e-novel : Jangan Silap Sebut Tau! (chapter 1 and 2)
Assalamualaikum.
ini sambungan chapter 1 tempoh hari. Shah Bakri ada alter
since ada ralat tempoh hari. diharap kalian dapat
memberi respon dan teguran membina buat Shah.
mana tahu teguran membina mampu jadi sumber
inspirasi buat shah kan. aha.
for a 17 year old guy, it's not that bad!
anyway, nama je sama. tapi janganlah samakan sy
dengan watak dlm cerita ini ya.
ini bukan cerita sy pun. besides, ramai je
oramg nama fatinsuhana. janganlah emo sgt kay?
sobs.
selamat membaca! :D
TAJUK : JANGAN SILAP SEBUT TAU
PENULIS : SHAH BAKRI
“Aku terima nikahnya Fatin Suhana binti Datuk
Khalid untuknya Remy Imran….”
Belum
pun wakil pihak lelaki, si Arill tu sebut apa-apa, Fatin Suhana sudah berangan
jauh. Sebenarnya lafaz qabul di atas hanya bergema dalam otaknya sahaja.
Almaklum, tengah berangan cik pengantin baru kita ni. Padahal di alam realiti, masih
belum mula apa-apapun lagi. Hai, mengantuk aku tunggu!
Fatin
Suhana tidak mempedulikannya. Dia kembali berangan dengan senyuman seulas di
bibir. Terbayangkan saja nama Remy Imran yang sudah diakad dalam imaginasi,
terus rasa nak meloncat. Alangkah indahnya dapat berkongsi hidup dengan lelaki
idaman Malaya itu. Uisshh! Tak sabar! Tak sabar sangat!
Fatin
Suhana sempat mengerling jam di dinding masjid. Waduh! Kenapa pula masa ni lambat bergerak? Rasa macam sesaat tu
macam setahun! Berdetik sangat perlahan. Tak start lagi ke dorang ni…? Aku dah tak sabar dah ni. Aduh! Lecehlah!
“Sah!”
Sebutan itu bergema, sekaligus menyedarkan Fatin Suhana dari lamunan.
Dia
terkedu seketika. Eh? Dah sah ke? Laa… dah sah ke? Dia terpinga-pinga. Tetapi
sebaik sahaja melihat semua orang di sekeliling meraup wajah tanda gembira,
senyuman paling manis kalah pesakit kencing manis mula menguntum di bibirnya.
Wah!
Sekarang dia dah ada status baru! Kini dirinya sudah diiktiraf menjadi isteri
orang! Dia sudah dibawa melangkah ke dunia lain! Dunia yang penuh bahagia,
warna-warni dan berbunga-bunga! Wahh! Bahagianya!
Remy
Imran!! Kita dah jadi laki bini! Tak sabar nak beritahu hubby! Seronok bangat! Rasa nak loncat sekarang juga.
“Alhamdulillah,”
desis hati Fatin Suhana dengan debaran jantung yang kencang. Menitis air
matanya apabila memikirkan diri sudah menjadi milik orang lain… milik Remy
Imran yang tercinta.
Tapi,
keseronokan itu hanya bertahan untuk seketika sebaik sahaja telinganya
dibisikkan sesuatu oleh sahabatnya, Farah di sebelah.
“Kau dah
sah jadi bini Arill…” ujar Farah dengan dahi yang berkerut. Nadanya seakan
hairan.
Fatin
Suhana tergelak kecil seraya menghadiahkan cubitan manja ke peha Farah. “Apalah
kau ni… tak faham la tu. Dia tu wakil aku jelah.”
“Hah
wakillah sangat. Kau tak dengar ke tadi? Ke kau tidur tadi? Aku pun pelik
tengok kau, macam tak ada respons je masa akad nikah tadi. Hei Atin, yang
sebenarnya nak kahwin dengan kau tu Remy ke Arill?” Farah menggoncang-goncang
lengan sahabatnya. Mamai ke apa si Senah ni? Dia sendiri sudah tertanya-tanya,
silap majlis ke apa dia sekarang ni? Dulu berialah si Fatin Suhana ni canang
cerita yang dia nak kahwin dengan Remy Imran, sekarang di majlis akad nikah,
lain pula situasinya. Apa semua ni? Dia tidak faham…
Mendengarkan
kata-kata Farah itu, hati Fatin Suhana mula bergelodak hebat. Wajah Farah
dipandang pada kadar lima saat sebelum beralih kepada mama yang duduk di
kanannya. Dia mula rasa tidak sedap hati.
Tatkala
membuang pandang ke depan sana, dia dapat melihat wajah Arill ceria gembira
macam dia je yang kahwin. Padahal wakilkan saja! Yang tu lagi buat dia tak
sedap hati. Cepat-cepat dia memaut lengan mamanya. Wajah mama ditenung
dalam-dalam.
“Atin
dah sah jadi isteri Remy kan mama?” tanya Fatin Suhana penuh harapan walaupun
kata hatinya kuat memberitahu bahawa jawapannya adalah TIDAK! Tapi mama,
tolonglah kata ya! Tolong sangat-sangat. Janganlah terjadi perkara-perkara
tidak diingini seperti ini! Atin tak sanggup!
Datin
Syalinda hanya tunduk. Wajah anak perempuannya yang sudah sah menjadi isteri
orang itu dipandang lembut. “Mama minta maaf…”
Minta
maaf apa? Untuk apa? Fatin Suhana merasakan mamanya sangat aneh hari ini.
Suasana majlis sekarang pun rasa aneh! Wajah-wajah di sekeliling bereaksi aneh!
Farah pun buat muka aneh! Kenapa semua jadi aneh ini??!
Hati
Fatin Suhana bagai dipukul-pukul. Dia pandang muka Farah, kemudian pandang muka
mama, kemudian pandang muka papa, dan akhir sekali pandang muka Arill!
Arill
tersengih memandangnya. Fatin Suhana rasa lain macam saja. Nafasnya turun naik.
Peluh di belakang badan mula merenik. Jenuh memikirkan apa sebenarnya yang
terjadi. Dia tak faham konsep kehidupan sekarang. Kenapa rasa bahagia baru
lepas nikah yang sepatutnya ada dalam hati ini sudah tidak ada? Dia sepatutnya
ada dua rasa sekarang… bahagia dan sebak. Tapi sekarang semua jadi kalut!
“Atin,
sedia untuk upacara batal air sembahyang,” bisikan Datin Syalinda ke telinga
Fatin Suhana mematikan terus kekalutan di hati pengantin baru itu. Gadis itu
terpana. Kaku matanya memandang Arill yang penuh sopan dan santun berjalan
menuju ke arahnya. Dadanya berombak kencang.
Wajah
ini ke sepatutnya ada di depannya sekarang? Mana Abang Remy? Mana dia? Kenapa
bukan dia? Setahunya Arill cuma wakilkan ketika akad nikah saja. Tapi untuk
upacara ini, Arill tidak sepatutnya di sini. Dia sepatutnya sudah berambus.
Tanggungjawab dia dah selesai. Tak perlulah berlama-lama.
Sekarang
untuk apa pula? Upacara batal air sembahyang dia kena buat juga ke? Apa ni? Tak
logiklah! Hei, korang! Korang tak belajar agama ke hah?!
Fatin
Suhana sekali lagi menoleh memandang wajah Datin Syalinda. Silih berganti
pandangannya dengan muka Arill yang semakin menghampiri. Mulutnya terlopong
kecil, tidak percaya. Dada usah dikata, bagai dipalu beramai-ramai ketika itu.
Jantung pula rasa mahu tercabut dari tangkainya.
Dia
masih tidak dapat menangkap maksud sebenarnya. Tubuh Arill yang menghampiri
makin menimbulkan kekalutan di hati. Dia memandang semua orang dengan pandangan
kosong.
Papa dan
beberapa pihak lagi sudah bersila tatkala Arill melutut di hadapannya. Kerlipan
cahaya kamera menyimbah dirinya ketika itu. Acap kali dia dicuit makcik-makcik
di belakang, memaksanya senyum.
Dia
tidak tahu reaksi apa yang harus dipamerkan. Memang pada awalnya dia rancang
nak senyum sampai ke telinga bila orang tangkap gambar. Tapi sekarang senyuman
itu macam dah mati. Kesudahannya gambar muka yang pucat penuh kegusaran itulah
yang diambil.
Arill
yang segak berbaju Melayu dan bersongkok memandang tepat ke arahnya. Sekali
dengan pakej senyuman yang menawan. Senyuman itu sampai jadi bualan dan sorakan
anak-anak dara di sekeliling yang melihat. Bising sungguh mereka… hensemlah, sweetlah… macam-macam dikatanya. Tapi
Fatin Suhana tidak ada masa untuk menghayati itu semua.
Apa
dalam kepala otaknya sekarang, Remy Imran! Tapi mala’un sesat mana pulak di
depan dia ni? Apa dia nak buat ni? Tangannya sudah terketar-ketar.
“Hulur
tangan tu sayang…” Kedengaran suara Datin Syalinda.
Fatin
Suhana menelan liur. Walaupun kepalanya tak dapat memproses sebab kenapa perlu
dia bersalam dengan Arill, waktu itu dia rasa dia tidak perlu mempersoalkan.
Ikut saja, Atin! Orang tengah pandang tu!
Perlahan-lahan
dia menghulurkan tangan yang pucat lesi itu lalu disambut Arill. Sebentuk
cincin bertatah belian disarungkan ke jari manis Fatin Suhana.
Arill
menggenggam tangan itu lama, menanti Fatin Suhana mencium tangan itu pula. Tapi
Fatin Suhana seakan statik. Keras tangannya itu di situ. Yang ada cuma, aku
pandang kau, kau pandang aku.
Fatin
Suhana jelas nampak blur. Bila
disuruh cium tangan Arill barulah Fatin Suhana bereaksi. Kalau tidak, sampai ke
esoklah dia pegang tangan Arill.
Kepala
ditundukkan. Pada mulanya fikir mahu dikucup tangan itu, tetapi apabila
terfikirkan bahawa orang di depannya itu bukan Remy Imran, bukan orang yang
sepatutnya, terus dibatalkannya. Belakang tangan Arill hanya menyentuh hujung hidungnya
sahaja.
Dia
mengangkat muka, kembali ke posisi asal. Wajah Datin Syalinda dipandang sekali
lagi. Didekatkan mulutnya ke telinga Datin Syalinda.
“Kenapa
Atin kena buat semua ni untuk Arill?” Akhirnya terpacul juga persoalan itu dari
mulut Fatin Suhana. Entah kenapa dia rasa dia tidak boleh berfikir sangat
ketika itu. Orang suruh salam, jadi dia salam seperti yang diperintahkan
walaupun hakikatnya dia tidak tahu apa motif dia perlu buat semua ini.
Sedangkan Arill cuma pengganti Remy Imran saja, bukan suaminya pun. Adat apakah
ini?
Datin
Syalinda nampak sugul. Bicaranya juga tidak teratur, seakan menahan sendu.
“Atin…. Maafkan mama. Arill… Arill sebenarnya… ermm… dia dah sah jadi suami
Atin.”
Prangg!
Tubuh Fatin Suhana dirasakan seperti dipanah petir. Dia terbungkam. Agaknya dia
tidak salah dengar. Ayat terakhir yang keluar dari mulut mama masuk tepat ke
dalam lubang telinganya.
Adakah
benar… dia sudah sah jadi suami kepada Arill? Kaku Fatin Suhana di situ. Nasib
baik bicara Datin Syuhada perlahan. Tidaklah mengganggu suasana majlis. Tapi
hatinya sedang kalut. Kelopak matanya tidak lagi mengerdip… seluruh tubuhnya
kaku. Seakan berita itu satu tamparan hebat buat dirinya.
Tapi
sebaik mungkin Fatin Suhana cuba mengawal emosinya. Ya Allah, apakah ini semua?
Apa semua ini? Maka benarlah kata hatinya, dia bukan menyandang gelaran isteri
kepada Remy Imran seperti yang dirancang, tetapi Arill! Kenapa tiba-tiba lelaki
asing ini? Kenapa?
Fatin
Suhana sedaya upaya cuba menahan tangis. Air matanya tidak mungkin tertahan
kala itu. Dia harus melepaskan air mata! Dia harus menangisi semua ini! Kenapa
malang sangat nasibnya? Hari yang disangka bahagia rupanya berakhir dengan
penuh luka. Ya Allah… kuatkanlah hati hambaMu ini.
Arill
memerhati Fatin Suhana yang pada pandangannya sangat kekok ketika itu. Dia
tersenyum. Bahagia rasanya hati dapat menyunting gadis yang diidam-idamkan
selama ini hanya dalam masa yang singkat. Tidak rugi dia datang ke sini.
Daripada datang dengan hanya sebagai tetamu, tiba-tiba dia dipersetujui untuk
menjadi suami. MasyaAllah, indahnya dunianya ketika itu hanya Allah saja yang
tahu.
Isterinya
yang sungguh menawan ketika itu kelihatan tunduk. Wajahnya seakan sarat dengan
kesedihan. Arill tidak mahu fikir apa-apa. Yang penting sekarang, dia mahu
mengucup dahi si jelita itu. Sudah lama dia mengimpikan saat keemasan ini.
Sekarang dia dapat mencapainya dengan cara yang halal dengan statusnya kini
sebagai suami kepada gadis itu. Jadi, gadis itu sudah menjadi miliknya!
Fatin
Suhana pula masih berperang dengan emosinya sendiri. Di depan orang ramai, dia
mahu kelihatan tenang. Tidak guna dia mengemukakan seribu soalan sekalipun
berkenaan situasi gila ini, pastinya tidak enak kerana orang ramai sedang
memerhati. Tetapi dia masih bingung, kenapa tiba-tiba Arill pula yang menjadi
suaminya? Tolonglah sahkan bahawa ini hanyalah mimpi. Tolonglah.
“Sayang,
angkat muka, suami nak kucup dahi tu.” Suara Datin Syalinda menyedarkan Fatin
Suhana daripada tenggelam dalam perasaan sengsaranya ketika itu. Sakit di hati
ini bagai dipanah selumbar tajam. Sakit yang amat.
Fatin
Suhana tidak banyak kerenah. Otak yang masih tertanya-tanya dibiarkan begitu
sahaja. Dia perlu berlagak tenang di hadapan orang ramai. Dia tidak boleh
menghuru-harakan majlis walaupun hatinya membentak mahu berbuat begitu. Ini
silap faham! Suaminya yang sepatutnya bukan Arill! Tapi Remy Imran! Mahu saja
dijeritkannya tetapi… tolonglah bertahan, Atin. Bertahan sekejap je lagi.
Hatinya
merintih dan merayu juga… tolonglah sesiapa buktikan kepadanya bahawa ini semua
mimpi. Kalau diikutkan, sekarang juga dia mahu menampar pipinya. Dia mahu
memastikan bahawa sekarang dia tidak berpijak di alam realiti. Dia cuma
bermimpi! Ini mimpi buruk akibat dia tidur tak basuh kaki semalam kan? Kan?
Kan? Tolonglah sesiapa kata ya!
Dan itu
semua sebenarnya mustahil. Tidak akan ada sesiapa yang boleh kata ya sebaik
saja melihat satu kucupan dari bibir seorang lelaki mendarat di dahi Fatin
Suhana. Dan Fatin Suhana tidak mempunyai alasan untuk menafikannya, tidak
mempunyai sebab untuk mengatakan bahawa itu adalah mimpi. Kerana… kerana dia
merasakan sendiri kehangatan ciuman itu! Dia rasa sendiri! Bibir Arill
menyentuh kulit dahinya. Dia rasa! Dan sudah sah bahawa ini bukan mimpi! Ya
Allah…
Dan
kucupan itu masih lagi melekat di dahi Fatin Suhana. Lama. Dia sudah tidak
betah. Dia tidak mampu bertahan lagi. Kalau di hadapannya saat itu merupakan
Remy Imran, pasti dia mengharap satu saat dipanjangkan ke tempoh satu tahun.
Tapi bukan Arill! Lelaki itu bukan siapa-siapa dalam hidupnya.
Tanpa
sebarang isyarat, cepat-cepat Fatin Suhana melarikan kepalanya. Terpisah sudah
kucupan suci itu.
Arill
tunduk, wajah yang dipamer seakan belum puas. Dan dia agak terasa kerana Fatin
Suhana berbuat begitu. Sepatutnya dia yang menentukan, sama ada ciuman itu lama
atau singkat. Tapi awal-awal lagi Fatin Suhana melarikan kepala. Kecewa sungguh
rasanya. Seakan Fatin Suhana tidak sudi menerima kucupan itu. Sudahlah kucupan
itulah yang diharapkan wanita-wanita lain yang selama ini asyik
terkejar-kejarkan dirinya. Tapi di pihak Fatin Suhana, seakan ia langsung tidak
bermakna apa-apa. Dipandang sebelah mata saja.
Fatin
Suhana menoleh ke wajah mamanya. Dia tak tahu nak kata apa. Perasaannya tidak
tergambar ketika itu. Hatinya masih berperang dengan seribu satu rasa. Ya
Allah… tabahkanlah diri ini.
Cuba
bereaksi tenang, Fatin Suhana menoleh ke muka-muka orang di sekelilingnya.
Sebaris senyuman dipamerkan. Tanpa sedar, senyuman itu terpamer dengan air
mata.
Syahdu
di hari pengantin? Tidak mungkin! Syahdu orang lain syahdu bahagia… syahdu yang
berbunga-bunga! Tapi syahdu dirinya syahdu sengsara! Syahdu yang penuh tanda
tanya!
