jutaanku satu, kamu. (bahagian tiga)

assalamualaikum.

hidup aku kini lebih terisi.
walaupun hanya menggunakan nokia 3310,
ia memberi aku sejuta kebahagiaan.
mesej nya hanya biasa2 sahaja.
"awak buat ape tu?"
"good morning :) "
dan juga mesej2 comel berupa
kucing atau teddy bear yang
apabila kita tekan ke bawah,
dia seakan bergerak2.
cukup.
aku bebas tersenyum satu hari itu.

malam yang seperti biasanya,
selepas aku mengucapkan selamat malam,
aku off kan 3310 ku.
iyalah, waktu itu aku tidak punya teman lain
untuk bermain mesej.
hanya dia.
esoknya sebelum ke sekolah,
aku on kan semula 3310 ku.
hampir terduduk bila dia
menghantar mesej begini :

saya betul2 sukakan awak. dan saya harap
kita dapat jadi lebih dari kawan.
but, kalau awak tak terima saya,
jangan putuskan persahabatan kita.
saya sayangkan awak. dan saya
sayangkan persahabatan kita jugak.
kalau awak tak balas mesej ni.. saya faham.
dan saya tak akan tanya dah soalan ini.
saya faham :)

lama aku meneliti mesej itu.
dia mahu aku jadi teman bercinta!
aku terlalu gembira hingga aku tak sedar airmata aku
deras mengalir.
pelik.
tapi aku biarkan saja.
emosi mungkin.
aku cepat2 menelefon nya kerana aku khuatir dia sudah
berfikir yang aku tidak berkehendakkan dia.
dia angkat.
dan aku terus berkata yg aku juga menyimpan perasaan yang sama.
dari corong telefon jelas kedengaran yang dia seakan akan tidak percaya.
lama kami berdiam tanpa sepatah kata.
mungkin masing2 masih terkejut.
atau mungkin sedang tersenyum?
indah.

aku pergi ke sekolah pada pagi itu dengan perasaan yang paling indah.
perasaan bercinta.

............

dari sekolah panglima perang.
ke SBPI integrasi kuantan,
ke SMART.
sudah hampir 3 tahun dan aku berada di tingkatan 5.
kami berjauhan.
aku di kuantan. dan dia jauh di MRSM pengkalan chepa.
tak mengapa.
seingat aku, tidak pernah aku merungut tentang jarak diantara kami.
aku rasa cukup dengan cinta dan jujur itu.
aku masih rasa indah.

kalau dia pulang ke kuantan,
pasti aku akan tunggu di hadapan sekolah SMART
pada hari jumaat selepas waktu sekolah.
kami berjumpa kira2 10 minit.
tidak termasuk dengan senyum2
dan diam tanpa kata.
masing2 malu.
tapi mata berkata semua.
aku tersipu.
kenapalah awak tenung saye macam tu.
aku terbuai dek panahan arjuna.

..............

SPM sudah dekat.
SPM itu penentu hidup aku.
hidup aku sibuk.
menjadi pemantun terbaik untuk daerah dan
wakil ke peringkat negeri merupakan satu tanggungjawab.
aku masih lagi aktif menyanyi di sekolah, kenduri kahwin
dan keramaian tertentu.
menjadi naib pengerusi utk kelab kaunseling juga
sedikit sebanyak menjadikan aku harus
bisa mengatur jadual harianku.
kelas tambahan juga.
badanku letih.
tp jiwa aku berbunga.
kau tahu mengapa kan.
:)

tapi aku tidak menjangka apa yang terjadi
pada bulan puasa tahun itu.
malam sebelum tidur kita bercakap dalam telefon.
kita mengenang kisah kecil2 dahulu.
kita bercinta.

waktu sahur itu aku terbangun dan aku dapat mesej dari kamu.
kau mahu berpisah.
jantung aku berhenti.
aku seperti tidak dapat bernafas.
iya, alasanmu untuk fokus dalam pelajaran.
tapi lupakah kamu sewaktu kita di tingkatan 3?
masing2 berjaya mendapat 8A.
apa sebenarnya?

