikan alasan dah ada suami boleh spend sesuka hati ataupun minta suami belanja suka2. but it doesn't mean that si suami buat2 tak faham taknak belanja isteri ye. hehe. btw, what i am trying to say is that, apa yang boleh jimat. berjimat. contoh kalau isteri masak di rumah, dalam seminggu mungkin suami boleh tetapkan 2 kali makan di luar. kiranya off day untuk isteri masak. ataupun, bila suami ada banyak kerja di office, bersihkan rumah, cantikkan diri sendiri. supaya bila husband balik rumah dia akan rasa tenang :)

sindrom lepas kawin mmg naik badan kot? :')
harap2 pada yang tengah cari ilham ke, cari courage untuk nak nikah, nak bagitau parent and all.. may Allah ease your journey! percayalah pada Allah, kun fayakun, semua boleh jadi :)

take care lovelies :)


21 comments:

  1. semoga berbahagia selalu fs :)
    fs tetap gojes macam selalu :)
    ada baby nanti mesti comey :)

    ReplyDelete
  2. sweet....good sharing...semoga bahagia di samping suami..

    ReplyDelete
  3. thanks Aten.. seriously perkara kahwin ni bukan perkara mudah. tak boleh nak ambil mudah kot. nak pikul tanggungjawab jadi isteri and anak bukan benda yang senang. mmg checklist pada diri tu sgt lah penting.

    ReplyDelete
  4. semoga berbahagia kak fatin comey..
    baby akak mesty comey..

    ReplyDelete
  5. saya setuju... (^_^)
    kita kena percaya pada rezeki yg DIA bagi...
    setiap manusia ada bahagiannya...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. good sharing. sedang meniti ke situ. Barakallah kak fatin!

    ReplyDelete
  7. alalalalalla sweet nye akak =)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah.yang dh ada psgan n mampu.boleh kahwin terus.jangan tangguh2.:).barakallah fatin

    ReplyDelete
  9. Tahniah fatin .selamat menjalani hidup baru.Salam perkenalan juga dari saya.saya selalu tengok muka fatin yang glamour ni .Your sharing is very true and nice.Jemput singgah blog saya .banyak info boleh sharing2 kan.tq fatin

    ReplyDelete
  10. memang ramai pasangan yang terlepas pandang untuk menyediakan kewangan untuk kehidupan selepas berkahwin..sebenarnya, lepas berkahwin tu memang memerlukan duit yang agak banyak, especially jika berpindah ke rumah baru..banyak benda yang perlu dibeli, terutamanya kelengkapan untuk memasak..yang perabot2 tu, bolehlah di kemudiankan sehinggan ada duit lebih..

    ReplyDelete
  11. Salam kak fatin, boleh share lebih lagi tentang tips kos perkahwinan tu? Sebab saya pon ada cita cita nak kahwin muda. :)

    ReplyDelete
  12. kak fatin babam sikit, hehe..emm, sentiasa berdoa supaya brjumpa calon :)

    ReplyDelete
  13. ramai juga yg bt loan utk kawin.. lepas kawin anak dah 5 orang pun tak selesai lg masalah kewangan..cuma dgr2 org tua2 duk cerita

    ReplyDelete
  14. salam perkenalan..semoga berbahagia hingga akhir hayat..good sharing...

    ReplyDelete
  15. Salam kenal Fatin! Saya dari team Kumpulbagi.
    Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

    ReplyDelete
  16. Semoga ikatan yang terbina ini sampai hingga ke Syurga sis.
    Salam perkenalan..

    ReplyDelete
  17. pejam celik nanti dah 6 orang anak..huhu...

    semoga berkekalan hingga ke Jannah :)

    ReplyDelete
  18. nmpk special la resepi nie...blh la nk try buat utk hidangan kenduri....thanks for sharing.

    ReplyDelete
  19. hellooo :D I've been curious to know how u deal with things now since u've been someone's wife. I personally think as soon as u become a wife , u'd be bombarded with so much things. do u ever feel any pressure of how many responsible u have to be for plus the burden u gotta carry along on your shoulder? not to mention , your business as well. Just fyi , I've always loved loved loved loved so muchhhh to read your blog. For me its such an inspiration. even if for a second, i'd still look up for your blog just to catch up with whats new. And thanks for still sticking to blogging, i couldnt imagine if u decide to quit it. Reading your blog its like gettin into your life and gettin to know what its like :D i think all the good thing u've been sharing affects my life. makes me wanna work my ass off to be where u r , and made me realize im not the only one going through the rain. I've been doing good things and become a bit emotional especially when it comes to cats yup honestly :) i know u've been through some sort of bad things due to blogging. Nevertheless just as u know . u make some people's lives out there better and become a better person :D so tq for that. Have a lovely dayyyyy !

    ReplyDelete