Masakan
tidak, dia datang dengan seribu harapan, seribu impian, seribu bayangan bahawa
Remy Imran bakal dipasangkan bersamanya. Tetapi di akhirnya dia menghadap muka
seorang lelaki yang dia langsung tidak pernah kenal hati budi, tidak pernah
jatuh hati dan tidak pernah terfikir pun akan sehidup semati.
Bengang!
Majlis ini bukan untuk lelaki itulah! Malah untuk dia dan Remy Imran! Biar Remy
Imran ada di Amerika sekalipun, mana janjinya? Janjinya mahukan Arill wakilkan
Remy Imran, tetapi ini sudah jauh! Wakil suami bukan jadi suami! Hei semua
orang bodoh ke apa hah?! Ini namanya pengkhianatan! Ingat senang ke dia nak
terima semua ni. Apa ni? Arghh!
Dia rasa
bukan dia sorang saja yang berkeadaan begitu, masih bingung… mamai
tertanya-tanya. Orang lain juga mungkin begitu. Kawan-kawannya…
pengikut-pengikut blognya… rakan-rakan alam maya… pasti semua! Mereka dah dicanang,
bahawa Fatin Suhana bakal berkahwin dengan Remy Imran. Malah Fatin Suhana siap upload lagi gambar Remy Imran di blog.
Satu Malaya sudah tahu. Mungkin ada sebahagian pengikutnya dari Singapura,
Brunei, Indonesia dan negara terdekat yang lain yang mengetahui.
Jadi di
mana dia nak sorok muka? Di kad kahwin, kad jemputan yang dihantar khas untuk
beberapa selebriti tempatan, di banner,
di bunting, terang-terangan bertulis
FATIN SUHANA & REMY IMRAN. Tapi kesudahannya dia dengan Arill! Apa ni?
Rosak betul majlis kalau macam ni! Apa dia nak jawab kalau orang lain tanya.
Tahap popularitinya yang tinggi bukan membolehkan dia dielak daripada ditanya
orang ramai. Paling kurang pun mungkin seribu orang! Satu kerja lagi!
“Jom.
Masuk dewan.” Suara Datin Syalinda mengejutkan lamunan Fatin Suhana ketika itu.
Dia
terkelip-kelip sendiri. Tiba-tiba Arill menghulurkan tangan kepadanya. Apa ni?
Ingat murah sangat ke tangan aku nak pegang tangan kau? Hati Fatin Suhana
memberontak. Satu jelingan tajam kalah lidi satay dihadiahkan kepada Arill yang
masih melutut di hadapannya.
Arill
hanya tersenyum. Walau bagaimanapun Fatin Suhana buat muka, baginya wajah itu
tetap ayu, menambat hatinya.
“Tak nak
saya pimpin?” tanya Arill apabila mendekatkan mulutnya di telinga Fatin Suhana.
“Ish!
Tak kena langgar lori punlah! Jangan sibuk! Ingat orang budak kecil lagi ke?
Orang boleh jalan sendiri,” bisik Fatin Suhana. Kalau diikutkan hati, nak saja
dia bercakap guna mikrofon. Biar satu Malaya tahu yang dia sakit hati dengan
Arill!
“Tapi
kita dah jadi laki bini,” ujar Arill, masih tidak mahu mengalah. Mana mungkin
dia berjalan ke dewan persandingan tanpa ditemani si isteri. Sudah semestinya
nampak kekok. Apa punya konseplah, sudah nikah mahu jalan asing-asing! Adat
planet mana ni?
Fatin
Suhana mencebir. Laki bini konon! Nak nangis aku dengar dua perkataan tu!
Memang nak nangis pun. Ish kau ni Arill! Kalau tak disebabkan aku pakai kain
hari ini, lama dah dahi kau tu melekat dengan lutut aku. Patah riuk tulang kau
aku belasah! Siaplah!
“Kalau
orang pergi kemudian tak boleh ke? Dia pergilah dulu,” ujar Fatin Suhana.
Tergelak
kecil Arill apabila Fatin Suhana membahasakan dirinya ‘orang’ manakala
membahasakan ‘dia’ untuk menggantikan ‘awak’. Aneh betul gadis ini. Hei, banyak
lagi kata ganti nama kedua yang wujud dalam dunia ni. Boleh pula guna ‘dia’.
Hai, macam-macam hal. Comel pun ada isteri aku ni. Untunglah.
“Tak
boleh. Kita kena berkepit. Silang lengan. Mana boleh jalan asing-asing. Nanti
tak nampak macam laki bini.”
Baguslah!
Memang itu yang aku nak pun! Yang kau mangkuk sangat apasal? Kau seorang saja
yang fikir kita laki bini padahal aku sikit pun tidak! Konon! Bagi aku, kita
tak official jadi laki bini pun lagi.
Lantaklah dah sah ke apa! Tapi bagi aku, kau tetap orang asing! Alien bengong
yang sesat! Choi!
Jalan
silang tangan dengan dia? Nak terberanak aku dengar kat sini tahu! Mengharap
betul ya kau! Aku peduli apa orang fikir kita ni bukan laki bini pun. For your information ya wahai alien,
orang yang datang ke sini dah ada mind
set bahawa aku bakal jadi isteri kepada Remy Imran! Tapi bila mereka tengok
kita berkepit berdua, guess what?
Fikirlah guna kepala lutut kau betapa haru birunya hidup aku nak perbetulkan
semula pandangan mereka! Aku nak cakap apa? Arghh!
Bala betullah kau ni!
“Merahnya
muka. Pakai blusher seluruh muka ke?
Siapa mak andam yang buat macam tu?” Arill ajak bergurau. Padahal dia tidak
tahu merahnya muka Fatin Suhana kerana mahu meletup dua tiga saat lagi. Memang
cari nahas.
“Sayang,
jom.” Datin Syalinda bersuara. Dia tidak mahu berlama-lama di situ. Apatah lagi
apabila menyedari ketegangan anaknya dengan Arill.
