Sunday, April 10, 2016

[RESEPI] Chewy Chocolate Brownies

Assalamualaikum and Hi,

Dah lama tak share resepi. Harini bake Chewy Brownies. ya Ampunn sedap sangaaat. bukan nak puji diri sendiri, tapi nak puji orang yang bagi resepi ni. Thank you. Moga Allah murahkan rezeki lagi. Aminn :)

Chewy Chocolate Brownies


Bahan- Bahan :

400 gm coklat masakan/ coklat compound (sy guna brand Beryls)
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko 

Cara-Cara :

1. Potong chocolate compound dan butter kecil2 dan masak atas dapur menggunakan cara double boiler. bila dah cair, ketepikan.
2. Dalam bekas lain, campurkan gula perang, gula kastor, telur dan esen vanilla. ai kacau dengan whisk je sebab malas nak guna mixer. huhu. 
3. Ambil chocolate + butter yang dah cair tadi and campurkan dengan campuran gula tadi. kacau dengan whisk sampai rata.
4. Then, ayak tepung naik sendiri dan serbuk koko. tepung ni masuk sikit2 kat dalam adunan tadi.
5. Panaskan oven pada 160C selama 15 mins dahulu then letakkan adunan brownies tadi.
6. Masak selama 40 mins dan nanti cucuk2 la kalau dah masak. bila dah masak, biarkan 15 mins baru potong.
7. Sedappp makan time panas2 skali dengan Vanilla ice creammm. omgeee.


by the way, current obsession. MALIKA dress from Byfatinsuhana. weheee. ade discounttt. kbai.

2 comments:

  1. i love brownies.. tq for sharing

    ReplyDelete
  2. Okay resepi ne nampak senang. Nanti nak try buat.. insyaAllah. Thanks sharing tau

    ReplyDelete