would you like to make this publish? :)
Assalamualaikum.
hari ni sy menulis dgn sgt panjang! ehehhe.
dibawah ini adalah bab 1 bagi e-novel yg selayaknya
mahukan pendapat dari anda semua. jika comment yg diberikan kebanyakannya
positif, Insya-Allah.. akan dipublish sebagai novel.
penulis e-novel ini adalah Shah Bakri, baru berumur 17 tahun!
untuk pengetahuan anda semua.. sudah banyak karya Shah dijadikan novel.
hebat tahuuu. ye la, bila jln kat kedai buku, tgk novel, by his own name.
terharu :')
so this will be his.. i've- lost- count novel,
cumanya Shah nak cuba2 tulis bab 1 dulu,
kalau ramai yang nak tahu kesudahannya..
sudah pasti dia akan menulis lagi!
selamat membaca rakan2!
*btw abaikan nama watak itu. eh? ;p
Tajuk
: JANGAN SILAP SEBUT TAU!
Penulis
: Shah Bakri
BAB 1
“Aku terima
nikahnya Fatin Suhana binti Datuk Khalid untuknya Remy Imran….”
Belum pun wakil pihak lelaki,
si Arill tu sebut apa-apa, Fatin Suhana sudah berangan jauh. Sebenarnya lafaz
qabul di atas hanya bergema dalam otakya sahaja. Almaklum, tengah berangan cik
pengantin baru kita ni. Padahal di alam realiti, Arill, papa dan Tok Kadi
sedang sibuk berbincang lagi. Tengah pakat buat apalah tu.
Fatin Suhana tidak mempedulikannya. Dia kembali berangan
dengan senyuman seulas di bibir. Terbayangkan saja nama Remy Imran yang sudah
diakad dalam imaginasi, terus rasa nak meloncat. Alangkah indahnya dapat
berkongsi hidup dengan lelaki idaman Malaya itu. Uisshh! Tak sabar! Tak sabar
sangat!
Fatin Suhana sempat mengerling jam di dinding
masjid. Waduh! Kenapa pula masa ni lambat bergerak? Rasa macam sesaat tu macam
setahun! Berdetik sangat perlahan. Tak start
lagi ke dorang ni…? Aku dah tak sabar dah ni. Aduh! Lecehlah!
“Sah!” Sebutan itu bergema, sekaligus menyedarkan
Fatin Suhana dari lamunan.
Dia terkedu seketika. Eh? Dah sah ke? Laa… dah sah
ke? Dia terpinga-pinga. Tetapi sebaik sahaja melihat semua orang di sekeliling
meraup wajah tanda gembira, senyuman paling manis kalah pesakit kencing manis
mula menguntum di bibirnya.
Wah! Sekarang dia dah ada status baru! Kini dirinya
sudah diiktiraf menjadi isteri orang! Dia sudah dibawa melangkah ke dunia lain!
Dunia yang penuh bahagia, warna-warni dan berbunga-bunga! Wahh! Bahagianya!
Remy Imran!! Kita dah jadi laki bini! Tak sabar nak
beritahu hubby! Seronok bangat! Rasa
nak loncat sekarang juga.
“Alhamdulillah,” desis hati Fatin Suhana dengan
debaran jantung yang kencang. Menitis air matanya apabila memikirkan diri sudah
menjadi milik orang lain… milik Remy Imran yang tercinta.
Tapi, keseronokan itu hanya bertahan untuk seketika
sebaik sahaja telinganya dibisikkan sesuatu oleh sahabatnya, Farah di sebelah.
“Kau dah sah jadi bini Arill…” ujar Farah dengan
dahi yang berkerut. Nadanya seakan hairan.
Fatin Suhana tergelak kecil seraya menghadiahkan
cubitan manja ke peha Farah. “Apalah kau ni… tak faham la tu. Dia tu wakil aku
jelah.”
“Hah wakillah sangat. Kau tak dengar ke tadi? Ke kau
tidur tadi? Aku pun pelik tengok kau, macam tak ada respons je masa akad nikah
tadi. Hei Atin, yang sebenarnya nak kahwin dengan kau tu Remy ke Arill?” Farah
menggoncang-goncang lengan sahabatnya. Mamai ke apa si Senah ni? Dia sendiri
sudah tertanya-tanya, silap majlis ke apa dia sekarang ni? Dulu berialah si
Fatin Suhana ni canang cerita yang dia nak kahwin dengan Remy Imran, sekarang
di majlis akad nikah, lain pula situasinya. Apa semua ni? Dia tidak faham…
Mendengarkan kata-kata Farah itu, hati Fatin Suhana
mula bergelodak hebat. Wajah Farah dipandang pada kadar lima saat sebelum
beralih kepada mama yang duduk di kanannya. Dia mula rasa tidak sedap hati.
Tatkala membuang pandang ke depan sana, dia dapat
melihat wajah Arill ceria gembira macam dia je yang kahwin. Padahal wakilkan
saja! Yang tu lagi buat dia tak sedap hati. Cepat-cepat dia memaut lengan
mamanya. Wajah mama ditenung dalam-dalam.
“Atin dah sah jadi isteri Remy kan mama?” tanya
Fatin Suhana penuh harapan walaupun kata hatinya kuat memberitahu bahawa
jawapannya adalah TIDAK! Tapi mama, tolonglah kata ya! Tolong sangat-sangat.
Janganlah terjadi perkara-perkara tidak diingini seperti ini! Atin tak sanggup!