Fatin
Suhana tidak banyak cakap. Dia terus bangun diikuti mamanya. Kalau tak
difikirkan lautan manusia yang memerhati ketika itu, cun-cun masa ni jugak dia
sumbat ibu jari kakinya masuk dalam lubang hidung Arill. Biar sesak nafas.
Lepas tu mati terus! Bagus! Yes!
Tepuk tangan semua!
Arill
dengan penuh keterujaan cepat-cepat mendapatkan tempat di sebelah Fatin Suhana
sebaik sahaja gadis itu bangun. Manis! Seorang jelita, seorang kacak bergaya.
Padan sangat! Tapi itu berdasarkan luaran. Dalam hati pula, seorang gembira,
seorang sengsara. Parah!
“Kepit
tangan suami,” tegur si pengapit, Farah.
Fatin
Suhana jeling Farah di sebelah. Ni seorang lagi nak kena sumbat ibu jari kaki
dalam lubang hidung ni! “Kalau aku kepit kepala dia boleh tak?” ujarnya geram.
Farah
tergelak. “Jangan. Kepit tangan. Baru manis.”
Fatin
Suhana menahan geram. Farah ni memang seorang sahabat yang tidak memahami betullah!
Geram aku! Dia ingat aku suka ke dengan Arill ni? Dia sendiri tahu apa yang
berlaku tadi. Tak tumpah sikit ke simpati dia pada aku? Sempat lagi nak
bergurau benda-benda macam ni.
“Tak
boleh ke kalau kau letak flowergirl tengah-tengah
ni? Biar aku kepit budak tu je?” Fatin Suhana bagi cadangan yang lain. Sampai
ke sudah dia tak nak kepit tangan Arill walaupun Arill tampak macam tak sabar
menunggu.
“Kau ni
banyak songeh la, Atin!” Farah menggaru-garu kepala. Nasib baik tak gugur
kelemumur.
Dia bukannya
tidak faham situasi sahabatnya sekarang. Dia sangat-sangatlah mengerti. Tetapi
dia tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Fatin Suhana. Dia tahu sahabatnya itu
kuat semangat. Sebab itu dia cuba bergurau. Kalau dia buat muka sedih juga,
makin lemahlah semangat sahabatnya itu.
Dia tahu
semangat Fatin Suhana kuat. Kalau dirinya sendiri, tidak mungkin dia akan
bangun dan pergi ke dewan persandingan seperti sahabatnya itu kerana dia jenis
manusia yang kus semangat. Kalaulah dia di situasi Fatin Suhana, mahu dia terus
berlari ke kereta, pandu laju-laju, pergi Karak, terjun gaung! Mana mungkin dia
dapat terima!
Ya,
ujian ini agak berat buat Fatin Suhana. Dia juga tumpang bersedih. Sampai dia
sendiri rasa tak ada semangat nak hidup walaupun bukan dirinya yang kena. Walau
hanya jadi pengapit sekalipun dia tetap merasakan suasana hari itu sangatlah
hambar! Sangat mengharukan.
“Farah…
tolong aku… Aku tak nak…” Fatin Suhana mengetap bibir. Redup matanya memandang
Farah di sebelah.
Farah
menganggukkan kepala, perlahan. Kemudian tunduk lama dengan mata yang
bergenangan air mata. Cecair jernih itu hampir tumpah. Sebak dadanya
mengenangkan nasib sahabatnya pada hari ‘berbahagia’ itu. Dia tidak dapat
membantu melainkan menolong mengalirkan semangat kepada kawan tercinta.
“Sabar
Atin…” Farah menjeling sekilas ke pengantin lelaki. “Nanti aku tolong kau
belasah budak tu!”
Fatin
Suhana tergelak kecil. Sedaya upaya dia cuba menahan perasaan.
“Dah.
Jom gerak,” ujar Farah.
Rombongan
pengantin memulakan langkah. Fatin Suhana tidak merelakan tangannya dikepit
Arill. Dia sanggup menyilangkannya di belakang tubuh bagi mengelakkan daripada
bersentuhan dengan tangan Arill.
“Kita
tukar baju dulu ya sebelum masuk dewan,” pesan Farah.
Fatin
Suhana pantas menggeleng. “Jangan. Biar je. Pakai baju ni je. Aku nak majlis ni
habis cepat-cepat. Aku tak tahan.” Dia membisikkan ke telinga Farah.
Farah
berpaling ke belakang, memaklumkan kepada orang lain perkara tersebut. Walaupun
pakaian itu boleh dikatakan sangat cantik dan mahal, Fatin Suhana kisah apa?
Baju saja cantik, mahal, tapi kalau hati sengsara apa gunanya?
“Dah.
Bersedia ya masuk dewan. Jangan lupa senyum.”
“Senyum?
Kau ada tak bibir palsu yang boleh aku tempek kat mulut aku ni supaya orang
lain boleh nampak yang aku tengah senyum sepanjang masa?” tanya Fatin Suhana.
Gila ke suruh aku senyum dalam keadaan macam ni? Orang dah perbodohkan aku,
lepas tu suruh aku senyum? Hah, layaklah aku masuk Hospital Bahagia! Sengal.
Farah
tergelak kecil. “Buat masa ni tak ada lagi syarikat yang buat produk tu. Kau
senyum jelah ek.”
Arill
sedari tadi memerhati isterinya di sebelah. Tidak sudah-sudah berbisik dengan
si pengapit. Entah apalah yang digosipkannya. Sekejap masam, sekejap senyum.
Entah apa-apa mereka berdua ini. Mengumpat fasal akukah? Dia
menggeleng-gelengkan kepala.
Dalam
mengatur langkah menuju ke dewan persandingan, matanya asyik menjeling Fatin
Suhana. Dia sangat tertawan dengan kecantikan yang dimiliki gadis itu. Apatah
lagi ketika disolek… Subhanallah! Cantiknya…
Tapi…
kenapa pula si jelita ni tak nak kepit tangan aku? Aik? Dah tu si jelita ni
siap silang tangan ke belakang lagi? Mahal betul tangan tu. Haih, tak syoklah
kalau macam ni!
