Tuesday, May 7, 2013

resepi : moist rainbow cake

Assalamualaikum and hi :)

balik kuantan last week setiap hari baking. sampai umi tanye awak buat sume ni untuk sape? wuu. tu la masalahnya suka buat tapi tak makan. bile dah siap terus kenyang. aci tak? berharapdiricepatkuruspadahalsampaikesudahtak. tapi nasib baik lah kebetulan ramai org datang rumah time baru2 ni, jadi meriah lah uolls rumah ai dengan segala macam kek red velvet lah, cookies lah.   petandasusahkurus. dalam banyak2 yang buat, kek kukus pelangi ni first time buat dan menjadi. personally, sy memang suka buat cake yang cara masaknya guna bain marie (stim bath) sebab cake akan jadi lebih moist dan lembut. suke! skang ni cheesecake pun sy guna cara bain marie. sumpah sedapp. lepas tu atas cheesecake letak homemade caramel. ahh.. heaven! ok resepi tu nanti kite letak eh, slalu buat tapi tak berkesempatan nak ambil gambar. so harini kite share kek kukus pelangi dulu ya? :)

resepi asal sy ambil di sini, which is sepatutnya ada karamel kat atas. but instead sy letak oreo crumbs je. thanks!

Moist Rainbow Cake

bahan-bahan (untuk loyang bersaiz 8 inch) 

adunan 1 (meringue) :
6 biji putih telur
40g gula kastor

cara-cara :

1. pukul putih telur sehingga berbuih.
2. masukkan gula kastor dan pukul guna speed yg tinggi sampai jadi warna putih dan kental.
3.kalau nak tahu meringue kita jadi ke tak, terbalikkan mangkuk yang kita pukul tadi tu. kalau bahannya tak jatuh, maknanya betul lah tu :) if still macam nak jatuh, keep on pukul untill dapat hasil yang betul okay?
4. letak meringue di dalam bekas lain dan ketepikan. gunakan bekas mixer yang sama (x perlu basuh) untuk buat adunan kedua.

adunan 2 :
3 biji kuning telur (ambil dari telur yang kite buat meringue tadi)
130 ml air
50 ml air masak
40g gula kastor
150 tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh perisa ros

cara-cara :

1. ayak tepung dengan baking powder, ketepikan.
2. pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
3. masukkan gula kastor n pukul lagi sampai kembang then matikan mixer.
4. then ambil senduk kayu dan masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum+baking powder tadi. kaup rata dan guna kaedah kaup balik. make sure kaup tepung tu very gentle tau supaya tak merosakkan kekembangan adunan yang sedia ada kembang semangkuk tu tadi. reminder, jgn ngengada nak kacau macam buat jemput tu.
5. bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama rata dan warnakan setiap bahagian dengan warna pilihan korang. ai pilih blue, red and green :)

cara membuat layer :

4 sudu besar hijau diletakan di tengah2 loyang.
4 sudu besar merah diletakkan di tengah2 adunan hijau
4 sudu besar biru diletakkan di tengah2 adunan merah
ulang sebanyak 2 kali lagi

3 sudu besar hijau diletakkan di tengah2 adunan biru
3 sudu besar merah diletakkan di tengah2 adunan hijau
3 sudu besar biru diletakkan di tengah2 adunan merah
ulang sebanyak 3 kali lagi

2 sudu besar hijau diletakkan di tengah2 adunan biru
2 sudu besar merah diletakkan di tengah2 adunan hijau
2 sudu besar biru diletakkan di tengah2 adunan merah
ulang sebanyak 2 kali lagi

1 sudu besar hijau diletakkan di tengah2 adunan biru
1 sudu besar merah diletakkan di tengah2 adunan hijau
1 sudu besar biru diletakkan di tengah2 adunan merah
ulang sampai habis warna2 tu sume

bakar :
masa nak start buat adunan kedua sy start panaskan oven. sy letak 160, then masa nak masukkan kek ke dalam oven, sy rendahkan skit ke 150.
ingat! masak dengan kaedah double boiler/bain marie tau. double boiler ni caranya, ambil loyang yang lebih besar dari loyang yang kite letak cake tadi, dan isikan air. kemudian letakkan loyang kek ke dalam loyang besar berisi air td tapi make sure air jangan terlalu banyak. tips, jgn bagi sehingga loyang cake terapung.
masukkan 2 in 1 loyang tadi ke dalam oven dan tunggu around 40-50 mins.
bila dah masak, biarkan kek sejuk dulu dalam 10 mins kemudian barulah terbalikkan.
siap!




nilah hasil kek kitee. ihiks. kalau nak lawa lagi buat dlm loyang bulat. bila potong lagi cantik coraknya :)
selamat mencuba korang! :)

20 comments:

  1. hehe...comelnya kek kak fatin. :D secomel kak fatin. hee~

    ReplyDelete
  2. wah...bestnye...bole try....thanks fatin :-)

    ReplyDelete
  3. aaaa...so pretty..perut pn pelangi pas mkn,hahah..
    http://dirihani.blogspot.com/2013/05/stay-fit.html

    ReplyDelete
  4. Nampak sangat sedap! Mungkin boleh cuba bila ada masa kosong nnti :)

    ReplyDelete
  5. kak fatin duduk kuantan kan? nak datanglah rumah kak fatin macam ni. hihihi

    ReplyDelete
  6. nampak cam sedapnyer......blh try ni..

    http://farahaanna.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. warna dia tu,seleraaaaku datanggggggggg dengan ekstremnya T_T

    ReplyDelete
  8. nampak mcm complicated jer nak buat nih.. maybe kalau tengok video senang sikit kot,kotlah kan..

    ReplyDelete
  9. looks delicious !
    good job sis ! I wonder I can bake cakes like that ... look at the textures , so yummillicios >_<

    ReplyDelete
  10. Minyak masak ke air masak? Kompius nk try ni nnt...

    ReplyDelete
  11. wahhh macam sedap.. kaler sgt menarik! ^^

    ReplyDelete
  12. maknanya bakar gna api bawah je la ek,,,,wpun double boil ye..

    ReplyDelete
  13. maknanya bakar gna api bawah je la kan....wpun gna doble boil..atau bakar atasbawah????

    ReplyDelete
  14. sdapnye nampakkk..nyum2..kene try nih!;)
    jemput singgah blog sy ye fatin :)
    personal blog: queeny-wany.blogspot.com
    blogshop: www.dewaniescarf.com

    ReplyDelete
  15. akk nk amek gmbr kek tu ya ! hihi thanks for the recipe :)

    ReplyDelete
  16. meringue nak masukkan bila..agak keliru..maaf bertanya..

    ReplyDelete
  17. wah. rainbow betul. hehe... cheese kek pon belom buat-buat lagi. resepi bersusun tggu turn. pemalas kan. haha.

    ReplyDelete