Datin Syalinda hanya tunduk. Wajah anak perempuannya
yang sudah sah menjadi isteri orang itu dipandang lembut. “Mama minta maaf…”
Minta maaf apa? Untuk apa? Fatin Suhana merasakan
mamanya sangat aneh hari ini. Suasana majlis sekarang pun rasa aneh!
Wajah-wajah di sekeliling bereaksi aneh! Farah pun buat muka aneh! Kenapa semua
jadi aneh ini??!
Hati Fatin Suhana bagai dipukul-pukul. Dia pandang
muka Farah, kemudian pandang muka mama, kemudian pandang muka papa, kemudian
pandang muka Tok Kadi, dan akhir sekali pandang muka Arill!
Arill tersengih memandangnya. Fatin Suhana rasa lain
macam saja. Nafasnya turun naik. Peluh di belakang badan mula merenik. Jenuh memikirkan
apa sebenarnya yang terjadi. Dia tak faham konsep kehidupan sekarang. Kenapa
rasa bahagia baru lepas nikah yang sepatutnya ada dalam hati ini sudah tidak
ada? Dia sepatutnya ada dua rasa sekarang… bahagia dan sebak. Tapi sekarang
semua jadi kalut!
“Atin, sedia untuk upacara batal air sembahyang,”
bisikan Datin Syalinda ke telinga Fatin Suhana mematikan terus kekalutan di
hati pengantin baru itu. Gadis itu terpana. Kaku matanya memandang Arill yang
penuh sopan dan santun berjalan menuju ke arahnya. Dadanya berombak kencang.
Wajah ini ke sepatutnya ada di depannya sekarang?
Mana Abang Remy? Mana dia? Kenapa bukan dia? Setahunya Arill cuma wakilkan
ketika akad nikah saja. Tapi untuk upacara ini, Arill tidak sepatutnya di sini.
Dia sepatutnya sudah berambus. Tanggungjawab dia dah selesai. Tak perlulah
berlama-lama.
Sekarang untuk apa pula? Upacara batal air
sembahyang dia kena buat juga ke? Apa ni? Tak logiklah! Hei, korang! Korang tak
belajar agama ke hah?!
Fatin Suhana sekali lagi menoleh memandang wajah
Datin Syalinda. Silih berganti pandangannya dengan muka Arill yang semakin
menghampiri. Mulutnya terlopong kecil, tidak percaya. Dada usah dikata, bagai
dipalu beramai-ramai ketika itu. Jantung pula rasa mahu tercabut dari
tangkainya.
Dia masih tidak dapat menangkap maksud sebenarnya.
Tubuh Arill yang menghampiri makin menimbulkan kekalutan di hati. Dia memandang
semua orang dengan pandangan kosong.
Papa dan beberapa pihak lagi sudah bersila tatkala
Arill melutut di hadapannya. Kerlipan cahaya kamera menyimbah dirinya ketika
itu. Acap kali dia dicuit makcik-makcik di belakang, memaksanya senyum.
Dia tidak tahu reaksi apa yang harus dipamerkan.
Memang pada awalnya dia rancang nak senyum sampai ke telinga bila orang tangkap
gambar. Tapi sekarang senyuman itu macam dah mati. Kesudahannya gambar muka
yang pucat penuh kegusaran itulah yang diambil.
Arill yang segak berbaju Melayu dan bersongkok
memandang tepat ke arahnya. Sekali dengan pakej senyuman yang menawan. Senyuman
itu sampai jadi bualan dan sorakan anak-anak dara di sekeliling yang melihat.
Bising sungguh mereka… hensemlah, sweetlah…
macam-macam dikatanya. Tapi Fatin Suhana tidak ada masa untuk menghayati itu
semua.
Apa dalam kepala otaknya sekarang, Remy Imran! Tapi
mala’un sesat mana pulak di depan dia ni? Apa dia nak buat ni? Tangannya sudah
terketar-ketar.
“Hulur tangan tu sayang…” Kedengaran suara Datin
Syalinda.
Fatin Suhana menelan liur. Walaupun kepalanya tak
dapat memproses sebab kenapa perlu dia bersalam dengan Arill, waktu itu dia
rasa dia tidak perlu mempersoalkan. Ikut saja, Atin! Orang tengah pandang tu!
Perlahan-lahan dia menghulurkan tangan yang pucat
lesi itu lalu disambut Arill. Sebentuk cincin bertatah belian disarungkan ke
jari manis Fatin Suhana.
Arill menggenggam tangan itu lama, menanti Fatin
Suhana mencium tangan itu pula. Tapi Fatin Suhana seakan statik. Keras
tangannya itu di situ. Yang ada cuma, aku pandang kau, kau pandang aku.
Fatin Suhana jelas nampak blur. Bila disuruh cium tangan Arill barulah Azleen Syuhada
bereaksi. Kalau tidak, sampai ke esoklah dia pegang tangan Arill.
Kepala ditundukkan. Pada mulanya fikir mahu dikucup
tangan itu, tetapi apabila terfikirkan bahawa orang di depannya itu bukan Remy
Imran, bukan orang yang sepatutnya, terus dibatalkannya. Belakang tangan Arill
hanya menyentuh hujung hidungnya sahaja.
Dia mengangkat muka, kembali ke posisi asal. Wajah
Datin Syalinda dipandang sekali lagi. Didekatkan mulutnya ke telinga Datin
Syalinda.
“Kenapa Atin kena buat semua ni untuk Arill?”
Akhirnya terpacul juga persoalan itu dari mulut Fatin Suhana. Entah kenapa dia
rasa dia tidak boleh berfikir sangat ketika itu. Orang suruh salam, jadi dia
salam seperti yang diperintahkan walaupun hakikatnya dia tidak tahu apa motif
dia perlu buat semua ini. Sedangkan Arill cuma pengganti Remy Imran saja, bukan
suaminya pun. Adat apakah ini?
Datin Syalinda nampak sugul. Bicaranya juga tidak
teratur, seakan menahan sendu. “Leen…. Maafkan mama. Arill… Arill sebenarnya…
ermm… dia dah sah jadi suami Leen.”
Prangg! Tubuh Fatin Suhana dirasakan seperti dipanah
petir. Dia terbungkam. Agaknya dia tidak salah dengar. Ayat terakhir yang
keluar dari mulut mama masuk tepat ke dalam lubang telinganya.
Adakah benar… dia sudah sah jadi suami kepada Arill?
Kaku Fatin Suhana di situ. Nasib baik bicara Datin Syuhada perlahan. Tidaklah
mengganggu suasana majlis. Tapi hatinya sedang kalut. Kelopak matanya tidak
lagi mengerdip… seluruh tubuhnya kaku. Seakan berita itu satu tamparan hebat
buat dirinya.
Tapi sebaik mungkin Fatin Suhana cuba mengawal
emosinya. Ya Allah, apakah ini semua? Apa semua ini? Maka benarlah kata
hatinya, dia bukan menyandang gelaran isteri kepada Remy Imran seperti yang
dirancang, tetapi Arill! Kenapa tiba-tiba lelaki asing ini? Kenapa?
Fatin Suhana sedaya upaya cuba menahan tangis. Air
matanya tidak mungkin tertahan kala itu. Dia harus melepaskan air mata! Dia
harus menangisi semua ini! Kenapa malang sangat nasibnya? Hari yang disangka
bahagia rupanya berakhir dengan penuh luka. Ya Allah… kuatkanlah hati hambaMu
ini.
Arill memerhati Fatin Suhana yang pada pandangannya
sangat kekok ketika itu. Dia tersenyum. Bahagia rasanya hati dapat menyunting
gadis yang diidam-idamkan selama ini hanya dalam masa yang singkat. Tidak rugi
dia datang ke sini. Daripada datang dengan hanya sebagai tetamu, tiba-tiba dia
dipersetujui untuk menjadi suami. MasyaAllah, indahnya dunianya ketika itu
hanya Allah saja yang tahu.
Isterinya yang sungguh menawan ketika itu kelihatan
tunduk. Wajahnya seakan sarat dengan kesedihan. Arill tidak mahu fikir apa-apa.
Yang penting sekarang, dia mahu mengucup dahi si jelita itu. Sudah lama dia
mengimpikan saat keemasan ini. Sekarang dia dapat mencapainya dengan cara yang
halal dengan statusnya kini sebagai suami kepada gadis itu. Jadi, gadis itu
sudah menjadi miliknya!
Fatin Suhana pula masih berperang dengan emosinya
sendiri. Di depan orang ramai, dia mahu kelihatan tenang. Tidak guna dia
mengemukakan seribu soalan sekalipun berkenaan situasi gila ini, pastinya tidak
enak kerana orang ramai sedang memerhati. Tetapi dia masih bingung, kenapa
tiba-tiba Arill pula yang menjadi suaminya? Tolonglah sahkan bahawa ini
hanyalah mimpi. Tolonglah.
“Sayang, angkat muka, suami nak kucup dahi tu.”
Suara Datin Syalinda menyedarkan Fatin Suhana daripada tenggelam dalam perasaan
sengsaranya ketika itu. Sakit di hati ini bagai dipanah selumbar tajam. Sakit
yang amat.
Fatin Suhana tidak banyak kerenah. Otak yang masih
tertanya-tanya dibiarkan begitu sahaja. Dia perlu berlagak tenang di hadapan
orang ramai. Dia tidak boleh menghuru-harakan majlis walaupun hatinya membentak
mahu berbuat begitu. Ini silap faham! Suaminya yang sepatutnya bukan Arill!
Tapi Remy Imran! Mahu saja dijeritkannya tetapi… tolonglah bertahan, Atin.
Bertahan sekejap je lagi.
Hatinya merintih dan merayu juga… tolonglah sesiapa
buktikan kepadanya bahawa ini semua mimpi. Kalau diikutkan, sekarang juga dia
mahu menampar pipinya. Dia mahu memastikan bahawa sekarang dia tidak berpijak
di alam realiti. Dia cuma bermimpi! Ini mimpi buruk akibat dia tidur tak basuh
kaki semalam kan? Kan? Kan? Tolonglah sesiapa kata ya!
Dan itu semua sebenarnya mustahil. Tidak akan ada
sesiapa yang boleh kata ya sebaik saja melihat satu kucupan dari bibir seorang
lelaki mendarat di dahi Fatin Suhana. Dan Fatin Suhana tidak mempunyai alasan
untuk menafikannya, tidak mempunyai sebab untuk mengatakan bahawa itu adalah
mimpi. Kerana… kerana dia merasakan sendiri kehangatan ciuman itu! Dia rasa
sendiri! Bibir Arill menyentuh kulit dahinya. Dia rasa! Dan sudah sah bahawa
ini bukan mimpi! Ya Allah…
Dan kucupan itu masih lagi melekat di dahi Fatin
Suhana. Lama. Dia sudah tidak betah. Dia tidak mampu bertahan lagi. Kalau di
hadapannya saat itu merupakan Remy Imran, pasti dia mengharap satu saat
dipanjangkan ke tempoh satu tahun. Tapi bukan Arill! Lelaki itu bukan
siapa-siapa dalam hidupnya.