hari itu airmata aku tidak dapat dibendung.
seharian ia mengalir.
iya, seharian.
aku tidak tipu.
seumur hidup aku, tidak pernah menangis sebegitu.
waktu perhimpunan disekolah aku kelihatan sudah tidak terurus.
mata aku mungkin sudah tidak ada sinar gembiranya.
airmata ini setia mengalir.
sesekali tenang, tetapi selalunya deras.
teman2 rapatku turut menangis bila mereka melihat aku.
entah apa sebabnya.
aku sudah tidak pedulikan sesiapa.
hati aku hancur.
aku bercinta, bercinta sesungguhnya.
bila begini jadinya.
entahlah..

aku tawar hati.
tapi dia tetap mencari aku.
malah lebih kerap dari sebelum ini.
maaf.
hati ini kuberi untuk kau jaga dan belai.
tapi kau seolah meletakkan batu besar diatasnya.
hancur. berkeping.
aku menangis hingga tidak berairmata.

malam2 aku tetap ditemani mesej2 darinya.
aku tawar hati.
mungkin begini rasanya bulan bila aku bercinta
dan tidak melihat dia.
tak mengapa.
hari2 seterusnya aku akan kembali merenung kau.
aku keseorangan.
berbeda dari 3 tahun dahulu.


bersambung.. :)




Comments

  1. dah excited dah nak tau ending dia nieh nieh ..
    heee .. cepat2 lah sambung yer sis :)

    ReplyDelete
  2. indah.. :)

    can't wait for the next part!

    ReplyDelete
  3. alololo sweetnye kak fatin :) tak sabar nak tunggu sambungannya ;)

    ReplyDelete
  4. comelnyew!!!oke xsabar nak tunggu next episod.heee

    ReplyDelete
  5. ahaha.. lepas stress study jap td. sambungan kene tunggu la ye.. hee. thanks coz bace ye! :)

    ReplyDelete
  6. halooo old fren...remember me or not???
    dh jd org penting kn skrg...mne ingt dh kn...huhuu...
    pape pn..nice story...rindu la plk zmn kecik2...hehee

    ReplyDelete
  7. laa.. baru nak tau ending... bersambung pulak... bila nak sambung? bila..bila..bila.. hik2x.. can't wait la my dear..

    ReplyDelete
  8. sis seriously i adore you. you are among the successful blogger. you're beautiful yet smart but you're humble. Allah bless you sis.

    ReplyDelete
  9. wow.... sila sambung next ep. cepat cepat ye.. :)

    ReplyDelete
  10. fatin! besnye cite awk ni. hehehe... lagi lagi :p

    ReplyDelete
  11. cepat2 sambung yew sis....heheehehe:))

    ReplyDelete
  12. yeayy. ada SBPIK kat situ.
    ingt lagi dulu kak fatin pernah masuk pantun. suka tengok :)

    ReplyDelete
  13. homaigod. that's beautiful. nanti sambung cepat2 taw. ta sabar nak tau lagik. =')

    ReplyDelete
  14. aku rasa cam nak nangis sebab citer ni cam tersentuh, cepat sambung cerita! aku nak bayar kisah cinta kau sampai habis, sweet!

    ReplyDelete
  15. Cepat update pls!!! Eksaiteddd;)))

    ReplyDelete
  16. dayuuu.. haruslah igt! hehe. iffah kawen nanti pegi tak? jom2, jumpe geng2 skola rendah :)

    hehe. enna, kene tunggu akuh free2 sket la kot. smalam sbb meraikan akuh baru habis bace utk paper 27th ni.tuh yg menulis tu. huaaaa. takut oh final. :(

    thanks guys.. tunggu yeee :)

    ReplyDelete
  17. really???...xdgr brite laaa...sume dh lost contact...msti msing2 dh xingt...n also xdijemput...heheee...bile tuh???

    ReplyDelete
  18. rafidah : sabaar yaaa. final menanti. ehes.

    dayu : huu. maybe sbb iffah tgh sibuk kot, ye la menuju hari bahagia. heee. ummph.. 4/6 rasanya. kat cenderawasih. jom la :)

    ReplyDelete
  19. LAAA...fatin skolah smktpptm ke.sama la kita.hehe :)

    ReplyDelete
  20. sedihnye..sama kisah sy dlu2 huhuu
    gigih tau pegi cr kt old post nk baca bhgn 1 :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts