Friday, September 20, 2013

Covergirl for Hijabista and Eternity magazine.(oct 2013 issue)

Assalamualaikum and hi :)

tajuk entry taknak skema lagi kan. hehe. tapi itulah.. Alhamdulillah! dulu2 masa sekolah from 4-5 selalu berangan bila tengok magazine.. bilalah nak jadi front cover magazine. tapi memang tak yakin dengan diri sendiri sebab rendah, gelap dan berjerawat pulak tu. omgee. cukup semua sifat untuk jadi rendah diri dan tak confident. but at that time, i still love my life since i have beautiful family and friends :) cuma biasalah, remaja. selalu ada perasaan nak sesuatu yang nampak macam mustahil.

tapi nama pun impossible. I-AM-POSSIBLE to do it. selalu cakap macam tu dekat diri sendiri dan senyum :)

macam nak beli kamera sony idaman almost 2 tahun lepas. nak minta duit abah.. macam segan je. tgk harga dalam 2 ribu lebih. uih.. mahal nyee lah. tp sebab org2 sekeliling cakap impossible. memang main api lah kan. i am possible to have it. jadi buatlah budgeting untuk nak dapatkan kamera tu dalam sebulan lebih dan taat dengan jadual pengeluaran duit. sakit memang sakit, tapi.. kalau dah nak. semua pun jadi. tehehe.

the reason sy bagitahu ni bukanlah sebab nak bangga diri ke apa, nauzubillah! tapi sebab sy rasa diri sendiri kena ada perasaan : 1) tahu apa yang kita nak dalam hidup. meaning short term and long term. 2) perasaan disiplin dan tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu supaya apa yang kita mahukan, tercapai. 

jadi masa dah habis sekolah tu, masuk uitm jengka dan aktif dengan MPP dan tak terfikir lah dengan benda2 modelling cantik2 semua ni. cuma, suka jugaklah tengok orang2 cantik ni. sape tak kan. ehe. entah macam mana kawan sekolah,Qoma ajak pegi karangkraf sebab minta tlg jadi model bidan terjun dia. gelabah lah kan. start dari situ, editor tu keep on panggil dan a month later, sy jadi covergirl majalah dara.com :) maluuu sangat mula2 tu sebab tgk muka ade kat mana2. macam.. hishh. nak sorokkan semua bg org takyah beli. tapi, dah sape yang nak involve in the first place kan. tssk.

n kebetulan my brother annaseaskey pun study uitm jengka, jadi kami sama2 mula karier ni. annas start pinjam2 kamera kawan2 dan me n annas will go explore hutan2 kat jengka n ambil gambar. masa tu memang tak ada apa2 lagi la fb ni. yang shooting2 model sume. penat tapi best sebab, masa kat kelas rasa macam student u, habis kelas pegi office mpp n buat kerja2 uni n handle student n event kat uni jadi rasa macam org besar sbb keje-haha, then petang tu g amik gambar suka2. kira boleh release stress jugak la. 

so that's how it all begins :)

dah la kite nak tunjuk gambar pulak. hee.

for Hijabista magazine,  shoot ni masa bulan puasa. walaupun masing2 tengah puasa tapi energy tetap ada! mungkin sebab terlebih excited agaknya. hehe. sy digandingkan dengan peguam fashionista, raja nadia sabrina. known her last year at karangkraf too. we were talking and didn't know that my cousin is her friend sebenarnya. what a small world. she is very soft spoken and i bet that is how her husband kept on falling for her. if he's not, then it is me who fall for her ;p


thank you kak mas and kak fiza makeup kami cantik2 :D

anddd the outcome :)




sneak peak je tuuu. nak tahu lebih lanjut sila beli majalah Hijabista ye. and don't forget to follow their fb fanpage!

next is Eternity magazine. it is actually an online magazine n shooting ni dah 3-4 bulan lepas. korang boleh pergi ke mediaglam.com dan boleh baca issue sept-oct disana. sy sangat teruja sebabbbb sebelum2 ni anuar zain pernah jadi cover untuk eternity. sebak tahu sebab dia crush sekolah menengah sy :')

terima kasih kepada crew eternity terutama kak Aisyah sebab sabar dengan sy. bayangkanlah, few days sebelum shooting tu sy kena samun. hp semua hilang.. memang dugaan sangat masa tu. Alhamdulillah everything went well after that :)




nak baca lebih lanjut magazine Eternity boleh klik sini. dan jangan lupa like mereka di facebook :D



sekian itu sahaja dari saya. terima kasih sudi bacaa. next entry nak cakap pasal impian kitee. stay tune tau! *konon macam rancangan tv lettew.

tata! take care people :)

25 comments:

  1. kak aten kite pun uitm jengka jugaks! ihiksss
    tp kite bru je habis ni. next year sambung degree at uitm. akak skrg degree ke atau master atau lain2? ahaks. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Amira! wee.. jengkarians rocks! kawan2 kaktin cakap jengka da makin maju kan. untunglah zaman korang. huhu. kaktin dah habis degree kt shah alam. skang buat online business :)

      Delete
    2. wah~ akak dah hbs degree. congrats.. bru terhegeh2 nk terserempak dgn akak kt shah alam. haha :3
      haah kak~~~ seriously stesen bas jengka maju mcm kt TBS. lawa sgt. pastu byk kedai baru bukak. dah takde old town. cuma old town cafe tak buka. hihi.

      Delete
  2. tahniah :) cover untuk mag Eternity tuh lawa giler.

    ReplyDelete
  3. kena samun? aishhh scary nye. nasib baik nothing serious happen kn? hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak la.. kena lebih berhati2 sekarang ni..

      Delete
  4. Kak fatin bila nak update yg pegi istanbul tu? Lama dah tunggu haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huahhh.. kan lame dahh. harap2 jiwa rajin update pasal istanbul. tehehe.

      Delete
  5. Congrats dear!
    Nice one..

    Btw, jemput singgah ke blog saya..

    http://sayasukavitamin.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. im happy for you fatin. tiba2. tak tau la kenapa :)

    ReplyDelete
  7. im happy for you fatin.tiba2.tak tau kenapa.heee :D

    ReplyDelete
  8. suka baca blog kak fatin , u gave inspiration to me, syg kak fatin ><

    ReplyDelete
  9. kak fatin, bila boleh beli lagi skirt cotton byfatinsuhana tu?? dah lama tunggu update.tp takde pun

    ReplyDelete