Saturday, July 6, 2013

should we cook even if it just for ourself?

Assalamualaikum and hi :)

dah 2 hari balik dari UK tapi time tidur still ke laut. first day tu bangun pukul 1 kot! sebab malamnya tak boleh tidur. lepas tu mula lah gejala-gejala anti sosial seperti duduk terperap di rumah (walaupun setiap hari kena keluar jugak untuk keje jumpa client/tailor) selama mungkin. since i'm doing online business, sebenarnya boleh aja tak keluar rumah langsung. in fact pernah tak keluar rumah in 2 days. lepas tu sakit kepala. rasakan.

most of my friends who came to my house, memang jarang sy bawak makan di luar. usually masak je. dan kalau sendiri pun.. memang masak. so the other day, one of my friend asked me if is it worth to cook even if it just for ourself?

my answer is, yes if u live in kl. lolz. geram tahu makanan2 dekat sini ada yang tak fresh. sy sendiri dah beberapa kali kena masa nak beli lauk, udang hanyir, ayam busuk. sigh. sedih tahu. daripada tengah lapar2 terus tak ada selera langsung. lepas tu mula lah rasa nak pecut balik kuantan sebab seafood dekat beserah segar dari laut dan makan ayam kampung sebab abang ternak. oh bestnya. umi sangat memahami, so kalau dia datang dari kuantan dia akan bawa fresh raw material. gittew ingat ni kilang. jadi makanlah sy makanan yang fresh. wewewe.

tapi tak lah semuanya tak fresh kat kl ni. ada je. cuma. mungkin sebab sy dah terbiasa macam tu. or sebab sy ni je yang kurang bernasib baik masa beli makanan. tssk.

bagi yang kata leceh nak masak sebab takes time.. sebenarnya tak jugak. sy biasanya akan buat paste untuk masakan apa2 dulu then letak je dalam peti for few days. bila lapar keluarkan, sambil2 kemas rumah and mandi. bila paste dah agak2 lembut barulah masak. sekejapp je :')
sapa kata makan sorang tak boleh feeling2 fine dining? tehee. butter prawn feveretkuu.

mee kari. buat  paste je. lapar pandai2 la godek peti tu. 

soto ayam

nasi goreng belacan
paling selalu buat this one sambal. sebabnya this particular sambal bagi sy boleh guna untuk buat perencah nasi goreng, sambal penyet (the taste macam sambal penyet wong solo), masak lauk -ayam masak merah (boleh letak sikit2), kentang masak sambal pedas, etc. serius banyak kegunaaaaan. dah la senang nak buat. buat banyak2 lepas tu letak je dalam tupperware then simpan dalam peti. hehe.

meh kite ajar buat sambal ni. omgeee. tatau nak bagi nama ape sambal ni. korang buat nanti korang gtau lah nama apa yang sesuai eh? sy main reka ikut selera, tibe2 sedap pulak n ramai tanya.

Paste sambal

1 labu bawang putih (dalam 10 ulas)
10 ulas cili kering
2 biji cili padi (kalau korang yg suka extreme pedas je tau)
setengah genggam ikan bilis kecil 
halia 
belacan


cara-cara
1. bersihkan semua bahan.
2. guna lesung batu azimat korang, masukkan bawang putih, cili kering, cili padi, ikan bilis 
dan halia. tumbuk sampai hampir2 lumat. kalau nak blender pun boleh,
tapi sy guna cara tradisional je.
3. lepas tu barulah letak belacan dan tumbuk. masa tu korang boleh la agak2 rasanya.
kalau dah cukup rasa ok lah. kalau tak, tambahlah lagi :)
4. boleh simpan dalam tupperware.

masakan yang korang boleh gunakan sambal ni :

sambal penyet : tumis atas dapur dengan minyak sederhana. agak2 dah naik bau. tutup api. makan dgn ulam, ayam penyet, kicap abc n nasi panas. sedap!

udang balado petai : tumis dengan minyak. masukkan petai, daun limau purut. bila dah naik bau masukkan udang. tunggu sampai udang masak. siapp.

nasi goreng : tumis atas dapur. masukkan serbuk perencah nasi goreng ikan bilis pilihan korang + kiub ayam. kacau sampai naik bau. masukkan nasi + sayur campur. bila dah sebati, pecahkan telur dan gaul sampai rata. siapp

masak sambal kentang : tumis atas dapur. masukkan daun limau dan gula. gaul. kemudian letak kentang yang dah digoreng. gaul rata dan letakkan sedikit air asam jawa. bila dah masak, angkat dan siapp :D

so takde alasan dah lapar dan kena makan kat luar. marilah kita start shopping groceries. jimat pun jimat. hihi. hopefully korang dapat la sedikit sebanyak info dari sy :)

teruja mata jadi besar. thanks cikqu for the makeup! blh check ig dia.
take care people and have a nice day :)

24 comments:

  1. lawaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! okay. pengsan.

    ReplyDelete
  2. thanks for the recipes! i will try it :)

    ReplyDelete
  3. Cantik sangat! huhu. *pengsan gak cam Yuyu.. *ahhh...sambil tangan di dahi, jatuh mengiring. hahhaa..

    aritu beli buku ni, depan di Gambar dato Siti.. ada blogger top di Malaysia, semua blogger pakai tudung, tahniah, u are one of them, campur Yuyu, Maria.. tahniah...

    ReplyDelete
  4. yuyu..jom pengsan same2,,,cantik yg amat!!

    ReplyDelete
  5. Itu smua masak sendiri ke? Sebijik makanan hotel ^~^
    erm, lapar pulak.

    ReplyDelete
  6. woowwww boleh masuk masterchef ni,,,

    ReplyDelete
  7. dak fatin. seafood beserah tu yg kdi east steambiat ke tu..kiteorg ktn gak..aritu kite lalu dpn umah fatin..dpn umah fatin umah pengarah kite..knl x

    ReplyDelete
  8. dak fatin comey.hehe..steamboat fresh kat beserah tu..east steamboat ke..kte dak kuantn gak..ritu jejaln kat area umah fatin...lalu dpn umah fatin..cntknye umah..dpn umah fatin rumh pengarahkite tau..hehe

    ReplyDelete
  9. awak nie dah lah cantik, pandai memasak dan rajin memasak jugak..:)
    semoga cepat2 bertemu jodoh, dah bleh makan berdua..sweet gtue..hhehehhe..(^___^)

    ReplyDelete
  10. ok akak sgt comel! mcm diana amir pun ade gop. hihi. tqsm for the info. :)

    ReplyDelete
  11. cantik dan pandai masak :)

    ReplyDelete
  12. terima kasih kak fatin bagi tips..boleh cuba buat stock sambal belacan untuk sebulan ni. heheh

    ReplyDelete
  13. Menarikk! nak cuba wat jugak.. btw fatenn comeii! :)

    ReplyDelete
  14. Cantikk awokk ;) n resepi2 tu nnt kite pon nak try jugak.hee

    ReplyDelete
  15. Menarikk! nak cuba wat jugak.. btw fatenn comeii! :)

    ReplyDelete
  16. Menarik resipi sambal ni. Nk cuba hari ni juga...

    ReplyDelete
  17. kita pun selalu shopping groceries..haha..memang jimat byk lak tu..lagi2 spesies kuat makan mcm kita

    ReplyDelete