Friday, June 14, 2013

poshe

Assalamualaikum and hi.

i hope you guys can contribute something from here, Insha-Allah. feel free to read :)

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) “Love and Hope” akan diadakan di Rumah Perlindungan POSHE (Positive Shelter Home) pada 30 Jun 2013 (Ahad).

Untuk makluman, Rumah Perlindungan POSHE adalah sebuah rumah perantaraan (half-way-home) dan rumah perlindungan untuk kanak-kanak yatim pembawa HIV. Rumah tersebut kini mempunyai 10 orang kanak-kanak yatim dalam lingkungan umur antara 11 tahun hingga 18 tahun yang menjadi mangsa HIV Positif yang diwarisi dan mereka bergantung sepenuhnya pada ubat-ubatan.

Antara aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut adalah pembelian beberapa peralatan baru seperti katil, almari baju, tilam, cadar, bantal, peti ais, mesin basuh, dan almari buku serta mewujudkan sebuah Perpustakaan Mini bagi tujuan kemudahan pembelajaran berterusan bagi kanak-kanak yatim tersebut,.

Sehubungan itu, jasa baik dan kerjasama daripada semua amat diharapkan bagi bersama-sama menyumbang mengikut keupayaan yang ada  untuk membantu kanak-kanak yatim ini supaya mereka juga dapat menikmati kehidupan yang sempurna seperti kanak-kanak yang lain. Sumbangan ini amatlah penting bagi meniupkan semangat kepada kanak-kanak tersebut supaya mereka tidak merasa tersisih dan terpinggir dek kerana kekurangan dan kemiskinan hidup.




“Berinfaqlah wahai anak Adam, niscaya engkau akan diberi balasan/ gantinya” (HR. Bukhari dan Muslim)

4 comments:

  1. InsyaALLAH fatin..btw,tq for sharing this :)

    ReplyDelete
  2. Area bandar tun razak dan nak berpindah ke kg bukit kerayong, klang

    ReplyDelete