“Okey.
Kita dah nak sampai dah. Ready ya
pengantin.” Satu suara kedengaran melaung dari belakang. Anak tarzan ke siapa
tu? Serabut Fatin Suhana mendengarnya. Pengantin? Sebut sekali lagi siaplah!
Langkah
demi langkah diatur. Baru sahaja sampai di pintu dewan…
“Opocot
mak tapir terberak!” Laju seorang makcik melatah.
“Atin!
Ya Allah!” Farah tergamam sambil terjerit-jerit.
“Kenapa?
Kenapa? Apa dah jadi? Ya Allah… Atin!”
Keadaan
di luar dewan jadi kecoh. Semua orang menjenguk-jenguk.
“Mana
Atin?” Semua orang tertanya-tanya. Kelibat Fatin Suhana tidak kelihatan.
Dan bila
semua orang pandang ke bawah. “Ya Allah!”
BAB 2
“ATIN
pengsan!”
Tong tang tong tang, semua riuh lagi! Ada yang siap
ambil gambar lagi. Ini memang saja nak order
penyepak daripada Fatin Suhana ni!
Farah
sudah berdebar kencang, panik usah dikata. Nak terbaling je kipas tangan di
pegangan.
Kasihan
Atin! Dia tahu bukan mudah untuk seorang wanita selemah Fatin Suhana mahu
menanggung ujian ini. Sampaikan terpengsan. Kalau dia sendiri pun rasanya
begitu. Entah-entah boleh koma seminggu.
Terpengsan di depan pintu dewan pula tu. Sangat tragis. Sungguh besar
penangan ujian ini ke atas diri Fatin Suhana. Sampaikan dia yang menengok pun
rasa nak menangis meraung, walaupun bukan dia yang kena. Arill jahat!
Farah
cepat-cepat tunduk menarik lengan Fatin Suhana yang jatuh terduduk di lantai.
Dia mencangkung. Wajah Fatin Suhana ditenung. Aik? Terkejut Farah. Elok-elok Fatin Suhana celikkan mata. Bulat
mata Fatin Suhana memandangnya. Atin oi, pengsan pun buka mata ke?
Farah
tersenyum. Sekejap betul Atin pengsan. “Atin, sabar Atin. Jangan cepat
mengalah. Hadapi ini semua. Aku tahu kau kuat. Kau tabah. Kau seorang wanita
yang berani, aku salute gila-gila kat
kau. Bangun dear. Jangan tunjuk yang
kau lemah. Malu. Kau jatuh ni menunjukkan kelemahan kau, tunjuk sikit yang kau
hebat. Lebih-lebih lagi depan si Arill ni.”Farah membisikkan sesuatu ke telinga
Fatin Suhana.
Fatin
Suhana tunduk. Nafasnya tercungap-cungap. Dia memandang Farah. Lama. Kemudian
tawa halus keluar dari mulutnya. Berkerut dahi Farah. Kena sampuk hantu Kak
Limah ke apa Atin ni? Orang tengah risau dia boleh gelak pula.
“Farah!
Kau ni kan… pandai je buat cerita. Mana ada aku pengsanlah! Kau nak cakap aku
jatuh ni sebab jantan tu? Ah takde maknanya sayangku. Tengok kaki aku. High heel patahlah! Aduh! Tokeh cina
mana yang sponsor kasut ni? Spoil! Baru nak catwalk. Tengok-tengok dah jatuh. Nasib baik sempat posing masa jatuh. Kalau tak,
terkangkang aku tahu!”
Kata-kata
Fatin Suhana disambut Farah dengan ketawa yang kuat dan tak reti nak control-control. “Atin… Atin… Kau ni…
memang hebat! Ha ha ha… Aku tahu kau
memang kuat, Atin. Aku respect kau.
Aku tahu benda ni takkan ganggu kebahagiaan kau kan… Kau still happy go lucky dan sporting
macam dulu. Nanti aku carikan high
heel baru untuk kau.”
Farah
bangun. Dia didatangi Datin Syalinda. “Atin okey? Dia dah sedar?” tanya mak
Datin itu kelam-kabut. Datuk Khalid di sebelahnya.
Farah
gelak lagi. Minah ni pulak yang kena sampuk hantu Kak Limah. Asyik gelak je dari
tadi. “Dia takde apa-apapun, auntie.
Tumit kasut patah. Itu je.”
“Oh…”
Zasss! Datin Syalinda menghilang! Zuppp! Muncul kembali. Memang Superman
betul mak Datin ni. Di tangannya ada sepasang kasut tumit tinggi yang baru.
Farah
menyambut kasut itu dari Datin Syalinda. Cantik kasutnya. Disediakan untuk spare. Macam manalah si Atin ni pakai
kasut tu, sampai patah tumit dibuatnya. Nak kata murah memang taklah. Harga dah
beribu-ribu. Tumit runcing, mungkin itu sebabnya. Tapi selama ini elok pula dia
pakai. Mungkin sebab stres sangat kut. Nak tunjuk protes, patahkan tumit kasut.
Ha ha ha… Atin… Atin… nakal kau ya!
Farah
menggeleng-gelengkan kepala. Dia kena cepat. Fatin Suhana harus tukar kasut.
Sebaik sahaja dia berpaling ke belakang….
Aik? Nak gugur jantung Farah. “Atin
mana?” Jeng! Jeng!
“Arill
mana?” Jeng! Jeng! Jeng! Efek suspen,
harap maklum.
“Khalid!
Linda! Cepat masuk!” Satu jeritan kedengaran. Agak kalut.
“Kenapa?”
“Pengantin
dah masuk dewan!”
“Hah?!”
Farah terlopong. Nak terlucut seluar dalamnya. Pengantin dah masuk tanpa
pengapit? Hei Fatin Suhana dah gila ke apa? Stop!