Tanpa sebarang isyarat, cepat-cepat Fatin Suhana
melarikan kepalanya. Terpisah sudah kucupan suci itu.
Arill tunduk, wajah yang dipamer seakan belum puas.
Dan dia agak terasa kerana Fatin Suhana berbuat begitu. Sepatutnya dia yang
menentukan, sama ada ciuman itu lama atau singkat. Tapi awal-awal lagi Fatin
Suhana melarikan kepala. Kecewa sungguh rasanya. Seakan Fatin Suhana tidak sudi
menerima kucupan itu. Sudahlah kucupan itulah yang diharapkan wanita-wanita
lain yang selama ini asyik terkejar-kejarkan dirinya. Tapi di pihak Fatin
Suhana, seakan ia langsung tidak bermakna apa-apa. Dipandang sebelah mata saja.
Fatin Suhana menoleh ke wajah mamanya. Dia tak tahu
nak kata apa. Perasaannya tidak tergambar ketika itu. Hatinya masih berperang
dengan seribu satu rasa. Ya Allah… tabahkanlah diri ini.
Cuba bereaksi tenang, Fatin Suhana menoleh ke
muka-muka orang di sekelilingnya. Sebaris senyuman dipamerkan. Tanpa sedar,
senyuman itu terpamer dengan air mata.
Syahdu di hari pengantin? Tidak mungkin! Syahdu
orang lain syahdu bahagia… syahdu yang berbunga-bunga! Tapi syahdu dirinya
syahdu sengsara! Syahdu yang penuh tanda tanya!
Masakan tidak, dia datang dengan seribu harapan,
seribu impian, seribu bayangan bahawa Remy Imran bakal dipasangkan bersamanya.
Tetapi di akhirnya dia menghadap muka seorang lelaki yang dia langsung tidak
pernah kenal hati budi, tidak pernah jatuh hati dan tidak pernah terfikir pun
akan sehidup semati.
Bengang! Majlis ini bukan untuk lelaki itulah! Malah
untuk dia dan Remy Imran! Biar Remy Imran ada di Amerika sekalipun, mana
janjinya? Janjinya mahukan Arill wakilkan Remy Imran, tetapi ini sudah jauh!
Wakil suami bukan jadi suami! Hei semua orang bodoh ke apa hah?! Ini namanya
pengkhianatan! Ingat senang ke dia nak terima semua ni. Apa ni? Arghh!
Dia rasa bukan dia sorang saja yang berkeadaan
begitu, masih bingung… mamai tertanya-tanya. Orang lain juga mungkin begitu.
Kawan-kawannya… pengikut-pengikut blognya… rakan-rakan alam maya… pasti semua!
Mereka dah dicanang, bahawa Fatin Suhana bakal berkahwin dengan Remy Imran.
Malah Fatin Suhana siap upload lagi
gambar Remy Imran di blog. Satu Malaya sudah tahu. Mungkin ada sebahagian
pengikutnya dari Singapura, Brunei, Indonesia dan negara terdekat yang lain
yang mengetahui.
Jadi di mana dia nak sorok muka? Di kad kahwin, kad
jemputan yang dihantar khas untuk beberapa selebriti tempatan, di banner, di bunting, terang-terangan bertulis FATIN SUHANA & REMY IMRAN.
Tapi kesudahannya dia dengan Arill! Apa ni? Rosak betul majlis kalau macam ni!
Apa dia nak jawab kalau orang lain tanya. Tahap popularitinya yang tinggi bukan
membolehkan dia dielak daripada ditanya orang ramai. Paling kurang pun mungkin
seribu orang! Satu kerja lagi!
“Jom. Masuk dewan.” Suara Datin Syalinda mengejutkan
lamunan Fatin Suhana ketika itu.
Dia terkelip-kelip sendiri. Tiba-tiba Arill
menghulurkan tangan kepadanya. Apa ni? Ingat murah sangat ke tangan aku nak
pegang tangan kau? Hati Fatin Suhana memberontak. Satu jelingan tajam kalah
lidi satay dihadiahkan kepada Arill yang masih melutut di hadapannya.
Arill hanya tersenyum. Walau bagaimanapun Fatin
Suhana buat muka, baginya wajah itu tetap ayu, menambat hatinya.
“Tak nak saya pimpin?” tanya Arill apabila
mendekatkan mulutnya di telinga Fatin Suhana.
“Ish! Tak kena langgar lori punlah! Jangan sibuk!
Ingat orang budak kecil lagi ke? Orang boleh jalan sendiri,” bisik Fatin
Suhana. Kalau diikutkan hati, nak saja dia bercakap guna mikrofon. Biar satu
Malaya tahu yang dia sakit hati dengan Arill!
“Tapi kita dah jadi laki bini,” ujar Arill, masih
tidak mahu mengalah. Mana mungkin dia berjalan ke dewan persandingan tanpa
ditemani si isteri. Sudah semestinya nampak kekok. Apa punya konseplah, sudah
nikah mahu jalan asing-asing! Adat planet mana ni?
