Unite for Malaysia Parade.

Assalamualaikum and hi :)

dulu masa kat sekolah selalu excited masa merdeka sebab masa tu lah jadi orang paling busy dengan persembahan. sebab dulu pengawas sekolah so suke cakap kat cikgu time kelas nak keluar awal konon ade hal tapi sebenarnya pergi practise syair, pantun, lagu merdeka kat dewan or bilik kaunseling (sebab baik ngan cikgu kaunseling dulu naib pengerusi kelab ni pulak kan hewhewhew). disebabkan sy ni jenis cerewet dan dari dulu kalau nak buat sesuatu memang sy nak buat dari awal sampai akhir, jadi segala lirik, lagu sume nak buat sendiri. iye, bukan minus one ye. sendiri buat. lagi2 kalau syair dan pantun.. kata pemantun terbaik kuantan 3 years in a row. awhh ;p

but did you know the reasons why i love bahasa and literature so much? because of Malaysia itself. abah memang suka berpantun dan lagu2 melayu klasik and i think it turns out i'm the one out of 4 siblings who love the same things as abah. we talked a lot about arts and literature. disebabkan abah suka cerita sejarah2 melayu dahulu sy rasa perjuangan pahlawan2 kita tiada galang gantinya. bukan senang untuk sesebuah negara mencapai kemerdekaan. dan bukan senang untuk sesebuah negara memastikan kestabilan negara. for that, i thanked Allah for giving us such a beautiful country to live in. Alhamdulillah :)

sebenarnya ada banyak perkara yang kita boleh buat untuk menunjukkan rasa kecintaan kita pada negara tau. contohnya letak bendera dekat kereta, membaca buku2 berkaitan sejarah malaysia, ataupun join Unite for Malaysia Parade. haaa.. korang sure tak tahu march for malaysia tu macam mana kan. hee. i am soo excited to tell you! begini, memang ramai orang yang nak berbaris semasa merdeka kan. tapi tak semua beruntung. mungkin ada yang berkerja time tu, atau ada di luar malaysia, atau banyak halangan semasa 31 Ogos tu nanti. apa yang #unite4msia buat adalah, mereka membuat satu apps di website dimana kita semua boleh march virtually! moden khennn. jom lah buat korang! it is fun :D

disini korang boleh submit gambar korang dan walla! you will be featured as one of the people who march for merdeka virtually. first of all, what you should do is go HERE. then you will see this :



korang terus dengan usaha gigih pergi ke browse photo untuk letak gambar yang ada unsur patriotik. kalau tak ada pun tak apa sebab nanti masa kat message tu kite boleh tulis dedikasi kita kepada malaysia. best kot!


selesai buat tu semua nanti ada pop up cakap macam ni :


weee.. dah siapppp! then kite boleh lah tengok diri sendiri marching dekat dataran merdeka!



senang, mudah dan best kan? do join this campaign as it will show how much Malaysia means to you. once u guys dah buat ni, do hashtag #unite4msia when u submit ya? korang memang terbaik!

Pohon cemara molek tumbuhnya,
Dibalik tualang didalam taman,
Cinta negara berbeda rasanya,
Takkan hilang ditelan zaman.


Selamat Hari Merdeka yang ke 56 Malaysia!

Comments

  1. chewah...cantik pantunnye...

    Semalam plan shopping di pekan,
    Lastly pergi jln2 ke Muar,
    Salam Merdeka saya ucapkan,
    Untuk Fatin & blogger semua.

    Salam Merdeka!!!!!

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. selamat hari kemerdekaan ke56..:)

    ReplyDelete
  3. FS pemantun ke ??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts