Friday, February 12, 2016

Resepi : Simple Italian Pizza

Assalamualaikum and hi :)

Been trying lots of new recipe almost everyday. sebab asyik sama je makan kadang2 bosan jugak kan. harini try buat Italian Pizza ala2 Margarita Pizza tapi bahan2 lebih meriah :)

Sebenarnya baru berjinak jinak untuk try guna fresh herbs tapi susahnyeee nak dapat. dah la harga boleh tahan. rasa2 nak kena tanam dalam pasu kot. senang bila nak je, boleh petik. tapi apa yang bestnya, fresh herbs ni guna sikit je. rasa dia kuat. for instance, i've been using fresh basil for Tomato Passata. n letak dalam 3 helai daun je. rasa dia just nice :)

Ok dah, jom tengok resepi!

SIMPLE ITALIAN PIZZA

Untuk Doh Pizza :
2 1/2 -3 cawan tepung gandum/ tepung serbaguna
1 cawan air
1 paket yis 11g
1 sudu kecil gula
secubit garam

Tomato Passata :
2 biji tomato size sederhana diblender -make sure masak ranum
mixed herbs - sy guna brand masterfood
oregano -sy guna brand masterfood
3 ulas bawang putih- dicincang halus
3 helai basil leaves
garam

Topping Pizza :
3-4 ulas bawang putih dicincang
1/2 lada benggala dipotong dadu -sy guna warna kuning
2 biji sosej lada hitam dipotong
1/2 biji tomato dipotong dadu
mozarella cheese -sebanyak mana yang korang suka
buah zaitun dipotong bulat2
basil leaves
mixed herbs
oregano
black pepper coarse 

Cara-Cara :

1. Mula-mula kita buat doh dahulu. masukkan semua bahan tu dan uli dengan tangan sampai sebati. agak2 kalau lembik sangat tambah tepung sikit lagi. biarkan dalam setengah jam (lagi lama lagi bagus). ketepikan

2. Panaskan oven 180c. Then kita boleh la buat Passata sauce. kalau malas boleh je beli pasta sauce dalam tin kat mana2 groceries. tapi kalau rajin skit boleh la buat sendiri. mudah je sebenarnya. The origanal Passata ni dgr kata hanyalah menggunakan tomato yang masak ranum. tu je bahannya. tapi for me, kalau campur a bit of other ingredients pun sodapp.


3. Panaskan periuk dengan olive oil. then letak bawang putih. agak2 dah naik bau, masukkan semua bahan2 utk buat sauce ni tadi. tak perlu tunggu mendidih. bila dah agak2 panas boleh tutup dapur. rasa tau ok ke tak sauce ni. it should be very light n a bit masam from tomato.

4. Bila sos dah siap, ambil pan pizza or mana2 loyang yang korang ada dan ratakan doh tadi. kalau boleh buat senipis yang mungkin sebab nanti pizza ni naik jugak doh nye. tapi sebelum letak doh, make sure letak olive oil skit atas pan untuk doh tu tak melekat bila dah masak nanti.

5. Bila dah ratakan, boleh letak Passata sauce. ratakan jugak.



6. lepas tu boleh la letak segala topping yang ada. sy suka extra cheeseee. i put some smoked cheese with herbs. kalau takde pun takpe. boleh guna mozarella shj :)


7. dah hias cantik-cantik boleh la masukkan dalam oven. suhu 180c selama 20 minit. depends dengan size pizza, after 20 mins tu korang check la ye dah masak ke belum.


8. Siappp! please makan panas2 okay. meleleh cheese tu tak tahan. ditambah dengan Olive, capcicum , garlic, herbs.. memang confirm korang akan buat banyak kali lepas ni. ahah. topping tu boleh tukar2 ikut kreativiti korang sendiri :)


Pengkritik tetap dekat rumah. thank you husband :) ok dah boleh try buat Pizza ni ! omnomnom, kbai nak tengok dapur ada bahan apa untuk buat kek memalam buta ni. 

take care people ;)

5 comments:

  1. Waalaikummussalam
    Resipi yang menarik.....
    Time panas mkn perghhhhh
    Terangkat habissssssss.

    ReplyDelete
  2. I felt hungry when I saw these pictures, I can not wait to go out and looking around. Thanks for give sharing this to all together.

    Regards - Blot Tutorial Supporter

    ReplyDelete
  3. Boleh try ni.Macam best jer.terliur plak ittew tengok..hiks!

    Btw salam singgah

    ReplyDelete