Fatin Suhana mencebir. Laki bini konon! Nak nangis
aku dengar dua perkataan tu! Memang nak nangis pun. Ish kau ni Arill! Kalau tak
disebabkan aku pakai kain hari ini, lama dah dahi kau tu melekat dengan lutut
aku. Patah riuk tulang kau aku belasah! Siaplah!
“Kalau orang pergi kemudian tak boleh ke? Dia
pergilah dulu,” ujar Fatin Suhana.
Tergelak kecil Arill apabila Fatin Suhana
membahasakan dirinya ‘orang’ manakala membahasakan ‘dia’ untuk menggantikan
‘awak’. Aneh betul gadis ini. Hei, banyak lagi kata ganti nama kedua yang wujud
dalam dunia ni. Boleh pula guna ‘dia’. Hai, macam-macam hal. Comel pun ada
isteri aku ni. Untunglah.
“Tak boleh. Kita kena berkepit. Silang lengan. Mana
boleh jalan asing-asing. Nanti tak nampak macam laki bini.”
Baguslah! Memang itu yang aku nak pun! Yang kau
mangkuk sangat apasal? Kau seorang saja yang fikir kita laki bini padahal aku
sikit pun tidak! Konon! Bagi aku, kita tak official
jadi laki bini pun lagi. Lantaklah dah sah ke apa! Tapi bagi aku, kau tetap
orang asing! Alien bengong yang sesat! Choi!
Jalan silang tangan dengan dia? Nak terberanak aku
dengar kat sini tahu! Mengharap betul ya kau! Aku peduli apa orang fikir kita
ni bukan laki bini pun. For your information
ya wahai alien, orang yang datang ke sini dah ada mind set bahawa aku bakal jadi isteri kepada Remy Imran! Tapi bila
mereka tengok kita berkepit berdua, guess
what? Fikirlah guna kepala lutut kau betapa haru birunya hidup aku nak
perbetulkan semula pandangan mereka! Aku nak cakap apa? Arghh! Bala betullah kau ni!
“Merahnya muka. Pakai blusher seluruh muka ke? Siapa mak andam yang buat macam tu?” Arill
ajak bergurau. Padahal dia tidak tahu merahnya muka Fatin Suhana kerana mahu
meletup dua tiga saat lagi. Memang cari nahas.
“Sayang, jom.” Datin Syalinda bersuara. Dia tidak
mahu berlama-lama di situ. Apatah lagi apabila menyedari ketegangan anaknya
dengan Arill.
Fatin Suhana tidak banyak cakap. Dia terus bangun
diikuti mamanya. Kalau tak difikirkan lautan manusia yang memerhati ketika itu,
cun-cun masa ni jugak dia sumbat ibu jari kakinya masuk dalam lubang hidung
Arill. Biar sesak nafas. Lepas tu mati terus! Bagus! Yes! Tepuk tangan semua!
Arill dengan penuh keterujaan cepat-cepat
mendapatkan tempat di sebelah Fatin Suhana sebaik sahaja gadis itu bangun.
Manis! Seorang jelita, seorang kacak bergaya. Padan sangat! Tapi itu
berdasarkan luaran. Dalam hati pula, seorang gembira, seorang sengsara. Parah!
“Kepit tangan suami,” tegur si pengapit, Farah.
Fatin Suhana jeling Farah di sebelah. Ni seorang
lagi nak kena sumbat ibu jari kaki dalam lubang hidung ni! “Kalau aku kepit
kepala dia boleh tak?” ujarnya geram.
Farah tergelak. “Jangan. Kepit tangan. Baru manis.”
Fatin Suhana menahan geram. Farah ni memang seorang
sahabat yang tidak memahami betullah! Geram aku! Dia ingat aku suka ke dengan
Arill ni? Dia sendiri tahu apa yang berlaku tadi. Tak tumpah sikit ke simpati
dia pada aku? Sempat lagi nak bergurau benda-benda macam ni.
“Tak boleh ke kalau kau letak flowergirl tengah-tengah ni? Biar aku kepit budak tu je?” Fatin
Suhana bagi cadangan yang lain. Sampai ke sudah dia tak nak kepit tangan Arill
walaupun Arill tampak macam tak sabar menunggu.
“Kau ni banyak songeh la, Atin!” Farah menggaru-garu
kepala. Nasib baik tak gugur kelemumur.
Dia bukannya tidak faham situasi sahabatnya
sekarang. Dia sangat-sangatlah mengerti. Tetapi dia tidak mahu tambahkan lagi
kesedihan Fatin Suhana. Dia tahu sahabatnya itu kuat semangat. Sebab itu dia
cuba bergurau. Kalau dia buat muka sedih juga, makin lemahlah semangat
sahabatnya itu.
Dia tahu semangat Fatin Suhana kuat. Kalau dirinya
sendiri, tidak mungkin dia akan bangun dan pergi ke dewan persandingan seperti
sahabatnya itu kerana dia jenis manusia yang kus semangat. Kalaulah dia di
situasi Fatin Suhana, mahu dia terus berlari ke kereta, pandu laju-laju, pergi
Karak, terjun gaung! Mana mungkin dia dapat terima!
Ya, ujian ini agak berat buat Fatin Suhana. Dia juga
tumpang bersedih. Sampai dia sendiri rasa tak ada semangat nak hidup walaupun
bukan dirinya yang kena. Walau hanya jadi pengapit sekalipun dia tetap
merasakan suasana hari itu sangatlah hambar! Sangat mengharukan.
