antara cara untuk dapatkan pahala.

Assalamualaikum and hi :)

Sekejap je rasa dah nak raya. kita dahpun meniti ke 10 malam terakhir. kalau kat kuantan, sy pasti menanti 10 malam terakhir ni sebab masjid2 ada buat solat tasbih, solat taubat dan solat hajat. tak sah kalau tak pergi dan bertaubat sesungguhnya. memang airmata macam air terjun sewaktu solat.. mengenangkan dosa2 kita yang lalu.. :'( tapi bukanlah di kuantan sahaja.. di mana2 tempat pun ada.. in fact di rumah pun boleh. cumanya sy suka dengan pembawakan seorang ustaz ni semasa dia jadi imam untuk solat tasbih. sebab hati rasa sangat sayu dan dekat dengan Allah..

kadang-kadang bila kita sibuk nak mencari harta duniawi kita terlupa sebenarnya nak mencari harta akhirat. ingatlah kawan2.. dunia itu hanyalah sementara dan penuh dengan tipu daya, sebaliknya akhirat itu jualah tempat sebenar-benarnya dan akhirnya kita nanti. bayangkan macam ni lah, kita banyaaak sangat kumpul harta di dunia, akhirnya kita akan hidup dengan penuh kesenangan di dunia ini sebab kita dah prepare banyak harta. jadi, cuba bayangkan pula, Allah bagi kita hidup sampai sekarang.. dan kita kumpul sikit2 harta akhirat kita setiap hari.. Masha-Allah.. agak2 boleh jadi jutawan dah kita kan? hihi. lagi lama kita hidup, lagi banyak cabaran, tapi lagi banyak harta akhirat yang kita boleh bawa. kita pesan dekat diri kita macam tu okay? :)

A friend of mine anak kepada pengetua this one sekolah agama di Sarawak. Madrasah Al-Khairat namanya. sekarang ni sedang mencari dana untuk membuat bangunan. sy rasa tak ada salahnya kalau kita sama2, sikit2 hulur bantuan ikhlas. walaupun kita bagi RM1, tapi dengan niat yang ikhlas untuk membantu.. Insha-Allah.. nilai RM1 besar nilainya untuk pahala yang kita bakal dapat :')




semoga sumbangan korang semua dapat merealisasikan impian mereka untuk menanmbahkan bangunan bagi memudahkan proses pembelajaran. selama mana mereka menggunakan bangunan itu, selama itulah pahala derma kita tu dapat kat kita. best kan? kalau mereka yang tak mampu, doakanlah yang baik2 untuk mereka, mudah mudahan ada pahala untuk kita. Aminn :)

Comments

Post a Comment

Popular Posts