Dia masuk pakai apa? Maksud aku, kasut dia?!!! Dia pakai kasut tumit patah tu
ke? Fatin Suhana!!!!!
“Farah!
Bak sini kasut tu!”
“Cepat!
Cepat!”
“Apahal?
Apahal ni?” Farah terpinga-pinga.
“Atin
dah masuk dewan! Dia pakai selipar tandas!”
Pang! Sekali rasa macam kena tampar
dengan Big Show!
Farah
menggenggam rambutnya. “Atinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn! Apa kau buat ni? Nak tunjuk
protes ke? Kau tinggalkan aku, kau masuk pakai selipar tandas. What the hell? Perkahwinan ni memang
gila! Kesian kau Atin! Kesian kau! Arill! Kau jahat! Jahat! Jahat!”
FATIN
Suhana nampak mendamaikan sangat. Wajahnya sentiasa menarik perhatian orang
ramai. Walaupun di sebalik kedamaian itu tersembunyi berkotak-kotak kontena
sumpah-seranah terhadap lelaki yang dikepitnya sekarang, dia masih mampu
mengawalnya. Tetap nampak serinya seorang pengantin baru.
Berjalan
di karpet merah, berkepit dengan Arill… nampak manis pada mula-mula mereka
menjejak masuk ke dalam dewan. Tapi sayang, timing
tak betullah! Waktu dia masuk, flower
girls semua kelam-kabut. Mana tidaknya, pengantin tiba-tiba meluru masuk.
Tak bagi sign ke apa. Main terjah
aje. Berdua pula tu.
Semua
nampak, masa tu Arill kena tarik tangan dengan Fatin Suhana. Macam kelam-kabut
gila. Jadi cepat-cepatlah orang yang menjaga flower girls itu bagi arahan. Flower
girls menurut mereka dari belakang. Hanya mereka berdua. Sepatutnya ada
rombongan yang membuntuti. Tetapi rombongan itu ditinggalkan di luar dewan. Apa
ini? Semua jadi bingung tapi mudah sahaja dikawal keadaan apabila semua macam duk pakat terpaku dan terpana dengan
ketampanan dan kejelitaan pasangan pengantin tersebut. Dan semudah itu
kekalutan yang berlaku dilupakan.
Muzik
latar mula berkumandang. Romantis. Ketika itu pasangan pengantin masih berjalan
di karpet merah, memberi sepenuh perhatian terhadap jurugambar-jurugambar untuk
mengambil gambar mereka. Bagi Fatin Suhana, tak guna ambil gambar sampai nak
meletup kamera pun, lepas ni semua gambar tu akan dibakar! Tak ada maknanya
mahu dijadikan kenangan terindah! Terindah tahi kucing! Choi!
Arill
siap posing-posing lagi. Lenguh pipi
asyik tersenyum. Dia sedar rasa kekok yang bermain dalam diri Fatin Suhana,
isterinya ketika itu. Selama ini isterinya ini sangat terkenal dengan mulut
yang manis, mudah tersenyum dan sangat menawan senyuman itu. Tetapi hari ini,
hari yang berbahagia ini, hari yang penuh bermakna ini, seakan ‘sengat’ dalam
senyumannya itu tidak keluar sepenuhnya. Setakat senyum gitu-gitu aje. Erm, lantaklah. Dalam blog dia kemain lagi senyum. Tak ada gambar di
blognya yang tak senyum. Di hari yang sepatutnya dia senyum lebih sikit ni tak
nak senyum pulak. Masalah. Tidak mengapalah, baginya, gadis ini buat muka macam
mana pun tetap dapat menambat hati orang. Tetap menawan.
“Ini ke
Remy Imran?”
Dalam
keriuhan itu, Fatin Suhana dapat mendengar suara orang berbicara sesuatu
tentang Remy Imran. Ya! Sudah agak! Pasti akan ada yang buka mulut tentang ini.
Pastinya! Tengoklah di meja masing-masing. Meja bulat yang dihias cantik itu di
setiap satunya pasti ada sekeping kad yang tertulis ‘SEMOGA BERBAHAGIA REMY
IMRAN & FATIN SUHANA’. Ambik kau! Arill! Pandai-pandailah kau liquid kad tu lepas tu tulis nama kau di
situ! Majlis yang sangat gila!
Nak
marah dah ni… nak marah….
Satu
dewan penuh dengan penantian seorang Remy Imran dan seorang Fatin Suhana. Satu
dewan sudah disetkan mood seorang Remy Imran dan seorang
Fatin Suhana. Satu dewan sudah ada nama seorang Remy Imran dan seorang Fatin
Suhana. Kek 6 tingkat pun sudah ada nama seorang Remy Imran dan seorang Fatin
Suhana. Tolonglah faham! Kewujudan Arill Zafriel di sini hanya menumpang nama
sahaja! Hanya merosakkan majlis! Hanya mengganggu mood! Hanya… lantak kaulah! Tak malu ke hah dia tu? Aku nak majlis
ni cepat-cepat selesai! Lepas tu aku nak belasah jantan ni kaw-kaw!
Perasaannya
masih mampu dikawal. Arill nampak bahagia, dia sumpah sengsara. Orang asyik
berbicara mengenai mereka berdua. Ada yang memuji, ada yang mempersoalkan, ada
yang menyentuh ketampanan jantan tak guna tu, ada yang mengagumi kejelitaannya
dan ada yang menegur sesuatu…
“Cantik
kasut...”
Fatin
Suhana tersenyum. “Selipar tandas… cantik ke?” Biarkan. Selipar tandas ni lagi
selera aku nak pandang daripada muka jantan kat sebelah ni.
“Cantik.
Satu kelainan. Tak pernah dibuat orang. Tak klise.”
Sedap
betul komen dia! Fatin Suhana tersenyum lagi. “Terima kasih…”
“SELIPAR
TANDAS??!!”
Alamak,
siapa pula yang kecoh ni? Tadi elok je ada orang puji selipar yang dipakainya.
Dia berpaling. Weh! Laaa… dekat je
orang yang kecoh ni rupanya. Arill!