“Farah… tolong aku… Aku tak nak…” Fatin Suhana
mengetap bibir. Redup matanya memandang Farah di sebelah.
Farah menganggukkan kepala, perlahan. Kemudian
tunduk lama dengan mata yang bergenangan air mata. Cecair jernih itu hampir
tumpah. Sebak dadanya mengenangkan nasib sahabatnya pada hari ‘berbahagia’ itu.
Dia tidak dapat membantu melainkan menolong mengalirkan semangat kepada kawan
tercinta.
“Sabar Atin…” Farah menjeling sekilas ke pengantin
lelaki. “Nanti aku tolong kau belasah budak tu!”
Fatin Suhana tergelak kecil. Sedaya upaya dia cuba
menahan perasaan.
“Dah. Jom gerak,” ujar Farah.
Rombongan pengantin memulakan langkah. Fatin Suhana
tidak merelakan tangannya dikepit Arill. Dia sanggup menyilangkannya di
belakang tubuh bagi mengelakkan daripada bersentuhan dengan tangan Arill.
“Kita tukar baju dulu ya sebelum masuk dewan,” pesan
Farah.
Fatin Suhana pantas menggeleng. “Jangan. Biar je.
Pakai baju ni je. Aku nak majlis ni habis cepat-cepat. Aku tak tahan.” Dia
membisikkan ke telinga Farah.
Farah berpaling ke belakang, memaklumkan kepada
orang lain perkara tersebut. Walaupun pakaian itu boleh dikatakan sangat cantik
dan mahal, Fatin Suhana kisah apa? Baju saja cantik, mahal, tapi kalau hati
sengsara apa gunanya?
“Dah. Bersedia ya masuk dewan. Jangan lupa senyum.”
“Senyum? Kau ada tak bibir palsu yang boleh aku
tempek kat mulut aku ni supaya orang lain boleh nampak yang aku tengah senyum
sepanjang masa?” tanya Fatin Suhana. Gila ke suruh aku senyum dalam keadaan
macam ni? Orang dah perbodohkan aku, lepas tu suruh aku senyum? Hah, layaklah
aku masuk Hospital Bahagia! Sengal.
Farah tergelak kecil. “Buat masa ni tak ada lagi
syarikat yang buat produk tu. Kau senyum jelah ek.”
Arill sedari tadi memerhati isterinya di sebelah.
Tidak sudah-sudah berbisik dengan si pengapit. Entah apalah yang digosipkannya.
Sekejap masam, sekejap senyum. Entah apa-apa mereka berdua ini. Mengumpat fasal
akukah? Dia menggeleng-gelengkan kepala.
Dalam mengatur langkah menuju ke dewan persandingan,
matanya asyik menjeling Fatin Suhana. Dia sangat tertawan dengan kecantikan
yang dimiliki gadis itu. Apatah lagi ketika disolek… Subhanallah! Cantiknya…
Tapi… kenapa pula si jelita ni tak nak kepit tangan
aku? Aik? Dah tu si jelita ni siap silang tangan ke belakang lagi? Mahal betul
tangan tu. Haih, tak syoklah kalau macam ni!
“Okey. Kita dah nak sampai dah. Ready ya pengantin.” Satu suara kedengaran melaung dari belakang.
Anak tarzan ke siapa tu? Serabut Fatin Suhana mendengarnya. Pengantin? Sebut
sekali lagi siaplah!
Langkah demi langkah diatur. Baru sahaja sampai di
pintu dewan…
“Opocot mak tapir terberak!” Laju seorang makcik
melatah.
“Atin! Ya Allah!” Farah tergamam sambil
terjerit-jerit.
“Kenapa? Kenapa? Apa dah jadi? Ya Allah… Atin!”
Keadaan di luar dewan jadi kecoh. Semua orang
menjenguk-jenguk.
“Mana Atin?” Semua orang tertanya-tanya. Kelibat
Fatin Suhana tidak kelihatan.
Dan bila semua orang pandang ke bawah. “Ya Allah!”
*jeng! Jeng!
Jeng! Apa komen? Nak teruskan ke novel ni?*
kak sambung lagiiiii :D i loikeee.
ReplyDeletenice!xsabar nk tau apa jd kat atin.resa sakit aty pn ade.blh pulak kwen ngan org laen.btw,nice sgt!!TERUSKAN:)
ReplyDeletewaLaweh. . . nama anda tu. . . ahahahaha... dah baca dengan kadar se sabar mungkin... kompem kalau novel keluar ni, akan bayangkan heroin tu macam cik fatin lah. .ehehehe.. next chapter pliissss
ReplyDeletesaya pon sama, lagi pon fatin cantik sesuai la nak bayang kan dia, huhu
Deletetapi rasanya fatin x seganas heroin novel ni kot.. hhehe
Deleteteruskan :).. t'uja nak tw smbungn ceta ni..
ReplyDelete“Leen…. Maafkan mama. Arill… Arill sebenarnya… ermm… dia dah sah jadi suami Leen.” . . Leen ni sape?
ReplyDeleteBest la sis... teruskan... teruskan...
ReplyDeleteayat sempoi... terasa sakitnya hati Fatin Suhana tu... klu novel ni ada di pasaran, cnfirm fzah beli, hehe :)
oklah jugak,sebab ada unsur komedi.tp agk klise sbb die kene kawin dgn laki yg die xsuke.
