Tuesday, April 19, 2016

About me.

Assalamualaikum and Hi,


Sebenarnya banyak benda nak kena settle esok. but i need a rest from doing those things for a while. Setiap hari akan ada benda baru yang kena buat. Dulu benda yang buat semua seronok sebab tanggungjawab tak banyak. tapi bila sekarang, i criedddd. haha. tak lah sampai menangis, tapi business is a serious matter. certain people akan ada time kerja mereka, such as 9am to 5pm. tapi untuk kebanyakan orang yang buat business (at least for me an husband), dari buka mata sampai tutup mata (tidur) tu la time kerja kami :')

Bangun pagi kat atas katil pun dah start buat kerja. me with laptop husband with phone. keluar rumah dalam kereta bincang pasal staff, kilang, tailor, branches kedai, design and all. kira tiap2 hari meeting dalam kereta. huhu. masuk office terus buat perkara yang bincang dalam kereta. kalau tak ke office pergi ke kilang check production and all.

And sebab sekarang tengah buat production raya.. harapan lah nak balik rumah kul 8. harini pun balik kul 11. BUT. i do enjoy this. entah lah. penat. tapi seronok. kadang kadang tak sabar nak tunggu esok. sebab nak buat banyak benda. and i am glad suami pun macam tu.

So sebab kehidupan sibuk ni bermula dari lepas kawin.. ramai lah tanya.. kot kot sebab sibuk tak ada anak lagi. hmm. I really can't answer that. Setiap rezeki yang Allah bagi tu seharusnya kita syukur. mungkin rezeki anak akan menyusul, tapi mungkin sekarang Dia bagi rezeki tang lain dulu.

Tipulah kalau tak sedih. sedih. i cried. i do have feelings. mungkin sebab tu lagi sedih, lagi i sibukkan diri i. hmm sebenarnya tak ada niat pun nak tulis pasal ni. tapi biasanya time menulis ni lah apa yang tersirat kat hati kita ni diluahkan. 

Doakan Fatin pregnant and my pregnancy will be a smooth one ya? Kalau pregnant confirm nak rehat and jaga betul2 unlike my first pregnancy. i was too naive ingatkan boleh lasak. ingatkan ok tak cukup tidur. ingatkan okay tengah2 malam jumpa tailor kat tingkat 3 ukur baju satu2 nak make sure baju perfect. semua sebab "ingatkan" :'(



Thank you husband for being there for me. for reminding me how Allah's will is the greatest power of all. A true sweetheart you are my love :)

Till then, 
Take care people!

8 comments:

  1. Teruskan doa dan usaha dear Fatin. Allah knows best. Semua yang terjadi pasti ada hikmahNya. Jangan dengar dan simpan sangat kata-kata orang yang menyedihkan hati. Be positive and have faith in Him :) Semoga Fatin dan suami dimurahkan rezeki selalu.

    ReplyDelete
  2. Betul kte buat biz kje dr start bkak mata sampai tertidur (kalau boleh taknak tidur lagi tu) Plus akak kje smbil jg anak sendiri lg n buat all d housework by myself, xde maid plk. Fleksibility bekerja sendiri ni tak la semudah yg disangka but I know both of u were doing such a great things together. I hope u guys will enjoy ur life just d way u are & May Allah SWT fulfill ur wish soon. Amin..

    ReplyDelete
  3. Indeed, business is a serious matter. As long as u have the passion, u will enjoy it no matter how tiring it is :)

    ReplyDelete
  4. semoga hidup diberkati dan dilimpahkan rezeki

    ReplyDelete
  5. Assalam fatin.. akak follow fatin since fatin bujang lg.. sampai skrg..

    akak pun sama cam fatin.. 10thn xde anak tu takyah cite mcm mana perasaan..mcm mana nak handle perasaan sendiri dan org lain. Tahun 1-3 tu plg mencabar sbb x reti nak kontrol marah & sedih bila teringat or nak jawab soalan2 org.

    thn ni thn ke-10..dah x terjawab...org tanya..kita senyum & diam. cukup masa insyaallah kalau ada rezeki anak, Allah akan bagi. Sekurang2nya kita bertuah dpt merasa preggy sekejap berbanding dgn org lain yg x pernah langsung merasa. Bila teringat blk yg tu, akak rasa bersyukur dan redha balik dgn perjalanan hidup ni. :)

    ReplyDelete
  6. InshaaAllah sayang. Allah swt ada perancangan yang lebih baik. Percaya pada janji Allah swt. Kalau kita bersungguh-sungguh minta dan doa pada-Nya, dengan izin-Nya apa yang kita minta tu dapat.

    ReplyDelete
  7. Amin kita doakan fatin dapat baby! Rezeki anak tu tuhan yang tentukan you are right mungkin Allah nak bagi rezeki lain dulu.Hanya Allah sahaja tahu bila masa yang sesuai nak bagi anak kat fatin.Bila fatin benar2 sedia.Just enjoy your honeymoon k. :)

    ReplyDelete