“Kenapa
dia pakai selipar tandas?” soal Arill dengan nada berbisik.
“Habis
tu dia nak orang pakai kasut tumit patah tu? Nak orang jalan terhincut-hincut?
Tak risau ke kalau orang lain cakap dia dapat isteri tempang?” Fatin Suhana membidas
kembali.
“Tapi
lagi keji tau kalau dia pakai selipar tandas. Majlis mulia ni. Janganlah
rosakkan majlis.” Teguran itu membuatkan Fatin Suhana terbakar.
“Ah,
pakai selipar tandas dia kata merosakkan majlis, habis dia tu? Dia ingat orang
fikir majlis ni best sangat? You are the one yang merosakkan majlis.
Tak sedar diri!”
“Dia dah
buat banyak benda yang mengharu birukan majlis. Dahlah pakai baju sama, baju
akad nikah tadi. Buat malu je. Putih semacam. Tak ikut tema langsung. Tak matching, pelamin merah jambu. Kita
pakai baju putih. Sangat awkward.
Lepas tu dia masuk pakai selipar tandas. Lagilah keji. Orang yang tanggung
malu. Mengalahkan tetamu. Tetamu pun reti bergaya.”
“This event is not for you dan jangan demand apa-apa. You are the stranger dan tolonglah sedar kedudukan dia. Lu jangan
bikin gua panas. Once orang lain
berhempas pulas untuk majlis ni, dia relax
kat rumah dia. But, when you came here, I
wasn’t believed that this event became yours!”
“But I am your husband.”
“Kisah
apa orang? Tolong sedar… dia ni unqualified
husband. Yang datang secara tiba-tiba… hanya patut datang sebagai tetamu…
bukan sebagai suami terus… macam bodoh… bodoh sangat…”
“Dan dia
nak cakap yang ini salah orang saja? Orang yang salah? Hei, dia ingat…”
“Enough. Please control your emotion.
Sepatutnya orang yang perlu marah sekarang, bukan dia. Ah, dia sangat lemah.
Belum apa-apa nak melenting. Nak cari gaduh tunggu balik nanti. Kita one by one. Kita dah nak sampai pelamin…
dan kita dari tadi tak henti-henti berbisik… orang lain asyik tengok… mesti
dorang fikir kita tengah excited bincang
pasal anak cucu… ah tolonglah… simpang malaikat 44…”
“Ahh, nak naik pelamin dah, dia nak
malukan orang ke... Tolonglah, tanggalkan selipar tandas tu…”
“Sekarang.
Dia gila ke?” Fatin Suhana mencebir. Tidak akan sekali-kali dia tanggalkan
selipar tandas ini! Mahu mogok degil! Lantaklah! Mahu huru-harakan majlis! Ya!
Aku nak majlis ini dibatalkan! Tapi sia-sia, mala’un kat sebelah ni dah sah pun
jadi laki aku!
“Dia tu
yang gila, kalau waras janganlah pakai!”
“Emo tak
habis-habis… sedarlah sikit apa yang dia dah buat kat orang. Kang orang pengsan
kat sini kang.”
“Jangan
nak buat sinetron. Elok-elok naik pelamin tu. Try hard to hide benda alah kat kaki tu. Nasib baik kain labuh.
Sangat spoil.”
Banyak
mulut betul atuk kebayan ni!
Ta de buku ke kak ? Seronok plak baca. Serious. Sangat simple dan i like it. :)
ReplyDeletei love too...
ReplyDeletereaLLy love it!
ReplyDeleteBleh jadi penulis ni...:)
ReplyDeleteda abes ke??alaaa...sambung la lagi..ari2 duk bukak blog ni nak bace smbungan..hehehe
ReplyDeletebest best. keep it up:)
ReplyDeletexda smbung..?cam best oo ^^
ReplyDeleteorang- dia haha comel je :)
ReplyDeletesalam singgah sini.
ReplyDeletehai..ni akak fatin suhana yang masuk tv1 2 ke..hehe..suke tgok akak..cntik sgt...
ReplyDeletealaaa..cptlaa smbungg...xsbr nk baca..eheheee
ReplyDeletesalam kenal dari akk
ReplyDeletex minat novel lah dikk huhuh
anyway nice ;)
bila kuar sambungan cite ni? huhuh best la! hee
ReplyDeletesebaiknya plot di'warna'kan dengan sedikit latar masa dan latar tempat secara berpatutan..watak utama (watak bulat) sememangnya berada di tengah cerita tetapi sebaiknya ada sedikit perincian tentang persekitaran (tempat) terutama semasa watak bermonolog. Semasa interaksi (dialog) antara watak boleh juga diselitkan serba sedikit penceritaan tentang suasana, props dan seumpamanya untuk membawa pembaca benar-benar dalam plot cerita (dibuai dalam penceritaan) yang boleh menyebabkan pembaca ternanti-nanti untuk mengetahui kisah selanjutnya. Di perantaraan babak boleh juga diselitkan kisah lampau menggunakan teknik flashback (dalam penulisan disebut juga sebagai sub-plot) dan gunakan teknik ini secara minimal agar plot utama tidak terjejas...secara keseluruhan, penulis menyampaikan isi hati, visi, aspirasi dan impiannya secara terbuka kepada pembaca...jika diteliti secara mendalam, saya nampak sesuatu dalam penceritaan e-novel ini
ReplyDeleteyelah tu fatin suhana yang ada blog fatinsuhana.blogspot.com tuh . ahahhaaa. memang imagine fatin suhana yang kiut ni je heheh. amboihh arill zafriel? nasib baik x remy ishak. hahhhaaa
ReplyDeleteblm kuar ek chapter 3 ? huhuh..dok tgu punya tgu xsabaq nak bace hee
ReplyDeletebest...:)
ReplyDeletehope dpat keluar part 3 and 4 as soon as possible...
ReplyDeletejalan cerita menarik...
harap2 crite ni boleh jadi novel....
kalu ada nak beli skrg jgak...