ReplyDeletemestilah nakkkk....
ReplyDeleteuuuuiih...mmg heroin die fatin suhana ke? huhhuu...untung badan la gune nama fatin suhana. seghonok mak jemah!
ReplyDeleteahahha apocot mak tapir terberak :p hebat makcik tu melatah. XD
ReplyDeletebest2, jalan cerita menarik, tak sabar nak taw apa yg jadi n kenapa arill buat mcm tu.
sambung2... hehe... ape tajuk novel ni ??
ReplyDeletemmg nme watak tu fatin suhana ke ? :)
baca bab 1 pon dah rasa teruja... rasa nak sngt tau kenapa fatin suhana xjdi kawin dgn remy... harap dpt baca novel ni sepenuhnya... mmg best la gaya cerita penulis ni...
ReplyDeleteTERUSKANNNNNN! SERIOUS BEST KAKAK :D
ReplyDeletebestttttttt! sila sambung okay! apa jadi dgn fatin suhana tu? jeng jeng jeng~ hihi
ReplyDeleteawwwwwww!!!!!!!!! sila teruskan.....
ReplyDeletetak sabar nak baca episod seterusnya....
apakah? mengapakah? siapakah?
teruskan,,, =)
ReplyDeletenak nak nak.. sangat rare.. boleh ke kawin wakil2?
ReplyDeletewalking here ;)
ReplyDeletebest!!
ReplyDeleteHai dear..do as i'm doing..follow me also ya..i'm new...tq..nice 2 read ur story...
ReplyDeletehttp://ayuniasmaabdullah.blogspot.com/
Nak3!syiok nye...nanti wt sambungan nye... nk tau endingnye camne...:-)
ReplyDeletewahhh.best sesangat...macam lawak pun ade...
ReplyDeleteWAJIB sambung ye...ade nama kak atin lagi...bertambah-tambah syok nak baca...hehehe
wow!!!!ni yang tak best ni..tersekat nafas sy kalau story ni tersekat..sambung la story ni kak..sy tunggu novel nya keluar kat POPULAR ok?..
ReplyDeletegood job ; )
ReplyDeletex sabar nak tahu sambungannya..
sorry x faham sikit..
ReplyDeletenama heroin fatin suhana or Azleen Syuhada ?
ahah!
ReplyDeletepersoalan kat atas ni sangat ketara!
kenapa boleh ada 2 nama antara fatin suhana and azleen syuhada.
then cerita ni memang superb!
but i think i know the ending sebab macam ada mirip 1 novel!
hehe :)
aik... naper ader 2 name??
ReplyDeleteFatin Suhana jelas nampak blur. Bila disuruh cium tangan Arill barulah Azleen Syuhada bereaksi. Kalau tidak, sampai ke esoklah dia pegang tangan Arill.
*ker heroin dye azleen syuhada tp ditukarkan kpd fatin suhana??
Huhu.. Sy pun taktahu, nanti kita tanya penulis nye ye :)
Deletexper laa skali skala nak brangan..
DeleteSetuju dengan azlia, me, anonymous. Saya pun blur. Maaf ya.
ReplyDeleteSatu lagi yang tak faham. Arill wakil Remy. Fatin Suhana pun tahu pasal ini. Sedangkan ikutkan suasana majlis, seolah2 dalam majlis akad nikah. Seolah-olah konklusinya, Arill jadi wakil Remy untuk diakad nikahkan dengan Fatin Suhana. Err boleh ke? :)
Ada sebaris ayat, "Padahal di alam realiti, Arill, papa dan Tok Kadi sedang sibuk berbincang lagi. Tengah pakat buat apalah tu"
Ayat 'sedang sibuk berbincang' ni maybe tak sesuai coz dalam majlis akad nikah tak ada bincang2 pun melainkan tazkirah agama atau pelafazan 'akujanji' suami isteri. 'Sedang sibuk berbincang' sesuai digunakan dalam konteks majlis merisik. So, watak Tok Kadi kena buang kalau penulis novel memaksudkan 'sedang sibuk berbincang' ni untuk majlis merisik. ATAU buang terus semua ayat tu.
Just my 2cents ya sebagai pembaca dalam kalangan org biasa. Hebat, umur 17 tahun dah mula jadi penulis novel:) Keep up the good work!
mmg blh jadi novel terhebat nanti.. dtg sini follow sekali..
ReplyDeletefine! best! best! cuma. mana satu heroin nye??? :(
ReplyDeleteHuu.. Kite pun tak tahu. Harus taya shah lepas ni :)
DeleteCite ni menarik..sila sambung..but mcm komen2 diatas..tak paham dgn nama watak..mungkin berlaku kesilapan mase menulis kot..and satu lagi..xboleh wakilkan org kan untuk akad..sbb si suami yg kena membaca akad tu..bukan macam tu ke..atau mungkin si Fatin Suhana dimaklumkan @ ditipu dgn Datin Syalinda(mak Fatin Suhana)untuk proceed dgn majlis nikah..aceceh..pandai2 je aku me reka2 novel org.
ReplyDeleteOk2 da tnye dgn ustz kat office..bleh wakilkan..hahaha..excited bce novel smpai g tye ustz kn..
