tipikalis.

assalamualaikum.




mereka bilang.
aku gadis tipikal itu.
gadis yang selalu angankan yang tak tercapai.

mereka kata.
aku gadis tipikal itu.
yang masanya terbazir di alam maya.

mereka juga bilang.
aku gadis tipikal itu.
dimana emosi sering kuasai diri.

tapi mereka lupa.
kalau tak impi, dimana mahu mencari inspirasi?
dan alam maya itu.
hanya gurindam tika hati girang.
juga, emosi itu..
kerana kau tak tahu.
apa yang sarat berlagu di kalbu.

tunggu.
siapa yang tipikal sekarang?
kau atau aku?

wajah tipikal. tapi bukan hatinya.

Comments

Post a Comment

Popular Posts