Recipe : sup sayur dan ayam goreng berempah.
Assalamualaikum.
Masa bulan puasa ni, kalau di kuantan selalu pening kepala. pening sebab tak tahu nak masak apa untuk berbuka. i thought senang je, masak dan siap. tapi ye lah, lauk-lauk yang kita nak masak tu haruslah ada chemistry antara satu sama lain. kalau tak, rasanya macam tak ngam. contoh lauk2 yang ada good combination seperti, ayam/ikan masak lemak cili api + ikan kering + sambal hitam atau ikan singgang + sambal belacan kuinin/mempelam + ikan goreng, etc. ai tulis ni pun kecur air liur ;p. well, you get the idea lah kan. the better the combination, the higher amount of rice you will consume. eh? sangat tak membantu hypothesis itu. (-_-')
sebenarnya hari ni nak share 2 resepi mudah. sup sayur dan ayam berempah. resepi ambil dari buku 1 hari 1 resepi. ada tambah-tambah sikit mengikut citarasa sendiri. biasalah, lain orang lain seleranya. jom tengok resepi :)
SUP SAYUR
bahan-bahan :
bahan A
sebiji brokoli sederhana besar
bunga kobis sederhana besar
setengah batang carrot
garam
bahan B
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam ditumbuk
sedikit lada sulah
2 biji cili merah
1 kiub pati ayam/ ikan bilis
let's do it! :
1. potong semua sayur macam gambar di atas. kemudian cuci sehingga bersih. ingat, hygiene itu penting
ye korang.
2. panaskan minyak dan tumiskan bahan B tadi sehingga wangi.
3. jika nak masukkan ayam/udang/sotong pun boleh. masukkan selepas bahan2 B tadi dah naik bau.
4. masukkan 3 cawan air dan sedikit garam. kacau dan biarkan sehingga mendidih.
5. masukkan bahan A. kacau dan tutup kuali lebih kurang 4-5minit.
6. bila sayur dah mendidih, tutup api dan siap!
harap maklong, gambar dah siap takde. orang sibuk nak mengemas. hehe.
move on to next recipe,
AYAM GORENG BEREMPAH
bahan- bahan :
bahan A
5-6 ketul ayam
1 sudu makan rempah kari
1 sudu makan lada sulah
1 sudu makan serbuk cili
sedikit daun kari
garam
bahan B (dikisar)
5 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai
let's do it! :
1. gaulkan ayam dengan semua bahan.
2. perapkan selama setengah jam.
3. panaskan minyak dengan kuantiti yang amat sangat banyak dan goreng.
4. angkat, toskan minyak dan siap!
selamat mencuba uolls :)
nanti boleh try pulak ;)
ReplyDeleteoh i really need this...thx!>
ReplyDeletelooks yummy! :DD
ReplyDeletetengok gambar pun dah terliur la hehehe
ReplyDeletemmm...sedapnya ayam goreng berempah.btw,kak fatin tgk eh drama scent of a woman?
ReplyDeleteLooking great!
ReplyDeletehttp://igossiprizal.blogspot.com/2012/08/idefine-best-friend.html
dah terbayang dah kesedapan you masak ni :)
ReplyDeleteayam goreng berempah!! akan dicuba..thanks sis!! =D
ReplyDeleteolla..cumey la tuan blog ni..:-)
ReplyDeleteolla..cumey la empnya blog ni..:-)
ReplyDeleteadeh...boleh batal puase nih..dah terlur nie..
ReplyDeleteSedapnyeeee...
ReplyDelete