ReplyDeletebeshh...smbg lg ^_^
ReplyDeleteBest,masyukkk.Sambung3x.. :p
ReplyDeletepening xpaham sangat..tp good job..cayalaa boleh buat cerita mcm ni..teruskan usaha...:)))
ReplyDeleteSebenarnye nama heroin cite ni Leen, tp fatin suhana nak jugak ler berangan jadi heroin, cmbest je kawin2 ni kan...kan dari dulu die ckp kat blog nk btunang lah kawin lah pastu x jadi2 jugak. so die edit lew tukar nama dia. tp die pn x smpt bace smpai habis, x perasan ade yg die lupe nk edit...hahaha. hmm, nk edit pon agak2 la ye fatin
ReplyDeleteHehe.. Kan! Lupe nak edit la anon. Sobs. Sebenarnye sy nak sume novel nama sy. Eh?
Deleteassalamulaikum, mr/ms anon.
Deleteberdosa tau sangka buruk kat orang lain. :)
hanya pendapat
ReplyDeleteutk org yg rase nk bace tp x mnt nk bace meleret2..
dalam kebanyakan name fatin suhana mgkn boleh pendek kn sikit name tu. just letak fatin..hanya sesetengah tempat jer letak full name...maaf
I'm thinking of that too.. Sy ni pun hanya copy paste dari penulis. Tak berani nak tukar2. Will let him know about the suggestion.. Thank you :)
Deleteteruskan! sbb mcm nk tau kesudahan cite ni..hee
ReplyDeletexpaham sgt..tp mmg nama u eh..ehhe
ReplyDeleteboleh punya..buat ja novel..baru taw resultnya.. ;-)
ReplyDeletecerita best dah.. cuma a bit geram pasal, fatin tu tk lari, i mean, ikut. marah pon gitu2 je. mcm marah2 manja. nampak sangat si fatin tu act nak, tp tknak mengaku. err.. -.-".. oh btw, mmg ada 2character eh? fatin suhana? azleen syuhada? hmm.. nie mesti penulis tgh berangan nie. nnt u kasi tahu blk dekat penulis tu. =) at least masih boleh diperbaiki. jalan cerita dah ada. n, kurang jelas yg masa ilusi/berangan memula tu. yg masih dalam perbincangan keluarga, tup2 dah masuk bab nikah. tu kurang faham
ReplyDeletepelik macam ne nak wakilkan, rasenya penulis nak menyatakan tu hanya perasaan fatin, sebenarnya bukan nak wakil kan, nak jadi suami terus, tah macam ne fatin leh jadi blur sampai rase nikah2 ni leh wakil2kan pula, mungkin sebenarnya hubungan fatin dengan remy tidak di restui keluarga fatin, atau sebenarnya remy sudah meninggal dunia dan fatin tidak tahu akan kejadian tersebut, kalo nak wat cite ni jadi sweet leh la buat dorang di paksa berbulan madu kerana amanat terakhir arwah nenek fatin, atau nak buat jadi cite ni menggeramkan, jadikan fatin gile meroyan, tak leh terima keyataan, than masuk hospital sakit mantal.
ReplyDeletekawin boleh wakilkan. kalau mcm bakal suami ada luar kws. tp bniat wakilkan lah. akad pon lain
Deletebest juga, nak la cite ni disambungkan, huhu
ReplyDeletehaha..teruskan..nk gak tau caner tetiba lak leh tertukar :p
ReplyDeletelaaaa... part 2 x de ke? x sabar nak baca ni...
ReplyDeleteIKUT HUKUM BOLEH WAKILKAN PERNIKAHAN.. STUDENT YG BELAJAR OVERSEA (LELAKI) ADA JE YG WAKILKAN AQAD NIKAHNYA PADA WAKIL, WIFE TERIMA AQAD DI MALAYSIA.. YG PENTING PENGANTIN PEREMPUAN ADA PENGETAHUAN MENGENAINYA, IJAB DAN QABUL SEMPURNA, DITERIMA QADHI DAN DIAKUISAH OLEH SAKSI. (MY COUSIN IS ONE OF THOSE YG EXPERIENCE NIKAH MELALUI WAKIL NI). EVEN KALAU KAWIN GUNA TELE-CONFERENCE PUN BOLEH.
ReplyDeleteye ke, tapi rukun nikah kne ada suami isteri macam ne tu,jom tanya ustaz
Deleteboleh diperbaiki lagi..tapi serius jalan cerita dia best sgt! :)
ReplyDeleteoo..boleh wakil nikah yer...sambung2 best ler..
ReplyDeletebest2..sambung lagiiii...
ReplyDeleteyaaa heroinnya kalau nak tahu, follow cerita ini. sama ada fatin suhana atau azleen syuhada. sory for some errors kat nama tu. let me tell u all. sebenarnya azleen syuhada tu wujud. but tersilap letak di situ. sepatutnya fatin suhana. yeah, start2 menulis dan dah planned namanya untuk jadi fatin suhana, so no issue benda ni diedit or what. memang it was original one. tp biasalah, typo, menulis agak panjang dan laju, pasti tersilap. tambah2 lagi dalam kepala otak sudah merangka banyak watak, sampai tersilap letak nama lain. n please forgive me, i will edit all of the errors and send a new one to kak tin. n one more, sy dah belajar hukum sebelum memulakan cerita ini.harap semua faham, kahwin wakil mmg wujud.thanks sudi membaca.nak lagi?
ReplyDeletegud job...nice story but a bit clise =) peace yaww
ReplyDeletegood job.. error blh d betulkn.. ^_^
ReplyDelete